23.01.2015 Views

ATURAN URUSAN MESYUARAT - Sabah

ATURAN URUSAN MESYUARAT - Sabah

ATURAN URUSAN MESYUARAT - Sabah

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KETIGA BELAS

NEGERI SABAH

ATURAN URUSAN MESYUARAT

RABU, 22 APRIL 2009, JAM 10:00 PAGI

http://www.sabah.gov.my/dun

Bil. 04

PERTANYAAN-PERTANYAAN UNTUK JAWAPAN LISAN

1. Y.B. Tuan Teo Chee Kang [Tanjong Kapor] bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT:-

i) Berapakah peserta yang telah mendapat manfaat daripada Kursus ICT dan

Bahasa Inggeris sejak permulaan program ini pada tahun 2005; dan

ii)

Berapakah kos yang telah dibelanjai dan apakah keberkesanan program

tersebut demi pembangunan sumber manusia dan teknologi maklumat di

Sabah.

2. Y.B. Tuan Nilwan bin Kabang [Kunak] bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA, apakah langkah

yang diambil oleh pihak kerajaan berhubung dengan warga emas yang berumur 58

tahun ke atas yang tidak layak mendapat bantuan kerajaan atas alasan mereka

mempunyai ahli keluarga yang mampu menyara mereka.

3. Y.B. Tuan Sarapin Magana (Matunggong) bertanya kepada TIMBALAN KETUA

MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, berapakah bilangan

kampung dalam kawasan Matunggong yang akan dibekalkan dengan air bersih

apabila projek Empangan Air Milau, Kudat siap sepenuhnya menjelang penghujung

tahun 2009 ini dan bilakah kerja-kerja pemasangan paip air ke kampung-kampung

tersebut dimulakan.

4. Y.B. Tuan Au Kah Wah [Elopura] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN

PERINDUSTRIAN, adakah kerajaan telah mengambil keputusan untuk meluluskan

“Cabotage Policy” bagi meningkatkan daya bersaing.

5. Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Hj. Said [Tungku] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, apakah

langkah pihak JKR untuk membaik pulih jalan raya Lahad Datu - Tungku yang

terjejas akibat banjir seperti di KM 40.

6. Y.B. Puan Anita Baranting [Tandek] bertanya kepada KETUA MENTERI, adakah

kerajaan bercadang untuk membuka semula permohonan permit kereta penumpang

berlesen putih di Kota Marudu-Kota Kinabalu dan seluruh Sabah dan apakah

langkah kerajaan untuk membenteras pengusaha-pengusaha kereta sapu di Kota

Marudu.

1 AUMT 22/04/2009

7. Y.B. Datuk Liew Teck Chan [Likas] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN

PERINDUSTRIAN, sama ada kegawatan Ekonomi Global telah membawa kesan

yang serius terhadap pembangunan industri di Sabah dan khususnya pembangunan

di POIC.

8. Y.B. Datuk Haji Ramlee Marahaban [Bugaya] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN, bolehkah

kerajaan menjelaskan sejauh manakah kejayaan industri penternakan seperti lembu,

kerbau dan kambing yang dilaksanakan di seluruh Sabah sejak beberapa tahun

dahulu dan adakah Negeri Sabah boleh mencapai tahap 100% sara diri dalam

pengeluaran daging tempatan.

9. Y.B. Tuan Dr. Joachim Gunsalam [Kundasang] bertanya kepada MENTERI

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR:-

i) Apakah status terkini mengenai kualiti air yang melimpah dari bekas

Lombong Tembaga Mamut dan masalah ketidakstabilan ‘slope’ dari buangan

sisi perlombongan tersebut; dan

ii)

Apakah yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk

menangani masalah ini.

10. Y.B. Datuk Haji Syed Abas Syed Ali [Balung] bertanya kepada MENTERI

KEWANGAN, apakah kesan pergolakan kewangan dunia keatas kewangan negeri

dan apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi keadaan sedemikian di negeri

ini.

11. Y.B. Tuan Jimmy Wong Sze Phin [Sri Tanjung] bertanya kepada MENTERI

KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, adakah kempen kitar semula yang

dilaksanakan di beberapa buah Pihak Majlis Berkuasa Tempatan berjaya.

12. Y.B. Datuk Haji Mohd. Arifin Bin Mohd. Arif [Membakut] bertanya kepada

TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR:-

i) Sehingga 2009 berapakah jumlah MESEJ yang telah berjaya diwujudkan di

Negeri Sabah dan berapa keluargakah yang telah mendapat manfaat

daripada program berkenaan; dan

ii)

Apakah kesan projek ini dalam membasmi kemiskinan tegar.

