10.07.2015 Views

Asal - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Asal - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Asal - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAPERBELANJAAN KERAIANKETETAPAN UMUM NO. 3/2008TARIKH KELUARAN: 22 OKTOBER 2008

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. /2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008KANDUNGANMuka surat1. Pendahuluan 12. Interpretasi 1 - 23. Peruntukan am potongan 24. Potongan untuk perbelanjaan keraian 25. Prinsip dalam menentukan perbelanjaan keraianyang boleh dibenarkan2 - 46. Perbelanjaan keraian yang dibenarkan potongan 100% 5 - 97. Perbelanjaan keraian yang dibenarkan potongan 50% 9 - 108. Cara menentukan perbelanjaan keraian yangboleh dibenarkan10 - 129. Tarikh kuat kuasa 12KETETAPAN UMUM KETUA PENGARAHKetetapan Umum seperti diperuntukkan di bawah seksyen 138A Akta CukaiPendapatan 1967 dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada orangawam dan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Ia menggariskaninterpretasi Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berhubung peruntukantertentu Undang-undang Cukai dan polisi serta prosedur yang terpakaimengenainya.Ketetapan Umum boleh ditarikbalik, sama ada keseluruhan atau sebahagian,melalui notis penarikanbalik atau dengan penerbitan ketetapan baru yang tidakkonsisten dengannya.Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 20081. Ketetapan ini menjelaskan berkenaan:(a) layanan cukai ke atas perbelanjaan keraian sebagai potongan daripadapendapatan kasar perniagaan; dan(b) langkah-langkah untuk menentukan amaun perbelanjaan keraian yang bolehdibenarkan sebagai potongan.2. Peruntukan yang berkaitan adalah seksyen 18, subseksyen 33(1) dan perenggan39(1)(l) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP).3. Perkataan-perkataan yang diguna pakai dalam Ketetapan ini memberi maksudberikut:3.1 “Ahli-ahli keluarga terdekat pekerja” bermaksud isteri pekerja dan anakanaknyaatau suami pekerja dan anak-anaknya.3.2 “Anak” bermaksud anak sah atau anak tiri pekerja, isterinya atau suaminyaatau seorang anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pekerja, isterinyaatau suaminya menurut mana-mana undang-undang di mana KetuaPengarah berpuashati tentang pengambilan anak tersebut sebagai anakangkat.3.3 “Keraian” termasuk:(a) peruntukan makanan, minuman, rekreasi atau sebarang bentukhospitaliti; atau(b) peruntukan tempat kediaman atau perjalanan yang berkaitan denganatau bertujuan untuk memudahkan pemberian keraian yang jenisnyaadalah seperti yang dinyatakan dalam perenggan (a) di atas,oleh seorang atau pekerjanya berhubung dengan satu perdagangan atauperniagaan yang dijalankan oleh orang itu.3.4 “Keraian berkaitan semata-mata dengan jualan” bermaksud keraian yangkhususnya berkaitan dengan jualan yang diberikan kepada pelanggan, wakilpenjual dan pengedar tetapi tidak termasuk pembekal.3.5 “Majikan”, berhubung dengan sesuatu penggajian, bermaksud:(a) tuan, di mana terdapat perhubungan di antara tuan dan orang suruhan;(b) jika perhubungan di antara tuan dan orang suruhan tidak wujud, ianyaadalah orang yang membayar atau bertanggungjawab untuk membayargaji pekerja yang digajikan, walaupun orang yang membayar danpekerja itu adalah orang yang sama tetapi bertindak dalam kapasitiyang berlainan.Keluaran: B Muka surat 1 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 20083.6 “Pekerja”, berhubung dengan sesuatu penggajian, bermaksud:(a) orang suruhan, di mana terdapat perhubungan di antara tuan dan orangsuruhan;(b) jika perhubungan di antara tuan dan orang suruhan tidak wujud, ianyaadalah pemegang pelantikan atau perjawatan yang menzahirkanpenggajian tersebut.3.7 "Penggajian" bermaksud:(a) penggajian, di mana terdapat perhubungan di antara tuan dan orangsuruhan;(b) mana-mana pelantikan atau perjawatan, sama ada terbuka atausebaliknya dan sama ada atau tidak terdapat perhubungan di antaratuan dan orang suruhan, yang mana saraan kena dibayar.3.8 “Rekreasi dan hospitaliti” termasuk:(a) lawatan ke taman permainan atau pusat rekreasi;(b) penginapan di tempat peranginan;(c) tiket ke pertunjukan pementasan atau panggung wayang; dan(d) hadiah dan pemberian.4. Peruntukan am potonganPada amnya, di bawah subseksyen 33(1) ACP, perbelanjaan yang kesemua dansemata-mata dilakukan dalam menghasilkan pendapatan kasar daripada suatupunca boleh dibenarkan sebagai potongan daripada pendapatan kasar puncatersebut. Walau bagaimanapun, perbelanjaan yang boleh dibenarkan di bawahsubseksyen 33(1) ACP ini tertakluk kepada larangan secara spesifik di bawahsubseksyen 39(1) ACP.5. Potongan untuk perbelanjaan keraianPerbelanjaan keraian yang kesemua dan semata-mata dilakukan dalammenghasilkan pendapatan kasar di bawah subseksyen 33(1) ACP tidak dibenarkanpotongan sebanyak lima puluh peratus (50%) kecuali jika perbelanjaan keraiantersebut terjatuh dalam mana-mana kategori proviso (i) hingga (viii) kepadaperenggan 39(1)(l) ACP, ianya akan dibenarkan potongan sebanyak seratus peratus(100%).6. Prinsip dalam menentukan perbelanjaan keraian yang boleh dibenarkanDalam menentukan sama ada suatu perbelanjaan keraian boleh dibenarkan sebagaipotongan atau tidak dan amaun yang boleh dibenarkan, langkah-langkahKeluaran: B Muka surat 2 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008berikut hendaklah diikuti:(a) Tentukan sama ada perbelanjaan itu termasuk dalam definisi keraian sepertiyang diperuntukkan di bawah seksyen 18 ACP. Tiada potongan dibenarkan dibawah perbelanjaan keraian jika perbelanjaan tidak termasuk dalam definisikeraian.Contoh 1:Syarikat Megah Jaya telah mengadakan majlis makan malam tahunan untukpekerjanya dengan perbelanjaan berjumlah RM10,000.Amaun perbelanjaan sejumlah RM10,000 yang dilakukan oleh Syarikat MegahJaya merupakan perbelanjaan keraian di bawah seksyen 18 ACP.(b)Sekiranya perbelanjaan itu termasuk dalam definisi keraian di bawah seksyen18 ACP, tentukan sama ada perbelanjaan itu adalah kesemua dan sematamatadilakukan dalam menghasilkan pendapatan kasar di bawah subseksyen33(1) ACP. Jika perbelanjaan keraian tidak kesemua dan semata-matadilakukan dalam menghasilkan pendapatan kasar, maka perbelanjaan itu tidakboleh dibenarkan sebagai potongan. Ujian di bawah peruntukan subseksyen33(1) ACP ini terpakai kepada perbelanjaan keraian sebagaimana ianyaterpakai kepada perbelanjaan lain.Contoh 2:Wendy Sdn Bhd memberi ketuhar gelombang mikro sebagai hadiah sempenaperkahwinan pelanggannya.Perbelanjaan bagi hadiah tersebut termasuk dalam definisi keraian tetapi tidakboleh dibenarkan potongan sebab ianya bukan perbelanjaan yang kesemuadan semata-mata dilakukan dalam menghasilkan pendapatan kasar di bawahsubseksyen 33(1) ACP.Contoh 3:Seorang ejen jualan harta tanah membuat temu janji dengan Encik Ravi disebuah restoran bagi tujuan membincangkan pembelian rumah yangdisyorkan oleh ejen tersebut. Ejen itu membelanjakan keseluruhan kos makantengah hari bagi beliau dan bakal pelanggannya, Encik Ravi.Perbelanjaan bagi makan tengah hari tersebut termasuk dalam definisikeraian. Walau bagaimanapun, tiada potongan boleh dibenarkan berhubungdengan pemberian keraian kepada bakal pelanggan sebab ia bukanperbelanjaan yang kesemua dan semata-mata dilakukan dalam menghasilkanpendapatan kasar di bawah subseksyen 33(1) ACP.Keluaran: B Muka surat 3 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008(c)(d)Sekiranya perbelanjaan keraian boleh dibenarkan potongan