25.10.2014 Views

Peraturan Pertandingan Sukan Tradisi - Sabah

Peraturan Pertandingan Sukan Tradisi - Sabah

Peraturan Pertandingan Sukan Tradisi - Sabah

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERATURAN – PERATURAN

BAGI PERTANDINGAN SUKAN TRADISI SEMPENA PERAYAAN

PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI 2013

1. MIPULOS (Lawan Tangan)

1.1 Peraturan Pertandingan

Pertandingan ini terbuka kepada semua peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun

ke atas.

1.2 Cara Pertandingan

» Semua peserta mestilah berdiri berhadapan sesama sendiri

menggenggam tapak tangan kanan masing-masing dipangkali ibu jari

dengan membengkokkan siku tangan kanan dan meletakkannya di

dalam “cup” yang disediakan.

» Tangan kiri dari siku hingga pergelanggan tangan mestilah berada di

atas meja setiap masa semasa pertandingan.

» Tangan kiri mestilah menggenggam “knob” yang disediakan di atas

meja.

» Dada peserta haruslah tidak menyentuh meja pada masa pertandingan

dijalankan.

» Kedua-dua belah kaki peserta mestilah tidak menyentuh meja dan

mestilah berada di atas lantai semasa pertandingan dijalankan.

» Sesiapa yang didapati melanggar peraturan pertandingan ini akan

dibatalkan.

» Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk

mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

1.3 Pakaian

I) Para peserta mestilah memakai baju T (T-Shirt) berlengan pendek dan

berseluar pendek. Para peserta tidak boleh memakai perhiasan seperti cincin,

gelang, jam tangan dan sebagainya semasa pertandingan.

1.4 Semua peserta hendaklah berkeadaan sihat dari segi fizikal.

1.5 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian

yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil

bahagian di dalam pertandingan ini.

1.6 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian

dalam pertandingan ini

2. MOMOLISITIK (Melastik)

2.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur

18 tahun ke atas.

2.2 Oleh kerana masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini hanya lima

(5) jam sahaja maka bilangan peserta hanya dihadkan kepada 100 orang

sahaja. Untuk lelaki 50 orang peserta dan 50 orang wanita sahaja.

2.3 Jarak di antara sasaran dan tempat permulaan ialah empat puluh (40) kaki

untuk peserta lelaki dan tiga puluh (30) kaki untuk peserta wanita.

2.4 Tangki lastik dan peluru lastik untuk pertandingan ini akan disediakan oleh

pengajur.

2.5 Setiap peserta akan diberikan lima (5) kali melastik. Peserta haruslah

menjatuhkan sasaran ke tanah untuk mendapatkan markah.

2.6 Bagi tujuan pertandingan ini hanya tiga (3) peserta yang mendapat

markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.

2.7 Di dalam kedudukan seri, pertadningan secara “sudden death” akan

digunakan untuk menentukan pemenang.

2.8 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.9 Sesiapa yang melanggar peraturan pertandingan ini akan dibatalkan

penyertaannya

2.10 Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian

yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil

bahagian di dalam pertandingan ini.

2.11 Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil

bahagian dalam pertandingan.

2.12 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian

dalam pertandingan ini.

3. MONOPUK (Menyumpit)

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur

18 tahun ke atas.

3.2 Semua peserta mestilah menyumpit ke arah sasaran untuk mendapatkan

markah.

3.3 Semua peserta akan diberikan tiga (3) anak sumpitan bagi tujuan

pertandingan untuk mendapatkan markah.

3.4 Pemenang bagi pertandingan ini akan ditentukan dengan mata yan

diperolehi dari tiga (3) anak sumpitan tadi.

3.5 Anak sumpitan mestilah melekat pada sasaran untuk mengutip markah.

Jika anak sumpitan itu terjatuh, sebarang markah tidak akan diberi.

3.6 Jarak sasaran dari tempat menyumpit ialah lima puluh (50) kaki bagi lelaki

dan tiga puluh (30) kaki bagi wanita.

3.7 Keputusan pengadil adalah muktamad.

3.8 Sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan

penyertaannya.

3.9 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau

kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas

mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

3.10 Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil

bahagian dalam pertandingan ini.

3.11 Tiga (3) peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditentukan sebagai

pemenang.

3.12 Di dalam kedudukan seri, pertandingan secara “sudden death” akan

digunakan untuk menentukan pemenang.

3.13 Sekiranya terdapat lebih daripada tiga (3) peserta yang mendapat

markah tertinggi, pertandingan akan dijalankan semula melalui kiraan mata

tertinggi bagi menentukan pemenang.

3.14 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian

dalam pertandingan ini.

