02.06.2015 Views

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

JH302454 cover pahang.indd - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Maklum balas daripada JBA menjelaskan bahawa tindakan mengenal pasti

kerosakan dan penyenggaraan instrumen telah dijalankan pada akhir tahun 2008

dan melibatkan kos sejumlah RM90,000.

Pada pendapat Audit, instrumen yang digunakan adalah tidak memuaskan kerana

JBA lewat mengambil tindakan pembaikan yang menjejaskan proses pemantauan

kualiti air.

f) Kalibrasi Peralatan

Semakan Audit mendapati kalibrasi dalaman telah dilakukan oleh Juruteknik, Operator

Loji atau Pembantu Am Rendah bagi semua peralatan pengujian mengikut kekerapan

yang telah ditetapkan bagi LRA Semambu, Nenasi, Kuala Terla dan Sungai Burung.

Bagi kalibrasi luaran peralatan akan dihantar kepada pembekal berkenaan untuk dibuat

kalibrasi. Bagaimanapun, semakan Audit mendapati maklumat berkaitan kalibrasi bagi

tahun 2006 dan 2007 tidak dapat diperoleh kerana Daftar Kalibrasi hanya

diselenggarakan bermula dari tahun 2008.

Pada pendapat Audit, kalibrasi peralatan pengujian adalah memuaskan kerana JBA

Pahang telah mengambil tindakan untuk menyelenggara rekod kalibrasi.

g) Rekod Kawalan Harian Kualiti Air Di Loji Rawatan Air

Semakan Audit mendapati LRA Sungai Burung dan Nenasi tidak menyelenggara rekod

Kawalan Harian Kualiti Air bagi tahun 2006 hingga 2007, namun ia mula

diselenggarakan pada tahun 2008. Manakala rekod LRA Kuala Terla tidak disediakan

dan LRA ini baru siap dibina pada tahun 2007. LRA Semambu pula mempunyai rekod

yang lengkap dan kemas kini bagi tahun 2006 hingga 2008.

Pada pendapat Audit, penyelenggaraan rekod Kawalan Harian Kualiti Air di LRA

adalah memuaskan.

h) Penggunaan Fluorida

Pihak JBA Pahang memaklumkan bahawa hanya tiga buah LRA di rangkaian terpilih

iaitu LRA Semambu, Kuala Terla dan Sungai Burung yang disediakan Flouride Feeder.

Semakan Audit mendapati di LRA Semambu, Kuala Terla dan Sungai Burung tidak

menggunakan fluorida sejak tahun 2008 kerana kelewatan pembekalan bahan kimia

tersebut. Ia juga disebabkan oleh kenaikan harga secara mendadak. Manakala LRA

Nenasi tidak menggunakan fluorida dalam proses rawatan air kerana Flouride Feeder

tidak dipasang di LRA tersebut. Maklum balas daripada JBA menjelaskan bahawa

berdasarkan maklumat daripada Bahagian Pergigian JKN, sumber air mentah di LRA

Nenasi telah mengandungi bahan fluorida secara semula jadi.

Pada pendapat Audit, penggunaan fluorida di LRA Negeri Pahang adalah tidak

memuaskan kerana semua LRA yang terpilih tidak menggunakan fluorida dalam air

terawat.

69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!