02.06.2015 Views

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KATA PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, menghendaki

Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan serta aktiviti Kerajaan Negeri dan

mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menitahkan untuk dibentangkan di Dewan

Undangan Negeri Pahang. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah

menjalankan Pengauditan Prestasi untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan

dilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.

2. Laporan saya mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan

Negeri Pahang tahun 2008 ini disediakan hasil daripada Pengauditan terhadap aktivitiaktiviti

tertentu yang dilaksanakan di 10 buah Jabatan/Agensi Negeri iaitu Jabatan Agama

Islam Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri,

Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Bekalan Air Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri, Pejabat Daerah Dan Tanah Pekan, Majlis Perbandaran Kuantan dan Amanah

Saham Pahang Berhad. Program/aktiviti yang diaudit adalah berkaitan dengan Pengurusan

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, Pengurusan Hutan - Kepentingannya Kepada Alam Sekitar,

Pengurusan Kualiti Air Minum, Pengurusan Kenderaan, Pengurusan Tempat Letak Kereta

Berkupon dan Pengurusan Syarikat Amanah Saham Pahang Berhad.

3. Pengauditan terhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk menilai semua program

yang telah dirancang telah dilaksanakan dan diurus dengan jayanya mengikut tempoh yang

ditetapkan, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Pada umumnya, aktiviti-aktiviti

yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi Negeri Pahang pada tahun 2008 masih terdapat

kelemahan. Di antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekangan kewangan dan

infrastruktur yang tidak kondusif telah menjejaskan pelaksanaan KAFA. Aktiviti yang

dijalankan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal memberi impak negatif kepada alam sekitar

seperti pelaksanaan projek ladang hutan, pencerobohan oleh pelombong dan pembalakan

haram telah memusnahkan ekologi tasik dan juga habitat semula jadi hidupan liar. Matlamat

pelaksanaan SPEKS bagi menyediakan Penyata Kewangan yang seragam dan tepat belum

dilaksanakan sepenuhnya. Pelanggaran parameter air terawat melebihi piawaian yang

ditetapkan menjejaskan kualiti air minum. Kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi

melebihi kos perolehan, tempoh proses pewartaan tempat letak kereta dan kelemahan

dalam tadbir urus korporat syarikat, prestasi aktiviti syarikat serta kurangnya pemantauan.

vii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!