13. Y.B. Tuan Haji Abdul Muis Haji Picho [Sebatik] bertanya kepada MENTERI

KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, bolehkah pihak kementerian

memperjelaskan perancangan yang bakal dilaksanakan di sepanjang tahun 2009 ini

untuk memajukan lagi bandar Tawau dan Pulau Sebatik.

2 AUMT 22/04/2009

14. Y.B. Tuan Masiung Banah [Kuamut] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN,

apakah kerajaan merancang untuk menempatkan sebuah Pejabat Bendahari

Daerah di Daerah Tongod.

15. Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Hj. Said [Tungku] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah usaha

pihak kerajaan untuk meningkatkan bekalan elektrik kampung-kampung yang belum

mendapat kemudahan bekalan elektrik seperti Tambisan, Tg. Labian, Kg. Bangingod

dan lain-lain.

16. Y.B. Datuk Haji Ramlee Marahaban [Bugaya] bertanya kepada KETUA

MENTERI, bolehkah dijelaskan perkembangan semasa mengenai Brunei,

Indonesia, Malaysia, Philippines – East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) dan

faedah-faedah yang diperolehi Negeri Sabah melalui BIMP-EAGA ini.

17. Y.B. Datuk Haji Mohd. Arifin Bin Mohd. Arif [Membakut] bertanya kepada

TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN, bolehkah dijelaskan mengenai konsep tagal di laut.

18. Y.B. Datuk Hajah Hamisa Binti Samat [Tanjong Batu] bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA, berikutan krisis

ekonomi yang melanda negara sekarang bagaimanakah kerajaan dapat mengawal

barang-barang keperluan supaya tidak disorok oleh penjual-penjual hypermarket

dan supermarket kepada pengguna/pembeli.

19. Y.B. Datuk Haji Mohd. Arifin Bin Mohd. Arif [Membakut] bertanya kepada

MENTERI PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT:-

i) Apakah kesan krisis ekonomi global terhadap peluang-peluang pekerjaan

dan berapa ramaikah pekerja yang diberhentikan di Sabah akibat krisis

berkenaan; dan

ii)

Apakah persiapan kerajaan dalam menghadapi krisis tersebut dalam konteks

pekerja dan pekerjaan yang mungkin mengalami kesannya.

20. Y.B. Datuk Hajah Hamisa Binti Samat [Tanjong Batu] bertanya kepada MENTERI

KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, bilakah Pekan Baru Kalabakan

diwujudkan memandangkan kawasan tersebut perlu dinaikkan taraf demi

pembangunan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu.

21. Y.B. Tuan Haji Abdul Muis Haji Picho [Sebatik] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, bilakah pihak

kementerian dapat membina jeti baru di bandar Tawau sebagai tempat para petani

dari Pulau Sebatik untuk menurunkan hasil tani mereka.

3 AUMT 22/04/2009

22. Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin Hj. Said [Tungku] bertanya kepada MENTERI

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah langkah-langkah

pihak kementerian untuk meningkatkan kehadiran pelancong ke Tabin dan usaha

untuk membaiki jalan raya ke kawasan tersebut.

23. Y.B. Tuan Haji Abdul Muis Haji Picho [Sebatik] bertanya kepada KETUA

MENTERI, bolehkah kerajaan perjelaskan jumlah permohonan tanah di negeri ini

yang masih lagi belum diluluskan walaupun ramai pemohon sudah memohon tanahtanah

berkenaan begitu lama.

24. Y.B. Datuk Liew Teck Chan [Likas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA

MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, bilakah “Dual Carriage

Way” Jalan Bundusan siap dibina.

25. Y.B. Tuan Saddi bin Haji Abdu Rahman [Sukau] bertanya kepada KETUA

MENTERI, apakah tindakan dikenakan kepada Ketua-ketua Jabatan, sama ada

mewakili Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berulang kali tidak menghadiri atau

menghantar wakil ke Mesyuarat Tindakan Daerah dan Mesyuarat LUC sedangkan ia

adalah medan penting untuk menyelesaikan masalah rakyat.

26. Y.B. Datuk Haji Syed Abas Syed Ali [Balung] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah

perkembangan terkini Program MESEJ dan berapa ramaikah KIRT yang telah

mendapat hasil dari program ini dan berapakah pendapatan bulanan mereka

27. Y.B. Datuk Zakaria Haji Mohd. Edris [Gum-Gum] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, sejak MESEJ

diperkenalkan beberapa tahun lepas berapa peratuskah Ketua Isi Rumah

dikategorikan sebagai miskin tegar terkeluar dari masalah tersebut. Apakah

pelaksanaan MESEJ dilaksanakan di seluruh daerah di Negeri Sabah.