4. RAMPANAU (Berjalan Menggunakan Galah Berkaki)

4.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur

18 tahun ke atas.

4.2 Jarak larian ialah empat puluh (40) meter dari permulaan hingga akhir.

4.3 Semua peserta mestilah berada di atas kaki kayu semasa berlari dari

permulaan hingga akhir.

4.4 Peserta yang jatuh dari kayu semasa berlari mestilah berhenti dan menaiki

kaki kayu semula sebelum meneruskan larian. Peserta yang jatuh sebanyak

tiga (3) kali dalam satu larian dan dikira kalah.

4.5 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau

kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas

mengambil bahagian dalam acara ini.

4.6 Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan mengambil

bahagian dalam pertandingan ini.

4.7 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian

dalam pertandingan ini.

5. TEROMPAK GERGASI

5.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita warga

Negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

5.2 Penyertaan bagi setiap kumpulan adalah tidak kurang daripada empat (4)

orang dan tidak lebih daripada lima (5) orang dan terdiri daripada peserta

lelaki (tidak melebihi 2 orang) dan wanita (tidak kurang 3 orang).

5.3 Semua peserta hendaklah melapor ditempat permulaan sebaik sahaja

nama kumpulan dipanggil. Sekiranya kumpulan yang dipanggil tidak

melaporkan diri selepas panggilan ke tiga maka penyertaan kumpulan

tersebut akan dibatalkan tanpa sebarang rayuan.

5.4 Jarak perjalanan ialah lebih/kurang empat puluh (40) meter daripada

garisan permulaan hingga garisan penamat.

5.5 Semua peserta mestilah berada di atas terompak semasa berjalan dari

garisan permulaan hingga garisan penamat.

5.6 Peserta yang jatuh dari terompak semasa berjalan mestilah berhenti dan

menaiki semula terompak sebelum meneruskan perjalanan. Peserta yang

jatuh sebanyak tiga (3) kali dalam satu perjalanan akan dikira kalah.

5.7 Sekiranya penyertaan ramai maka pertandingan akan diadakan mengikut

pusingan dan pemenang bagi setiap pusingan akan bertanding dipusingan

seterusnya hingga pemenang ditentukan.

5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau

kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas

mengambil bahagian di dalam acara ini.

5.9 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian

dalam pertandingan ini.

6. TUMUTU

6.1 PERATURAN PERTANDINGAN DAN KONSEP:-

» Acara ini terbuka kepada orang ramai.

» Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada dua (2) orang ahli (Lelaki

dan wanita).

» Acara ini melibatkan empat (4) disiplin iaitu mongoggik,

mengatap, monutu dan moniri.

» Setiap kumpulan diberi peralatan (1 tosung, toolu dan 2

raya/bakul).

» Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil

bahagian dalam pertandingan ini.

Pemarkahan:-

Kumpulan yang dapat menghasilkan beras paling banyak/berat dalam masa 15

minit dianggap sebagai pemenang. Pemberi markah dibahagikan kepada dua (2)

bahagian iaitu Kuantiti – 60% dan Kualiti – 40%.

7. MAMAGANDAL

7.1 PERATURAN DAN KONSEP:-

» Acara ini Terbuka kepada Lelaki Suku Kaum Kadazandusun dari

semua Peringkat Zon.

» Acara ini adalah Acara Individu atau Perseorangan.

» Proses adalah mengangkat 4 Guni Setiap 35KG Berat Karung Berisi

Padi/Beratan melalui 20 kaki Panjang Teres Buatan Sebelum

menaikan di atas Belakang Kerbau Buatan, lalu menarik sejauh

15m sebelum memunggah.

» Setiap Pertandingan akan diadakan oleh dua (2) peserta serentak

dengan menggunakan 2 Set trak seperti di atas.

8. MOBPIRI MANGAPUI

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN DAN KONSEP:-

» Peserta hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita.

» Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan

atau kematian yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa

dan selepas mengambil bahagian dalam acara ini.

» Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk

mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

» Peserta akan diberi peralatan seperti kayu dan kapas/abuk kayu.

» Pemenang akan ditentukan mengikut masa yang terpantas

menyalakan api.

» Jika terdapat dua (2) kumpulan yang seri, penganjur berhak

menentukan cara pemilihan bagi pemenang.

» Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada sebarang

rayuan akan dilayan.

» Peserta yang lewat lima (5) minit akan dibatalkan.

» Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil

bahagian dalam pertandingan ini.

Pemarkahan:-

Peserta yang paling cepat menyalakan api adalah pemenang.

