25.12.2014 Views

Dunia Animasi Tingkat Daya Kreativiti - UTHM Library - Universiti ...

Dunia Animasi Tingkat Daya Kreativiti - UTHM Library - Universiti ...

Dunia Animasi Tingkat Daya Kreativiti - UTHM Library - Universiti ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Usaha Larry dan Sergey sedikit berhasil selepas mereka melancarkan Google Print di Pesta Buku Frankfurt pada tahun 2004

sehingga banyak penerbit berminat menyertai projek ini, antaranya termasuklah Cambridge University Press, McGraw-Hill, Oxford

University Press, Pearson, Penguin, Warner Books dan lain-lain. Setahun kemudian, mereka datang kembali ke Pesta Buku

Frankfurt untuk membuktikan Google Print sudah diterima umum sehingga dapat menjalinkan kerjasama dengan penerbit

dari Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan lain-lain. Walau bagaimanapun, teknologi “tanggungjawab sosial” ini

baru sahaja memasuki rantau ini dengan memilih Malaysia sebagai destinasi pertama walaupun Indonesia dan Thailand lebih

banyak menerbitkan buku berbanding dengan Malaysia.

Hal ini kerana Google masih dalam proses membangunkan optical character recognition (OCR) untuk huruf Thai. Oleh sebab bahasa

Melayu dan Indonesia menggunakan huruf roman, teknologi OCR Google sudah sedia matang dan tepat. Sekiranya penerbit

bersetuju menjadi “rakan kongsi” dengan Google, semua buku yang dihantar kepada Google akan diimbas dan diindeks

secara lengkap oleh Google secara percuma. Seperti Amazon.com yang ada kemudahan Search Inside, Google Book Search memberikan

empat jenis paparan bagi memudahkan pengguna membaca atau membelek buku, iaitu:

Paparan penuh: Terdiri daripada jenis buku yang menjadi hak milik awam ataupun sudah mendapatkan keizinan daripada

pihak penerbit. Pengguna bukan sahaja boleh membaca buku dari kulit hadapan sehingga kulit belakang, malah dibenarkan

muat turun buku itu.

Paparan terhad: Sekiranya buku yang dibelek itu diterbitkan oleh penerbit yang menyertai program Google Book Search:

pengguna masih tetap boleh membaca sebahagian daripada kandungan buku yang dihadkan. Biasanya dihadkan lima muka

surat bagi setiap bab.

Paparan potongan: Pengguna menaip ayat atau perkataan yang mahu dicari daripada sebarang buku. Hasil yang diberikan

hanya paparan potongan kata kunci ayat atau perkataan yang dicari.

Tiada paparan: Hanya dipaparkan maklumat bibliografi berkenaan buku yang dicari. Walau bagaimanapun, diberikan pautan

laman web kedai buku maya penerbit atau perpustakaan bagi mendapatkan buku itu.

Google Book Search berbeza daripada Amazon.com. Amazon ialah syarikat buku yang menjual buku, manakala Google Book

Search tetap menjalankan aktiviti perniagaan enjin carian, iaitu dengan mempamerkan buku di internet. Di Amazon.com, sekiranya

pembeli mahu membeli buku yang tertera pada laman sawang itu, mereka akan menghantar buku itu. Namun sekiranya ada

orang yang mahu membeli buku yang dipaparkan di Google Book Search, mereka boleh memesan melalui maya kepada Google.

Kemudian Google akan menghantar pesanan itu kepada penerbit yang menerbitkan buku yang dipesan. Maka buku itu akan

dihantar kepada pembeli oleh penerbit sendiri.

Perbezaan lain, pengguna Google Book Search boleh membuat carian dalam kandungan buku yang dibelek kerana Google ialah

syarikat enjin carian. Selain itu, seluruh kandungan buku diindeks atau diimbas menggunakan prototaip pengimbas yang tidak

didedahkan kepada umum. Mungkin mereka menggunakan pengimbas Atiz DIY ataupun pengimbas Robotic Book yang dapat

mengimbas sebanyak 1000 muka surat sejam. Walau bagaimanapun, Google mendakwa mereka mampu mengimbas 3000

buah buku sehari. Keadaan ini berbeza daripada Amazon Search Inside yang hanya mengimbas beberapa muka surat awal buku

itu. Dari segi jual beli, pembaca juga diberikan pilihan bagi mendapatkan buku yang diidamkan. Mereka boleh membeli terus

buku daripada penerbit kerana diberikan pautan laman sawang kedai buku maya penerbit. Pembeli boleh juga memuat turun

daripada Google sekiranya ada akaun dengan Google ataupun sekadar “menyewa” buku itu beberapa hari.

Kehadiran Google Book Search adalah sangat berguna bagi penerbit atau perpustakaan yang mahu memasarkan atau mempromosikan

buku. Kedai Amazon.com tidak menjadi pilihan penerbit luar Amerika Syarikat kerana penerbit perlu menghantar

buku kepada stor Amazon.com di sana. Segala kos penghantaran ditanggung oleh pihak penerbit di samping penerbit perlu

memberikan diskaun kepada Amazon.com. Namun, Google Book Search hanya membantu mempamerkan buku di internet secara

percuma. Margin keuntungan juga lebih rendah sekiranya dibandingkan dengan margin diskaun yang diminta oleh kedai

buku. Misalnya, penerbit tempatan perlu memberikan 30 sehingga 50 peratus diskaun kepada kedai buku. Dengan Google Book

Search, penerbit berkongsi margin keuntungan pada kadar 70 peratus (penerbit), 30 peratus (Google) sahaja tanpa sebarang

diskaun yang diminta oleh Google.

Bagi penerbit yang mahu menyertai program Google Book Search, syaratnya hanya perlu ada minimum 400 judul yang sudah

diterbitkan. Begitu juga dengan syarat bagi perpustakaan yang mahu meletakkan online public access catalog (OPAC) yang lebih

mudah dan mesra pengguna, iaitu minimum koleksi 400 judul.

Sebelum ini, persoalan pertama yang ditanya oleh penulis sebelum menyerahkan manuskrip kepada penerbit, “Adakah pihak

penerbit dapat memasarkan buku saya di MPH, Kinokuniya, Borders dan Popular” Mungkin tidak lama lagi penulis akan bertanya,

“Adakah buku saya dipamerkan dalam Google Book Search”

Semoga program ini dapat dimanfaatkan oleh penerbit mapan di Malaysia seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbit universiti

dan perpustakaan awam Malaysia kerana mereka mempunyai lebih daripada 400 judul buku. Semoga dengan teknologi ini,

Bahasa Melayu berpotensi menjadi bahasa global.

mukasurat 09

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!