28. Y.B. Puan Melanie Chia Chui Ket (Luyang) bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan

untuk memansuhkan dasar kobotaj (Cabotage Policy) dan mengkaji semula caj

pengangkutan yang tinggi di Pelabuhan Kontena Sepanggar dan memajukan

Pelabuhan Kontena Sepanggar untuk menjadikannya sebuah pelabuhan terunggul

di rantau ini.

29. Y.B. Datuk Samsudin Yahya [Sekong] bertanya kepada KETUA MENTERI,

apakah kerajaan menetapkan matlamat tertentu untuk mengurangkan

kebergantungan kepada buruh asing di Sabah seperti mana langkah kerajaan pusat

sekaligus memberi peluang kepada rakyat tempatan bekerja khususnya dalam

sektor-sektor perindustrian dan pembuatan.

30. Y.B. Tuan John Teo Mau Sing [Kuala Penyu] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, adakah

cadangan untuk menyelenggarakan jalan raya-jalan raya di kawasan Kuala Penyu

4 AUMT 22/04/2009

menerusi Syarikat Kekal Mewah Sdn. Bhd. untuk tahun 2009 dan sekiranya ada

bilakah kerja-kerja dimulakan.

31. Y.B. Tuan Johnny Goh (Inanam) bertanya kepada KETUA MENTERI, berapa

banyakkah permohonan untuk status PR bagi rakyat asing terutama rakyat Filipina

yang telah diluluskan dan berapa banyak lagi pemohon yang sedang dalam proses

oleh kerajaan negeri.

32. Y.B. Datuk Haji Ramlee Marahaban [Bugaya] bertanya kepada KETUA

MENTERI:-

i) Bilakah bermulanya pelaksanaan pintu masuk sempadan di Daerah

Semporna seperti yang telah diumumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia

baru-baru ini; dan

ii)

Apakah faedah-faedah dan kesan negatif keatas penduduk tempatan

berikutan dengan pembukaan pintu masuk sempadan ini nanti.

33. Y.B. Tuan Dr. Joachim Gunsalam [Kundasang] bertanya kepada MENTERI

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, adakah kerajaan

bercadang untuk membangunkan bekas lombong Tembaga Mamut sebagai satu

pusat tarikan pelancongan.

34. Y.B. Tuan Saddi bin Haji Abdu Rahman [Sukau] bertanya kepada MENTERI

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, dengan pengumuman

Pembangunan Koridor Sabah (SDC) secara holistik, apakah strategi kerajaan untuk

membangun Pekan Sukau sebagai pusat pelancongan yang kaya dengan

biodiversiti atau alam sekitar yang menarik di rantau ini.

35. Y.B. Tuan Nilwan bin Kabang [Kunak] bertanya kepada MENTERI

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, bilakah pihak kementerian

menjalankan pelaksanaan berkenaan tempat-tempat menarik di Daerah Kunak

untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan seperti Terowong Jepun, Kolam Air

Panas, Lumpur Meletup, Kawah Gunung Berapi dan banyak lagi.

36. Y.B. Datuk Liew Teck Chan [Likas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA

MENTERI / MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN, adakah kerajaan

bercadang menyediakan peruntukan khas untuk tujuan membina dan menaik taraf

parit dan saliran seluruh Negeri Sabah memandangkan masalah banjir kilat di negeri

ini semakin serius. Jika ada, berapakah jumlah peruntukan akan disediakan.

37. Y.B. Tuan Au Kah Wah [Elopura] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN

TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apa syarat-syarat dan tempohnya untuk

meluluskan pelesenan Siber Café serta berapa lesen Siber Café telah diluluskan di

Sandakan sehingga kini.

5 AUMT 22/04/2009

38. Y.B. Datuk Louis Rampas [Kiulu] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN

apakah cara untuk meminta Kerajaan Persekutuan membolehkan kontraktorkontraktor

yang memegang lesen PUKONSA yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri

untuk melaksanakan projek-projek yang dibiayai di bawah peruntukan Kerajaan

Persekutuan terutama sekali projek-projek kecil yang dilaksanakan oleh Pejabat

Kemajuan Negeri Sabah.

39. Y.B. Tuan Kamarlin Haji Ombi [Lumadan] bertanya kepada MENTERI

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR:-

i) Adakah agenda untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Sabah

dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri;

ii)

Adakah kerajaan diberi peluang untuk mendapat sebarang laporan

perkembangan pendidikan daripada Jabatan Pelajaran Sabah khususnya

dalam sebarang program Jabatan Pelajaran.