9. MIGAZAT DUKUG

9.1 Objektif:-

9.1.1 Sukan ini merupakan acara yang paling popular dan mendapat

sambutan setiap kali pesta ini berlangsung.

9.1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua daerah di seluruh Negeri Sabah

dan setiap daerah hanya dibenarkan menghantar tidak lebih dari dua

(2) pasukan sahaja bagi setiap kategori.

9.2 Sistem Perlawanan:-

9.2.1 Pertandingan ini diadakan secara Liga satu Pusingan dalam Kumpulan

atau Sistem Kalah Mati (Knock-Out System). Sistem Pertandingan yang

sesuai akan digunapakai mengikut jumlah penyertaan yang diterima.

9.2.2 Dua Pasukan yang menduduki tempat teratas dalam kumpulan akan

bertemu secara ‘Cross Over’ pada peringkat Separuh Akhir. Pasukan

yang menang akan bertemu pada Peringkat Akhir dan Pasukan yang

kalah akan bertemu dalam Perlawanan merebut tempat Ketiga dan

Keempat.

9.2.3 Pasukan yang ingin menyertai pertandingan perlu mengisi borang

penyertaan dengan lengkap termasuk nama penuh dan nombor

myKad. Borang yang lengkap perlu dihantar kepada pihak Lembaga

Sukan Negeri Sabah seminggu sebelum pertandingan atau memohon

untuk menyertai semasa penyertaan dibuka di kawasan

pertandingan.

9.2.4 Setiap Pasukan mestilah mengandungi seramai lapan (8) Orang

Penarik yang mana lima (5) orang adalah penarik dan tiga (3) orang

adalah penarik simpanan. Seorang Saksi dan Pengarah

Pasukan adalah diperlukan semasa perlawanan berlangsung.

Saksi tidak dibenarkan untuk membuat

arahan dan hanya Pengarah

yang boleh membuat arahan semasa perlawanan

berlangsung. Saksi berperanan mempastikan tiada kesilapan

oleh Pengadil meletakkan kayu atau kesilapan meniup wisel

sebelum ada kemenangan

diberi.

9.2.5 Berat Badan terkumpul/keseluruhan bagi sesuatu pasukan tidak akan di

timbang.

Jumlah penarik yang berdaftar termasuk penarik simpanan

perlu melaporkan diri kepada pengadil setiap kali dipanggil untuk

memasuki gelanggang. Sebarang penukaran penarik mesti mendapat

kebenaran pengadil atau pengerusi penganjur sebelum dibenarkan

memasuki gelanggang. Segala urusan kesahihan penarik akan dipantau

oleh pegawai pertandingan dan pasukan yang menurunkan lebih dari

lapan orang penarik akan didapati bersalah

dan dibatalkan

penyertaan. Pihak Penganjur akan mengambil gambar setiap pasukan

dan akan memeriksa sebelum perlawanan dimulakan.

9.2.6 Sistem Tarikan Bebas ( Borneo Free Style) adalah digunapakai

dalam perlawanan ini. Masa yang diperuntukkan untuk

sesuatu set

perlawanan adalah tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja. Pihak

penganjur boleh menukar sistem tarikan yang muktamad jika

dinasihatkan dan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengadilan sebelum

pertandingan bermula. Dua (2) sistem tarikan yang biasa digunakan

ialah Sistem Tarikan 'Free Style' dan Sistem Antarabangsa (Berdiri).

9.3 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERLAWANAN

9.3.1 Setiap Pasukan yang berada dalam gelanggang, perlu mengandungi

lapan (8) orang penarik termasuk dua (2) simpanan dan seorang saksi

dan seorang Pengarah.

9.3.2 Setiap Pasukan perlu bersedia digelanggang perlawanan 15 minit

sebelum perlawanan. Pengurus Pasukan perlu melaporkan kepada

Pengadil jika pasukan tidak hadir, kiraan sebanyak lima (5) akan dibuat

untuk memuktamadkan kemenangan kepada pasukan lawan

bagi pasukan yang tidak hadir.

9.3.3 Pasukan adalah dibenarkan menggunakan kasut bertumit keras untuk

menghindari kecederaan dan penggunaan tali pinggang senaman

adalah dibenarkan. Jenis kasut yang bergigi tidak dibenarkan. Penarik

boleh berkaki ayam namun risiko kecederaan adalah tanggungan

sendiri. Sarung tangan tidak dibenarkan namun penggunaan plaster

adalah disyor. Penggunaan bahan pelapis khas oleh 'Anchor' (sauh)

tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, penggunaan baju berlapis

adalah dibenarkan.

