10.07.2015 Views

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

Tanah Menyara Hidup - Forest Peoples Programme

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di SarawakDalam konsep baru ini, syarikat memegang 60% ekuiti, pemilik tanah30% dan Kerajaan 10%. Oleh kerana pihak kerajaan bertindak sebagaiagen yang bertanggungjawab untuk kedua-dua belah pihak, ia melantikagensinya seperti PELITA sebagai Pemegang Amanah bagi 30% ekuitipara pemilik tanah. 41 Tanah mereka diberikan kepada Syarikat Usahasama(JVC) untuk satu tempoh selama 60 tahun, atau dua musim penanamanuntuk pembangunan ladang kelapa sawit. 42Mengapa pihak kerajaan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi tanahmasyarakat? Mengikut Kementerian Kemajuan Tanah yang ditugaskanuntuk melaksanakan pembangunan Konsep Baru, tatacara untukmembangunkan tanah adat ini adalah cara yang terbaik lagi berkesan untuk‘memberi hak mutlak kepada syarikat pelabur mewujudkan ladang secarabesar-besaran TANPA sebarang campurtangan daripada para pemiliktanah untuk satu tempoh selama 60 tahun’. 43 Selama tempoh 60 tahun,kepentingan para pemilik tanah dalam ladang ‘dijaga’ oleh agensi-agensikerajaan yang bertindak sebagai Pemegang Amanah orang-orang asal.Para petani yang menyertai skim-skim tidak ada hak suara dalampengurusannya, tapi bagi penggunaan tanah yang terlibat, mereka berharapdibayar RM1,200 bagi setiap hektar tanah yang diserahkan kepadaKerajaan. Namun begitu, daripada jumlah ini, 60% digunakan untukmembeli saham dalam Syarikat Usahasama dan 30% lagi dipegang olehwakil kerajaan melalui pelaburan dalam Saham Amanah. Jadi, sebenarnyacuma 10%, atau RM120 (kira-kira US$33) dibayar secara tunai kepadapemilik tanah. Tidak ada bayaran pampasan untuk tanaman, pokok buah-41Dirujukkan dalam laman web Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak: ‘Bagimemudahkan usahasama ini dan bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak,Pemilik Tanah dan Pelabur - maka Kerajaan Negeri akan melantik agensinya sepertiLCDA atau SLDB sebagai Pemegang Amanah bagi menggariskan kepentingan parapemilik Tanah’. Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, tidak bertarikh.42Majid Cooke 2002, 2006; Bulan 2006; Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.43Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh, dalam rujukan laman web fail pdf berjudul, ‘Isu-isu danTindakbalas’ muka 1, penekanan dalam teks asal.35

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!