di bawahsubseksyen 33(1) ACP, tentukan sama ada perbelanjaan itu termasuk dalammana-mana kategori perbelanjaan keraian yang dinyatakan dalam proviso (i)hingga (viii) kepada perenggan 39(1)(l) ACP. Jika perbelanjaan keraiantermasuk dalam mana-mana proviso tersebut, potongan seratus peratus(100%) daripada pendapatan kasar boleh dibenarkan. Baki perbelanjaankeraian itu yang tidak termasuk dalam proviso tersebut boleh dibenarkanpotongan sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada pendapatan kasar.Gambar rajah 1 memberi ilustrasi langkah-langkah yang perlu diikuti bagitujuan menentukan sama ada sesuatu perbelanjaan layak diberi potongansebagai perbelanjaan keraian dan amaun perbelanjaan keraian yang bolehdibenarkan potongan.Gambar rajah 1:YaKeraianTidak *seksyen 18subseksyen33(1)YaTidakPerbelanjaantidakdibenarkanpotonganproviso (i)hingga (viii)kepadaperenggan39(1)(l)TidakPerbelanjaandibenarkanpotongan50%YaPerbelanjaandibenarkanpotongan 100%* Perbelanjaan tidak dibenarkan potongan di bawah perbelanjaan keraian.Perbelanjaan boleh dikenal pasti sama ada ianya terjatuh dalam mana-manaperbelanjaan lain yang boleh dibenarkan di bawah subseksyen 33(1) ACP.Keluaran: B Muka surat 4 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 20087. Perbelanjaan keraian yang dibenarkan potongan seratus peratus (100%) -proviso (i) hingga (viii) kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan keraian yang kesemua dan semata-mata dilakukan dalammenghasilkan pendapatan kasar di bawah subseksyen 33(1) dan termasuk dalammana-mana proviso (i) hingga (viii) kepada perenggan 39(1)(l) ACP adalahdibenarkan sepenuhnya. Kategori perbelanjaan keraian tersebut adalah sepertiberikut:7.1 Keraian yang diperuntukkan kepada pekerja - proviso (i) kepadaperenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan makanan, minuman dan rekreasi yang diperuntukkan kepadapekerja kecuali di mana perbelanjaan tersebut adalah sampingan kepadaperuntukan keraian kepada orang lain.Contoh-contoh perbelanjaan keraian kepada pekerja adalah perbelanjaanmakanan dan minuman percuma, jamuan makan malam tahunan, temasya,hari keluarga atau keahlian kelab kepada pekerja-pekerja.Contoh 4:Duyong Emas Sdn Bhd meraikan pekerja-pekerjanya dalam satu majlis makanmalam tahunan pada 10 Disember 2008 dan beberapa orang pembekalnyajuga turut hadir. Perbelanjaan untuk majlis makan malam tersebut adalahRM25,000.Tujuan majlis makan malam adalah untuk meraikan pekerja-pekerja DuyongEmas Sdn Bhd dan keraian kepada pembekal-pembekal adalah sampingansahaja. Oleh itu perbelanjaan keraian yang dilakukan sebanyak RM25,000adalah dibenarkan sepenuhnya.7.2 Pemberian keraian untuk sesuatu bayaran yang berlaku dalam perjalananbiasa perniagaan - proviso (ii) kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan keraian yang disediakan kepada pelanggan dalam perjalananbiasa perniagaan di mana bayaran dikenakan untuk pemberian keraian itu.Contoh-contoh keraian tersebut adalah:(a)(b)Mengadakan pertunjukan kebudayaan oleh restoran atau hotel dipremis mereka bagi meraikan pelanggan-pelanggan.Makanan yang disediakan oleh syarikat penerbangan atau perniagaanpengangkutan lain kepada penumpang-penumpangnya.Keluaran: B Muka surat 5 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 20087.3 Pemberian hadiah-hadiah promosi di pameran perdagangan ataupameran perusahaan di luar Malaysia - proviso (iii) kepada perenggan39(1)(l) ACPPerbelanjaan yang dilakukan atas hadiah-hadiah promosi di pestaperdagangan atau pameran perdagangan atau pameran perindustrian yangdiadakan di luar Malaysia bagi tujuan mempromosikan eksport dari Malaysia.Contoh-contoh perbelanjaan keraian tersebut adalah perbelanjaan yangdilakukan ke atas sampel-sampel