9.3.4 Setiap peserta adalah dibenarkan memakai pakaian sukan yang

bersesuaian atau pemakaian Jersi adalah dimestikan, terutama

perlawanan yang melibatkan orang Kenamaan atau VIP (YAB Ketua

Menteri atau TYT) yang hadir menyaksikan perlawanan pada waktu itu.

9.3.5 Peserta tidak dibenarkan memakai atau membawa alat pemberat

dalam saku atau dalam baju dengan tujuan meningkatkan berat

badan. Semua alat perhiasan diri seperti cincin, gelang, rantai perlu

dibuka sebelum perlawanan untuk menghindari kecederaan atau

tercicir semasa bertanding.

9.3.6 Peserta yang menjadi Sauh (Anchor) tidak dibenarkan melilitkan tali

sekeliling tubuh badannya atau melilitkan tali melebihi satu lilitan.

Pengurus Pasukan harus mempastikan Anchor mematuhi syarat-syarat ini

untuk mengelakkan kecederaan.

9.3.7 Bagi menentukan pemilihan tempat sebelum tarikan, Pengadil

perlawanan akan memanggil kedua-dua Pengurus Pasukan untuk

membuat undian dengan lambungan duit syiling.

9.3.8 Tali akan diletakkan diatas tanah dan peserta akan terus berdiri sama

ada disebelah kiri atau kanan tali. Pengadil akan mengeluarkan arahan

untuk memegang tali , mengangkat tali, mengencangkan tali, sedia

dan wisel

pasukan

dimulakan.

akan dibunyikan. Pengadil akan mengarahkan kedua-dua

dan Pengarah serta Pengadil bersedia sebelum tarikan

9.3.9 Pengadil akan meniup wisel memulakan tarikan/ pertandingan dan

meniupkan wisel panjang menandakan tarikan tamat dan tiupan

berulang-ulang

menandakan ada pembatalan atau tarikan semula.

9.3.10 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil

bahagian dalam pertandingan ini.

9.4 PEMBATALAN PASUKAN

9.4.1 Pasukan yang melanggar peraturan ini akan dikira kalah.

a) Tidak dibenarkan duduk atas tali atau baring di atas tali. Penarik

Hadapan tidak dibenarkan memegang penanda merah iaitu Tanda

Kemenangan. Kesalahan pertama akan diberi amaran dan kesalahan

kali kedua adalah pembatalan kepada penarik.

b) Pasukan yang melepaskan tali dengan sengaja dengan tujuan

mencederakan pihak lawan akan diberi satu kali amaran sahaja dan jika

mengulangi perbuatan tersebut akan disingkirkan terus dari

pertandingan.

c) Menurunkan peserta yang tidak di daftar, berkelakuan ganas, serta

mengancam pegawai dan pengadil. Semua keputusan pengadil

adalah muktamad. Jika pasukan ingin membuat bantahan, sila gunakan

saluran yang betul dengan berjumpa dengan pegawai penganjur atau

Ketua Pengadil dan memberi penerangan dengan bukti kukuh untuk

dipertimbangkan.

d) Penggantian penarik semasa sesuatu set perlawanan berlangsung tidak

dibenarkan dan penggantian hanya boleh dibuat selepas sesuatu set

dan penarik yang diganti lebih awal tidak dibenarkan untuk menarik

lagi dalam set tersebut kecuali di perlawanan seterusnya.

Pengurus pasukan perlu memaklumkan kepada pengadil untuk

membuat penggantian. Penggantian posisi semasa menarik oleh penarik

boleh dibuat secara spontan antara lima (5) orang yang sedang menarik

sahaja.

9.5 TANGGUNGJAWAB PENGURUS, PENGARAH DAN PEGAWAI PASUKAN MENGENAI

PERKARA YANG BERLAKU DILUAR DUGAAN

9.5.1 Pengurus pasukan harus memastikan hanya seorang pengarah dan saksi

dibenarkan di kawasan pertandingan dan mana-mana pegawai

pasukan yang memberi arahan dan yang memasuki kawasan

pertandingan untuk memberi arahan akan diberi amaran

meninggalkan tempat. Pasukan tidak dibenarkan untuk menurunkan

penarik yang mabuk dan pasukan yang menimbulkan masalah seperti

pergaduhan atau menyerang dan mengugut pegawai perlawanan

akan disingkirkan terus dari pertandingan.

9.5.2 Pemain/ peserta yang menghidap penyakit beriksiko tinggi seperti lemah

jantung, darah tinggi, penyakit lelah dan seumpamanya adalah

ditegah mengikuti pertandingan ini. Semua kecederaan dan

kemalangan yang berlaku atas risiko sendiri. Kecederaan dan

bencana yang menimpa pasukan adalah tanggungjawab pengurus

pasukan. Walaubagaimanapun, jawatankuasa penganjur akan

menyediakan pasukan paramedik di kawasan pertandingan.

