10.01.2015 Views

FOKUS Pengaturcaraan Komputer BERSAMA ... - UTHM Library

FOKUS Pengaturcaraan Komputer BERSAMA ... - UTHM Library

FOKUS Pengaturcaraan Komputer BERSAMA ... - UTHM Library

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

4

Buletin Perpustakaan Bil. 1/2011 | BERSAMA PENGARANG

Profesor Madya Dr. Rosziati binti Ibrahim

Oleh : Norhaslini Abd Alim & Sabarina Che Mat

Tirai Kolum Bersama Pengarang, Buletin Perpustakaan tahun 2011 dibuka

dengan berkenalan secara lebih dekat dengan salah seorang personaliti

yang tidak asing lagi di kalangan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) iaitu Prof. Madya Dr. Rosziati binti Ibrahim. Kolum Bersama Pengarang

memilih beliau kali ini kerana sumbangan dan pencapaian beliau dalam

mengharumkan nama universiti ini dalam pelbagai bidang khususnya

penulisan dan penyelidikan.

Prof. Madya Dr. Rosziati merupakan teraju utama dalam mengemudi

pengurusan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM),

UTHM sejak dilantik sebagai Dekan FSKTM pada 1 November 2009.

Beliau yang berasal dari Kampung Dalam, Peserai, Batu Pahat

telah dilahirkan pada 21 Jun 1966 di Segamat, Johor. Anak ke-4

daripada 8 orang adik-beradik ini telah memulakan pendidikan

rendah di Sek. Keb. Telok Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi

pada tahun 1973 hingga 1978. Selepas itu, beliau

mendapat pendidikan di Sek. Men. Keb. Tanjung Datuk,

Pengerang, Kota Tinggi. Kemudian, antara tahun 1981

hingga 1983, beliau telah menyambung pendidikan

peringkat menengah di Sek. Men. Temenggong

Ibrahim, Batu Pahat.

Menceritakan laluan akademik beliau, isteri kepada

En. Sapiee bin Jamel iaitu pensyarah kanan di FSKTM

dan ibu kepada 4 orang cahaya mata ini menegaskan

bahawa peluang untuk melanjutkan pelajaran di South

Australia Matriculation (SAM) merupakan titik permulaan

dalam mengorak langkah untuk menempa kejayaan

demi kejayaan dalam akademik. Selepas tamat kursus

di pusat matrikulasi ini, beliau telah menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang

Matematik dan Sains Komputer di Adelaide University, Australia. Berkat kecekalan dan semangat yang jitu, akhirnya

pada bulan Mac 2000, Beliau telah menerima anugerah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Teknologi Maklumat

dengan pengkhususan dalam bidang Spesifikasi Perisian di Queensland University of Technology (QUT), Brisbane,

Australia. Bidang kepakaran beliau ialah kejuruteraan perisian (spesifikasi perisian, pengujian perisian, kaedah formal,

semantic operasi, pembangunan perisian berasaskan objek dan teknologi objek) dan grafik berkomputer

(pemprosesan imej).

Karier Prof. Madya Dr. Rosziati bermula pada tahun 1992 apabila beliau diterima sebagai pensyarah di Institut Teknologi

MARA, Kuching. 3 Tahun kemudian, beliau telah menyertai Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai tenaga

akademik di universiti ini. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik) di Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat, UNIMAS (Mac 2000 hingga Februari 2004) dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains

Kamputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS (November 2004 hingga September 2005).

Selain bidang penulisan dan penyelidikan, Prof. Madya Dr. Rosziati juga amat aktif dalam bidang sukan terutamanya

dalam acara tenpin boling yang mana beliau telah banyak menyumbang pingat kepada universiti dalam kejohanan

sukan staf antara universiti di Malaysia. Terkini, beliau telah berjaya membawa pulang pingat perak dalam kejohanan

SUKUM kali ke-35. Beliau banyak menghabiskan masa lapang dengan bermain tenpin boling bersama keluarga atau

rakan. Selain itu, beliau juga suka melancong kerana ia dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta

menambah jaringan komunikasi.

PENYELIDIKAN

1. Traditional Malay Musical Instruments Sound processing using

Rough Set Theory

- Member of Fundamental Research Grant Scheme (Aktif)

2. Finding New Steganography Algorithm to Hide Data in Image

- Project Leader of Fundamental Research Grant Scheme (Aktif)

6. Validation of Requirements from Software Specification

- Project Leader of Short Term UNIMAS Grant (Tamat)

7. Domain Models and Software Development: The Manufacturing

Industry Information and Command Infrastructure (MIICI)

- Project Leader of IRPA Grant (Tamat)

3. Conformance of UML Specification

- Project Leader of UTHM Fundamental Grant (Tamat)

4. Development of Algorithm for Measurement of Driver’s Fatigue

Level Using 3 Factors (eyelid blinking, yawning and red eye

effect)

- Project Leader of Fundamental Research Grant Scheme (Tamat)

5. An Adaptive Testing Tool for Generating Test Cases from

UML Specification

Project Leader of Short Term KUiTTHO Grant (Tamat)

8. The Perception in Information Technology of Small and Medium

Sized Companies in Malaysia: A Survey

- Project Leader of Short Term UNIMAS Grant (Tamat)

9. Automated-Course Timetabling Project for UNIMAS

- Project Leader of Short Term UNIMAS Grant (Tamat)

10. Towards a Development of An On-line TITAS 1 Courseware

- Member of Short Term UNIMAS Grant (Tamat)

11. Developing a Programme Plan for a University-Industry

Partnership Program

- Project Leader of Short Term UNIMAS Grant (Tamat)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!