produk perniagaan, cenderahati kecil, begdan tiket perjalanan yang diperuntukkan sebagai hadiah kepada pelangganatau pengunjung di pesta perdagangan atau pameran perdagangan ataupameran perindustrian yang diadakan di luar Malaysia.7.4 Pemberian sampel-sampel promosi keluaran perniagaan - proviso (iv)kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan yang dilakukan atas sampel-sampel promosi produk perniagaanbagi tujuan mengiklankan produk tersebut.Contoh keraian tersebut adalah sampel-sampel percuma yang merupakanproduk perniagaan yang diberi kepada sekolah atau sempena acara-acaratertentu.Contoh 5:Syarikat Fatimah Sdn Bhd yang mengeluarkan minuman kesihatan telahmemberi sampel percuma minuman tersebut kepada semua pengunjung ditemasya sukan suatu taman perumahan.Perbelanjaan ke atas sampel percuma tersebut boleh dibenarkan sepenuhnyakerana ianya termasuk dalam proviso (iv) kepada perenggan 39(1)(l) ACP.7.5 Pemberian keraian untuk acara kebudayaan atau sukan yang terbukakepada orang awam semata-mata untuk mempromosi perniagaan -proviso (v) kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan yang dilakukan bagi mengadakan keraian untuk acarakebudayaan atau sukan yang dibuka kepada orang awam bertujuan untukmempromosi perniagaan. Acara kebudayaan atau sukan yang dibuka kepadaahli-ahli sahaja tidak dianggap sebagai terbuka kepada orang awam.Contoh acara kebudayaan atau sukan dan perbelanjaan keraian berkaitanacara-acara tersebut adalah seperti berikut:Keluaran: B Muka surat 6 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008Acara Contoh aktiviti Perbelanjaan keraianKebudayaanSukanMempromosi seni sepertilukisan, ukiran, muzik, dramadan tarian.Pertandingan badminton,pertandingan golf, acaralumba kereta dan acararenang.Bayaran untuk tambang,penginapan, makanan danminuman artis-artis yangterlibat.Tajaan makanan, minuman,pakaian sukan dankelengkapan sukan untuk ahlisukan.Acara kebudayaan yang dimaksudkan di bawah proviso ini adalah acara yangdiadakan khusus untuk mempromosikan sesuatu aktiviti seni. Sekiranya acarayang diadakan bukan acara kebudayaan maka pemberian keraian dalambentuk aktiviti muzik atau tarian yang dipersembahkan dalam acara tersebuttidak termasuk dalam proviso ini. Contohnya acara Perbarisan HariKebangsaan tidak dianggap sebagai satu acara kebudayaan.7.6 Pemberian hadiah promosi yang mempunyai logo perniagaan dalamMalaysia - proviso (vi) kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan ke atas hadiah-hadiah promosi dalam Malaysia yang terdiridaripada barangan yang memasukkan iklan atau logo perniagaan secaraketara. Barangan yang diberikan sebagai hadiah promosi tidak semestinyakeluaran perniagaan itu sendiri. Logo boleh ditampal atau diukir secara timbulatas barangan yang diberikan. Logo perniagaan merujuk kepada logo syarikatatau logo barangan perniagaan.Hadiah promosi itu hendaklah diberi kepada orang ramai tanpa diskriminasi.Hadiah-hadiah yang mahal yang diberi kepada orang tertentu sahaja ataukepada orang-orang yang tidak mempunyai hubungan perniagaan denganpemberi tidak dianggap sebagai hadiah promosi di bawah proviso ini.7.7 Pemberian keraian semata-mata berkaitan dengan jualan yang terbitdaripada perniagaan - proviso (vii) kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan yang dilakukan untuk keraian yang semata-mata berkaitandengan jualan yang terbit daripada perniagaan.Contoh-contoh perbelanjaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:(a)Perbelanjaan makan minum sempena pelancaran sesuatu produk baru.Keluaran: B Muka surat 7 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008Contoh 6:Seorang ejen jualan harta tanah menyediakan makan minum sempenapelancaran projek perumahan baru kepada pelanggan sedia ada danbakal pembeli.Perbelanjaan ke atas penyediaan makan minum tersebut bolehdibenarkan sepenuhnya kerana ianya termasuk dalam proviso (vii)kepada perenggan 39(1)(l) ACP.