10.07.2015 Views

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Hak-Hak <strong>Tanah</strong> dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawaktempat, tanah ‘menoa’ yang tidak dijamin dengan hak milikan persendirianhampir-hampir pupus, apatah lagi hampir keseluruhan wilayah masyarakatadat telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil menjadi kawasankawasandengan hak sendiri. Jualbeli tanah mula beroperasi di beberapakawasan. Walaupun ada pandangan yang mengatakan perubahan-perubahanini menandakan adat sudah tidak berfungsi lagi, tidak salah dari pandanganlain mengatakan adat berdaya hidup dan membuat penyesuaian.Adat Resam, <strong>Tanah</strong> dan PentadbiranSecara keseluruhannya, Malaysia mempunyai suatu sistem undang-undangyang majmuk. Maknanya, beberapa badan undang-undang diiktirafsebagai sah di negara ini. Adat resam juga diiktiraf di bawah PerlembagaanPersekutuan. Pemimpin-pemimpin tradisional seperti ketua kampung,penghulu dan pemancha juga diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak.Malahan mereka diberi elaun kecil kerana menjalankan tugas-tugasmenyokong kedaulatan undang-undang, dalam bidang kuasa pentadbirandan adat. Nyata di Sarawak, seperti juga di Sabah, sebahagian besar urusanharian di bawah bidang kuasa adat. Mahkamah Adat yang secara rasmidiiktiraf juga mempunyai bidang kuasa menyelesaikan pertikaian, dan hariini masih diguna-pakai dalam pentadbiran hal-ehwal tempatan termasukpertikaian tanah di dalam dan antara kampung-kampung dan juga kadangkaladengan pihak luar. Dengan demikian adat resam masih berjiwa danmerupakan sumber hak-hak yang cergas di Sarawak, baik dari segi amalanamalanmaupun undang-undang.Bagaimanapun, dalam pentadbiran tanah, sejak dari zaman penjajah nyataterdapat percanggahan dalam hal ini. Dari satu segi, pihak berkuasa negerimenghormati adat resam, menyokong sistem hak adat dan melindungi tanahadat dari eksploitasi orang luar. Dari segi lain, pihak berkuasa negeri cubamembatas hak-hak adat dengan beberapa cara. Pertama ialah menghalangPhelan 2003.13

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!