40. Y.B. Tuan Kamarlin Haji Ombi [Lumadan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA

MENTERI / MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN, adakah kerajaan

mempunyai cadangan untuk menggunakan agensi seperti FELDA, BORNEO

SEMUDERA, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, SAWIT KINABALU dan

lain-lain agensi kerajaan negeri untuk mengusahakan kegiatan pertanian secara

komersial.

41. Y.B. Puan Melanie Chia Chui Ket (Luyang) bertanya kepada KETUA MENTERI,

apakah perkembangan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan

Sabah (SEDIA) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) setakat ini.

42. Y.B. Tuan Justin Guka [Bingkor] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI /

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah dasar kerajaan untuk

melaksana projek-projek PIA, PIAS dan PJK di Negeri Sabah dan kenapakah

kerajaan tidak mengutamakan projek-projek yang dipohon oleh JKKK.

43. Y.B. Puan Anita Baranting [Tandek] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah

status penyelesaian kes tanah penduduk kampung yang terlibat dalam pertindihan

permohonan tanah Syarikat Begaraya setakat ini.

44. Y.B. Tuan Jimmy Wong Sze Phin [Sri Tanjung] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, bolehkah

Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyediakan senarai penuh yang terkini

penghuni PPRT Titingan dan Balung.

45. Y.B. Datuk Samsudin Yahya [Sekong] bertanya kepada TIMBALAN KETUA

MENTERI / MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah tindakan

kerajaan dalam melaksanakan Pelan Induk Akuakultur (ZIA) ataupun Program

Berimpak Tinggi (HIP) sesuai dengan potensi Sabah dalam pembangunan industri

akuakultur.

6 AUMT 22/04/2009

46. Y.B. Tuan John Teo Mau Sing [Kuala Penyu] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN, apakah

cadangan kerajaan untuk mengatasi kemasukan air masin ke tanah pertanian di

Daerah Kuala Penyu untuk tahun 2009 dan seterusnya. Apakah kedudukan tembok

dan pintu kawalan air pasang surut (tidal bund) yang sedia ada.

47. Y.B. Tuan Johnny Goh (Inanam) bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI /

MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, bilakah jalan Tuaran Inanam ke

Menggatal diaspal semula.

48. Y.B. Tuan Dr. Joachim Gunsalam [Kundasang] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, apakah status

terkini mengenai penyelenggaraan jalan raya dari Lobou Timbua ke SJ Kawiyan

oleh Syarikat konsesi Kekal Mewah dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh

Jabatan Kerja Raya untuk memastikan bahawa penyelenggaraan itu benar-benar

dijalankan.

49. Y.B. Tuan Saddi bin Haji Abdu Rahman [Sukau] bertanya kepada KETUA

MENTERI, bilakah kerajaan bercadang untuk mengukur tanah-tanah perkampungan

seperti Sentosa Jaya, Perpaduan Datu Ugi dan Batu Putih yang telah di duduki oleh

penduduk tempatan pribumi sejak tahun 1987 lagi.

50. Y.B. Tuan Nilwan bin Kabang [Kunak] bertanya kepada KETUA MENTERI,

bilakah pihak kerajaan dapat melaksanakan atau membina Pangkalan Polis Marin di

Daerah Kunak.

51. Y.B. Tuan Au Kah Wah [Elopura] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN,

KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah Institut Pelajaran Tinggi Awam

(IPTA) dan Institut Pelajaran Tinggi Swasta (IPTS) telah pasti mendirikan kampus di

Hub Pendidikan yang seluas 1,400 ekar ini.

52. Y.B. Tuan Masiung Banah [Kuamut] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah

kerajaan bercadang untuk membina sebuah Balai Polis di Daerah Tongod.

53. Y.B. Tuan Justin Guka [Bingkor] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN

TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apakah dasar kementerian berhubung

penggunaan Logo Pihak Berkuasa Tempatan khasnya Majlis Daerah Keningau yang

digunakan sewenang-wenangnya oleh badan-badan bukan kerajaan seperti Syarikat

HIDAYAH MAHIR SDN. BHD.

54. Y.B. Puan Anita Baranting [Tandek] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah

tindakan kerajaan untuk memperkukuhkan langkah keselamatan, membenteras keskes

vandalisme, pengedaran dan penagihan dadah, rogol dan bunuh seperti mana

yang berlaku kepada seorang pelajar UMS baru-baru ini.