(b)(c)(d)(e)(f)(g)(h)(i)Baucer boleh tebus berdasarkan pembelian yang dibuat.Baucer tunai, baucer diskaun, baucer membeli-belah, baucer makanan,tiket-tiket konsert atau wayang.Hadiah percuma bagi pembelian melebihi jumlah tertentu.Penebusan hadiah berasaskan skim pengumpulan mata.Caj penyelenggaraan/perkhidmatan percuma atau caruman kepadadana terikat oleh pemaju perumahan.Hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang telah membuatpembelian.Perbelanjaan melancong sebagai insentif kepada wakil penjual yangmencapai sasaran jualan.Perbelanjaan makan minum kepada pelanggan semasa menunggukenderaan diservis.Contoh 7:Syarikat Arif Auto Service yang menjalankan perniagaan servis keretamenyediakan makanan ringan seperti teh, kopi, sandwic untukpelanggan yang menunggu kereta mereka diservis. Pelanggan tidakdikenakan bayaran untuk makanan ringan yang diberikan.Perbelanjaan keraian yang dilakukan ke atas makanan ringan olehSyarikat Arif Auto Service adalah dibenarkan kerana ianya semata-mataberkaitan dengan jualan yang terbit daripada perniagaan Syarikat ArifAuto Service.7.8 Pemberian manfaat tambang percutian yang diperuntukkan oleh majikankepada pekerja - proviso (viii) kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan bagi manfaat tambang percutian yang disediakan oleh majikankepada pekerja, berkaitan acara tahunan dalam Malaysia yang melibatkanmajikan, pekerja dan ahli-ahli keluarga terdekat pekerja.Keluaran: B Muka surat 8 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008Contoh 8:Era Gemilang Sdn Bhd mengadakan hari keluarga untuk pekerjanya di PulauManukan, Sabah bagi memupuk semangat nilai kekeluargaan di kalanganpekerjanya. Jumlah kos yang dilakukan adalah sebanyak RM70,000 yangterdiri daripada RM40,000 untuk tambang perjalanan dan RM30,000 untukmakanan, minuman dan penginapan.Era Gemilang Sdn Bhd dibenarkan potongan berikut:(a)RM40,000 bagi kos tambang perjalanan mengikut proviso (viii) kepadaperenggan 39(1)(l), ACP; dan(b) RM30,000 bagi kos makanan, minuman dan penginapan mengikutproviso (i) kepada perenggan 39(1)(l), ACP.8. Perbelanjaan keraian yang dibenarkan potongan lima puluh peratus (50%) -perbelanjaan keraian yang tidak termasuk dalam proviso (i) hingga (viii)kepada perenggan 39(1)(l) ACPPerbelanjaan keraian yang kesemua dan semata-mata dilakukan dalammenghasilkan pendapatan kasar di bawah subseksyen 33(1) ACP tetapi tidaktermasuk dalam mana-mana kategori perbelanjaan yang dinyatakan dalam proviso(i) hingga (viii) kepada perenggan 39(1)(l) ACP hanya boleh dibenarkan potonganlima puluh peratus (50%) daripada pendapatan kasar.Contoh 9:Restu Sdn Bhd mengadakan majlis makan malam untuk meraikan pembekalpembekalnyapada 30 April 2008 dengan melakukan perbelanjaan berjumlahRM30,000. Beberapa orang pekerja syarikat juga turut hadir.Oleh kerana tujuan utama keraian adalah untuk meraikan pembekal-pembekalRestu Sdn Bhd, perbelanjaan keraian itu tidak termasuk dalam mana-mana kategoriperbelanjaan yang dinyatakan dalam proviso kepada perenggan 39(1)(l) ACP.Amaun perbelanjaan keraian sebanyak lima puluh peratus (50%) daripadaRM30,000 tidak dibenarkan potongan sementara baki lima puluh peratus (50%)boleh dibenarkan potongan.Contoh 10:Matrix Sdn Bhd membelanjakan sejumlah RM15,000 bagi menyediakan hadiahhamper kepada pelanggan-pelanggannya sempena perayaan Tahun Baru Cinauntuk tujuan mengekalkan hubungan perniagaan yang sedia wujud.Keluaran: B Muka surat 9 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008Oleh kerana perbelanjaan menyediakan hadiah hamper