02.06.2015 Views

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Kerja Raya Cawangan

Mekanikal Negeri Pahang Dan Pejabat Daerah Dan Tanah Pekan - Pengurusan

Kenderaan

Kenderaan merupakan aset yang penting bagi melancarkan perjalanan aktiviti Jabatan

Kerajaan Negeri. Pengurusan kenderaan wajar diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri

Pahang kerana ia merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan. Bagi

memastikan pengurusan kenderaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

(Pejabat SUK), Jabatan Kerja Raya Cawangan Mekanikal Negeri Pahang (JKR) dan Pejabat

Daerah Dan Tanah Pekan (PDT Pekan) telah dilaksanakan dengan baik, satu kajian

terhadap pengurusan kenderaan telah dijalankan oleh pihak Audit. Secara keseluruhannya

tahap pengurusan kenderaan di tiga Jabatan tersebut adalah memuaskan. Bagaimanapun,

terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian seperti perolehan bahan api yang

meragukan, penggunaan kad inden bagi kenderaan yang telah dilupuskan dan kos

penyenggaraan kenderaan yang tinggi.

6. Majlis Perbandaran Kuantan – Pengurusan Tempat Letak Kereta Berkupon

Pelaksanaan tempat letak kereta berkupon secara menyeluruh di kawasan Majlis

bermula pada awal Jun 2006 menggantikan kaedah kutipan secara manual. Sehingga akhir

tahun 2008, Majlis mempunyai 11,089 petak letak kereta berkupon yang melibatkan 13 zon

di kawasan Majlis. Jumlah hasil Bahagian Letak Kereta bagi tempoh Jun 2006 hingga

Disember 2008 adalah berjumlah RM19.18 juta. Pada keseluruhannya, pelaksanaan

pengurusan tempat letak berkupon Majlis adalah memuaskan kecuali bagi proses

pewartaan, pengurusan dan penjagaan tempat letak kereta, susun atur petak letak kereta,

proses pembelian dan penerimaan stok, pengurusan kupon jam rosak dan penukaran

kupon, sistem pengurusan dan penjualan kupon, kadar bayaran, promosi dan kes tindakan

mahkamah. Antara tindakan yang disyorkan adalah Majlis perlu mengkaji tempoh proses

pewartaan serta peletakan hak kuasa dan memohon pertambahan serta pewujudan

perjawatan baru. Selain itu tindakan bersepadu antara Jabatan, Agensi Kerajaan dan Credit

Tip Off Services (CTOS) dengan syarikat kewangan bagi mendapat maklumat berkaitan

pengguna yang disabitkan kesalahan berkaitan kompaun juga perlu diambil oleh pihak

Majlis.

BAHAGIAN II – PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

7. Amanah Saham Pahang Berhad

Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA) telah ditubuhkan pada 21 Januari 1974 dan

telah beroperasi selama lebih kurang 35 tahun. Ia adalah sebuah syarikat milik penuh

Kerajaan Negeri Pahang dengan modal dibenarkan berjumlah RM70 juta dan modal

berbayar setakat ini berjumlah RM60.61 juta. Penubuhan ASPA adalah bertujuan untuk

meningkatkan penyertaan Bumiputera Negeri Pahang dalam industri perkayuan dan

meningkatkan faedah yang boleh diperoleh daripada sumber hutan serta mengamalkan

xv

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!