10.07.2015 Views

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di SarawakKerajaan Sarawak, dalam beberapa dokumen-dokumen dan kenyataankenyataanrasmi, pernah mengaku bahawa kawasan seluas 1.5 juta hingga2.8 juta hektar dari keseluruhan Sarawak cenderung kepada hak-hak NCR.Tetapi kedudukan dan keluasan sebenar kawasan-kawasan yang dikatakanoleh kerajaan cenderung kepada NCR belum pernah dimaklumkan untukpengetahuan umum. Jadi kebanyakan masyarakat-masyarakat adattidak pasti kalau-kalau kawasan yang mereka anggap hakmilik merekamengikut undang-undang adat diberi pengiktirafan oleh kerajaan sebagaikawasan NCR. Kekaburan inilah yang menyebabkan ramai orang-orangasal menganggap tanah-tanah adat mereka sebagai ‘Hak Adat Asal’ (NCR)atau ‘Tanah-Tanah dengan Hak Adat Asal’, sungguhpun istilah-istilahini mengikut Kanun Tanah Negeri Sarawak sebenarnya lebih terbatasmaknanya.Kes-kes Menyangkut Hak Tanah di MahkamahPerbezaan tanggapan tentang hak-hak adat di antara orang-orang asal dan‘hak adat orang asal’ mengikut tafsiran kerajaan di bawah Kanun Tanahtelah menimbulkan banyak kes-kes pertikaian tanah. Banyak daripadakes-kes ini telah dibawa ke mahkamah. Bab-bab 5 dan 6 akan mengkajibeberapa kes bersangkut-paut dengan pengembangan perladangan kelapasawit. Kita lihat sekarang secara ringkas beberapa rumusan utama danhasil penenuan mahkamah tentang tanah amnya.Ketika mengadili kes-kes pertikaian tanah baik di Sarawak atau diMahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur, keputusan hakim-hakim bukansahaja menimbangkan Kanun Tanah dan undang-undang tanah lain diSarawak, bahkan juga Perlembagaan Persekutuan dan undang-undangnegara dan negeri yang lain. Mengikut Akta Tafsiran Undang-Undang 1957dan 1958, ‘Undang-Undang’ di Malaysia ‘termasuklah undang-undangbertulis, undang-undang umum yang lazim digunakan di Persekutuan dan19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!