kepada pelanggan tidaktermasuk dalam mana-mana kategori perbelanjaan yang dinyatakan dalam provisokepada perenggan 39(1)(l) ACP, maka amaun perbelanjaan keraian sebanyak limapuluh peratus (50%) daripada RM15,000 tidak dibenarkan potongan sementarabaki lima puluh peratus (50%) boleh dibenarkan potongan.Contoh 11:Pelanggan kepada syarikat Top Designer Sdn Bhd telah melebarkanperniagaannya dengan membuka cawangan baru di Shah Alam. Sempenaperasmian pembukaan cawangan baru tersebut, Top Designer Sdn Bhd telahmenghadiahkan jambangan bunga kepada pelanggan itu.Oleh kerana perbelanjaan bagi hadiah bunga kepada pelanggan tersebut tidaktermasuk dalam mana-mana kategori perbelanjaan yang dinyatakan dalam provisokepada perenggan 39(1)(l) ACP, maka amaun perbelanjaan keraian sebanyak limapuluh peratus (50%) tidak dibenarkan potongan sementara baki lima puluh peratus(50%) boleh dibenarkan potongan.9. Cara menentukan perbelanjaan keraian yang boleh dibenarkanPrinsip yang dinyatakan dalam perenggan 6 hendaklah diguna pakai dalammenentukan amaun perbelanjaan keraian yang boleh dibenarkan. Jadual 1menghuraikan layanan cukai ke atas contoh-contoh perbelanjaan keraian:Jadual 1:BilJenis keraianDibenarkanpotonganTidak dibenarkanpotonganPeruntukanACP1 Keraian diberi kepadabakal pelanggandalam transaksitertutup2 Keraian diberikepada bakalpelanggan ataupelanggan sedia adasemasa pelancaranproduk baru100% 50% 100% 50%_/_/Tidak kesemua dansemata-matadilakukan di bawahsubseksyen 33(1),ACPProviso (vii) kepadaperenggan 39(1)(l),ACPKeluaran: B Muka surat 10 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008BilJenis keraianDibenarkanpotonganTidak dibenarkanpotonganPeruntukanACP3 Hadiah perkahwinankepada pelanggan4 Keraian kepadapekerja syarikatberkaitan5 Keraian semasamesyuarat agungtahunan syarikat6 Pemberian tunaisempena majlismakan malampelanggan7 Majlis makan malamkepada pekerja100% 50% 100% 50%_/_/_/_/_/Tidak kesemua dansemata-matadilakukan di bawahsubseksyen 33(1),ACPTidak kesemua dansemata-matadilakukan di bawahsubseksyen 33(1),ACPTidak kesemua dansemata-matadilakukan di bawahsubseksyen 33(1),ACPTidak kesemua dansemata-matadilakukan di bawahsubseksyen 33(1),ACPProviso (i) kepadaperenggan 39(1)(l),ACP8 Hadiah berlogosyarikat untuk majlismakan malampelanggan_/Proviso (vi) kepadaperenggan 39(1)(l),ACP9 Hadiah tanpa logountuk majlis makanmalam pelanggan_/ _/ Tidak termasukdalam proviso (i)hingga (viii)kepada perenggan39(1)(l), ACPKeluaran: B Muka surat 11 daripada 12

PERBELANJAAN KERAIANLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA Ketetapan Umum No. 3/2008Tarikh Keluaran: 22 Oktober 2008BilJenis keraianDibenarkanpotonganTidak dibenarkanpotonganPeruntukanACP10 Hadiah melancongsebagai insentifkepada wakil penjualyang telah mencapaisasaran100% 50% 100% 50%_/Proviso (vii) kepadaperenggan 39(1)(l),ACP11 Hadiah bunga dimajlis pembukaancawangan barupelanggan12 Keraian kepadapembekal13 Hamper untukpelanggan sempenamusim perayaan_/ _/ Tidak termasukdalam proviso (i)hingga (viii) kepadaperenggan 39(1)(l),ACP_/ _/ Tidak termasukdalam proviso (i)hingga (viii)kepada perenggan39(1)(l), ACP_/ _/ Tidak termasukdalam proviso (i)hingga (viii)kepada perenggan39(1)(l), ACP10. Pembayar cukai dikehendaki menyimpan rekod-rekod berkaitan denganperbelanjaan keraian yang dilakukan.11. Ketetapan ini berkuat kuasa mulai dari tahun taksiran 2008 dan tahun-tahuntaksiran seterusnya. Ketetapan ini menggantikan Ketetapan Umum No. 3/2004yang dikeluarkan pada 8 November 2004 dan Tambahan Kepada Ketetapan UmumNo. 3/2004 yang dikeluarkan pada 23 Ogos 2007.Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.Keluaran: B Muka surat 12 daripada 12

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!