9.5.3 Penganjur dan Petugas yang menganjurkan pertandingan ini tidak

bertanggungjawab dan terikat kepada sebarang tuntutan ganti rugi jika

berlaku kecederaan, kemalangan, kematian atau kehilangan harta

benda yang menimpa peserta-peserta sebelum, semasa atau selepas

pertandingan.

9.5.4 Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan sama ada

secara lisan atau bertulis tidak akan dilayan baik semasa atau selepas

perlawanan. Jawatankuasa ini tidak akan menyediakan Jemaah Hakim

untuk tujuan rayuan.

9.5.5 Mana-mana peraturan yang tidak terdapat dalam syarat ini, maka

Jawatankuasa Penganjur adalah berhak mengubahsuai peraturan

mengikut keadaan semasa untuk kebaikan semua pihak dan melicinkan

perjalanan pertandingan jika perlu.

9.6 KETERANGAN AM

9.6.1 Pemberian Mata jika Perlawanan Liga digunapakai:-

I) 3 mata – Menang straight set pusingan pertama dan kedua.

ii)

iii)

iv)

2 mata – Menang dua (2) pusingan berbalas satu (rubber set)

1 mata – Menang satu (1) pusingan berbalas dua (rubber set)

0 mata – Kalah kedua-dua pusingan (straight set)

v) Jika terdapat persamaan mata maka tarikan ‘Sudden Death’ akan

dilakukan.

9.6.2 Jika Perlawanan Sistem Kalah Mati digunakan, maka pasukan yang

menang 2 x dari 3 set akan memasuki peringkat seterusnya.

9.6.3 Pihak Penganjur tidak akan menyediakan tempat penginapan,

penggangkutan dan makan sepanjang pasukan-pasukan bertanding.

9.6.4 Pengarah Pertandingan/ Ketua pengadil : Encik Rainold J. Mokujin

Kompleks Sukan Penampang, Lembaga Sukan Negeri Sabah,

Peti Surat 173, 89507, Kota Kinabalu, Sabah.

Tel/ HP : 088-718060/ 0138972801 ; Faks : 088-718646

9.6.5 Pengerusi Sukan Migazad Dukug (Tarik Tali) : Encik Randdy Mojili

Kompleks Sukan Penampang, Lembaga Sukan Negeri Sabah,

Peti Surat 173, 89507, Kota Kinabalu, Sabah.

Tel/ HP : 088-718060/ 0138972801 ; Faks : 088-718646

10. LARI DALAM GUNI (Menangkus Suang Guni)

10.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN LARI DALAM GUNI BERGANTI - GANTI

CAMPURAN

10.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita

wargenegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

10.2 Penyertaan bagi setiap kumpulan adalah tidak kurang daripada

empat (4) orang terdiri daripada dua (2) orang peserta lelaki dan

dua (2) orang peserta wanita.

10.3 Semua peserta hendaklah sihat dari segi fizikal dan mental.

10.4 Peserta yang dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil

bahagian dalam pertandingan ini.

10.5 Semua peserta hendaklah melapor diri ditempat pertandingan.

10.6 Wanita yang mengandung tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian

dalam pertandingan ini.

11. MANANDUS

11.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN MANANDUS

11.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki dan wanita

11.2 Pemain pertama akan membaling gelang kira – kira 3 meter di hadapam

pemain kedua

11.3 Pemain kedua akan cuba menghalang gelang tersebut daripada

melepasinya dengan membaling lembing ke arah gelang tersebut.

11.4 Jika gelang tersebut gagal dihalang, pemain pertama diberi 1 markah.

11.5 Kedua – dua pemain diberi peluang membaling gelang tanpa dapat

dihalang, pemain tersebut dikira menang dan layak ke pusingan

seterusnya.

11.6 Hanya pemenang pertama, kedua dan ketiga diberikan hadiah.

12. Monungkava Kalabau ( Menjerat Kerbau Dengan Tali )

12.1 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN MONUNGKAVA

12.1.1 Setiap peserta diberi sebanyak 3 kali lontaran.

12.1.2 Setiap lontaran yang tepat akan diberi 5 markah.

12.1.3 Lontaran mestilah memasuki kedua-dua tanduk target.

12.1.4 Jarak peserta dengan target adalah 12 kaki.

12.1.5 Tali akan disediakan oleh pihak penganjur.

12.1.4 Sekiranya ada persamaan markah maka 2 lontaran akan diberikan

kepada setiap peserta yang mendapat markah yang sama.

12.1.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!