02.06.2015 Views

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Buku Log bagi setiap kenderaan tidak disimpan oleh pegawai bertanggungjawab.

Selain itu, semakan Audit juga mendapati perkara seperti berikut:

Penyelenggaraan Rekod Perjalanan Bulanan - Rekod Perjalanan Bulanan

adalah untuk mencatat jumlah penggunaan bahan api, jarak perjalanan, kos

pembaikan dan penyenggaraan kenderaan berkenaan bagi sesuatu bulan.

Rekod ini juga boleh memudahkan ASPA membuat analisis terhadap

penggunaan bahan api, memantau kekerapan kenderaan diperbaiki dan juga

sebagai dokumen rujukan dan sokongan apabila kenderaan berkenaan disyorkan

untuk di ambil tindakan pelupusan. Semakan Audit mendapati tiada sebarang

rekod mengenai perjalanan bulanan diselenggarakan untuk memantau

penggunaan kenderaan ASPA.

Pembelian Minyak Untuk Kenderaan ASPA - ASPA ada menggunakan Kad

Inden Minyak untuk pembelian minyak bagi kenderaan syarikat. Kad Inden

Minyak disimpan dengan selamat oleh pegawai yang diberi tanggungjawab untuk

menjaga pengangkutan dan hanya diberi kepada pemandu semasa pembelian

minyak dibuat serta memastikan kad tersebut dikembalikan sebaik sahaja

pembelian dibuat. Bagaimanapun, didapati tiada daftar diselenggarakan untuk

merekodkan setiap keluar masuk Kad tersebut.

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya pengurusan kewangan ASPA adalah

tidak memuaskan kerana wujud kelemahan dalam kawalan dalaman di peringkat

terimaan, perolehan, perbelanjaan, pengurusan deposit, aset dan inventori. Selain itu,

ASPA juga belum mengguna pakai Pekeliling Perbendaharaan berkaitan pembayaran

bonus dan dividen oleh syarikat Kerajaan.

9.5.6 Pengurusan Aktiviti

Pengurusan aktiviti yang cekap memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya

menjamin pencapaian objektif. Antara aktiviti utama ASPA adalah jualan kayu balak,

perladangan kelapa sawit dan getah. Selain itu ASPA juga terlibat dalam jualan rumah

banglo yang diperoleh daripada syarikat subsidiarinya Mentiga Corporation Berhad.

a) Jualan Kayu Balak

Semakan Audit mendapati tiada peraturan atau proses kerja secara bertulis mengenai

proses jualan balak di ASPA. Temu bual Audit dengan pegawai yang bertanggungjawab

mendapati lesen untuk urus niaga pembalakan diperoleh melalui permohonan secara

bertulis kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Selepas kelulusan lesen diperoleh,

ASPA menawarkan kerja pembalakan di kawasan yang diluluskan kepada kontraktor

yang dipilih. Semakan Audit seterusnya mendapati justifikasi pemilihan dan kelulusan

kontraktor yang berjaya adalah dibuat melalui dua kaedah iaitu oleh Pihak Berkuasa

Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pemilihan dan

kelulusan oleh Menteri Besar Pahang. Bagi tahun 2006 hingga 2008, ASPA telah

136

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!