7 AUMT 22/04/2009

55. Y.B. Tuan Jimmy Wong Sze Phin [Sri Tanjung] bertanya kepada MENTERI

KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, bilakah pihak kerajaan akan melantik

Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau.

56. Y.B. Tuan Justin Guka [Bingkor] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN

TEMPATAN DAN PERUMAHAN:-

i) Apakah dasar kerajaan untuk menentukan saiz parking yang standard di

Sabah amnya dan di Bandar Keningau khasnya; dan

ii)

Adakah saiz parking ini boleh dikecilkan ikut sesuka hati oleh mana-mana

pihak tanpa mengikuti piawaian saiz yang dibenarkan.

57. Y.B. Datuk Hajah Hamisa Binti Samat [Tanjong Batu] bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA, apakah status

Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan untuk memberi perlindungan kepada

kanak-kanak yang didera.

58. Y.B. Tuan Haji Ahmad Haji Bujang [Sindumin] bertanya kepada MENTERI

PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR:-

i) Pernahkah kajian kualiti dari pihak yang berkecuali dijalankan untuk

mengukur tahap pencemaran alam selain dari Jabatan Alam Sekitar ke atas

kilang-kilang di Sabah seperti kilang kertas Sabah Forest Industry Sipitang.;

dan

ii)

Jika pernah apakah berbezaan antara keduanya.

59. Y.B. Datuk Samsudin Yahya [Sekong] bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, berapa

ramaikah anak-anak tempatan dari Negeri Sabah yang telah diberhentikan kerja

dalam pelbagai sektor di Semenanjung Malaysia akibat kegawatan ekonomi global.

60. Y.B. Tuan John Teo Mau Sing [Kuala Penyu] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, apakah

kedudukan terkini pembinaan baru Loji Penapisan Air Terawat yang terletak di

Limbawang, Beaufort.

61. Y.B. Tuan Haji Ahmad Haji Bujang [Sindumin] bertanya kepada TIMBALAN

KETUA MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, apakah

rancangan terdekat kerajaan untuk mengatasi masalah lebuh raya antara Sindumin

dan Beaufort yang tidak rata dan juga rendah yang sering dibanjiri.

62. Y.B. Datuk Haji Surady Kayong [Sugut] bertanya kepada KETUA MENTERI,

adakah kerajaan sedar bahawa hutan simpan Sugut dan Paitan sebahagian

besarnya sudah tidak ada lagi kayu yang boleh dikomersialkan kerana terbakar dan

8 AUMT 22/04/2009

telah dibalak secara haram beberapa tahun yang lalu. Jika sedar, adakah cadangan

kerajaan untuk membubarkan kawasan ini untuk dijadikan kawasan pertanian.

63. Y.B. Datuk Zakaria Haji Mohd. Edris [Gum-Gum] bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN SUMBER DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, adakah

peluang pekerjaan akan diwujudkan kepada ratusan belia yang diberi kursus oleh

kementerian dalam bidang perhotelan memandangkan mereka telah mempunyai

kemahiran semasa menjalani program itu.

64. Y.B. Puan Melanie Chia Chui Ket (Luyang) bertanya kepada MENTERI

PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA, apakah langkah

kerajaan untuk menyelaraskan harga barang yang tidak seimbang antara

Semenanjung Malaysia dan Sabah.

65. Y.B. Tuan Sarapin Magana (Matunggong) bertanya kepada TIMBALAN KETUA

MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, sejauh manakah impak

program Koridor Pembangunan Sabah atau ”Sabah Development Coridor” (SDC)

terhadap pembasmian kemiskinan tegar di kalangan penduduk luar bandar setakat

ini.

66. Y.B. Tuan Teo Chee Kang [Tanjong Kapor] bertanya kepada TIMBALAN KETUA

MENTERI / MENTERI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR, bilakah rancanganrancangan

penaiktarafan dan pengaspalan jalan-jalan kampung utama di Daerah

Kudat seperti berikut akan dilaksanakan:-

i) Jalan Tiga Papan – Tajau (5.4 KM);

ii) Jalan Sungai Karang – Dampirit (4.5 KM);

iii) Jalan Dampirit – Ambangan (4.5 KM); dan

iv) Jalan Parapat – Laut (3.42 KM).

67. Y.B. Tuan Johnny Goh (Inanam) bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN

MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA, sama ada kementerian ada

cadangan untuk membina pusat perpustakaan di kawasan Inanam dan apakah

kriteria pengujudan sebuah perpustakaan tersebut.

Soalan-soalan yang tidak sempat dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis.

9 AUMT 22/04/2009

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!