11.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan adalah tertumpu kepada pengurusan tukar kategori dan syarat nyata sertatukar syarat dan pecah sempadan serentak bagi tahun 2008 hingga 2010. Pengauditan inidijalankan di 2 PTJ iaitu Kota Bharu dan Kuala Krai. Kaedah pengauditan dijalankan denganmenyemak, mengkaji, menganalisis maklumat berasaskan rekod, fail, data dan dokumenberhubung dengan pengurusan tukar syarat kegunaan tanah. Pemilihan sampel berdasarkandaftar permohonan tukar kategori dan syarat nyata kegunaan tanah termasuk tukar syaratdan pecah sempadan secara serentak. Lawatan <strong>Audit</strong> di lokasi pelanggaran syaratkegunaan tanah serta temu bual dengan pihak PTJ, jabatan teknikal, Juruukur dan pemohonyang terlibat juga dilaksanakan.3.4. PENEMUAN AUDITPengauditan yang dijalankan antara bulan September 2010 hingga Februari 2011 mendapatipengurusan tukar syarat kegunaan tanah adalah kurang memuaskan. Antara kelemahanyang diperhatikan ialah tukar syarat kegunaan tanah lewat diselesaikan; pendaftaran syaratbaru gagal dilakukan; hasil gagal dikutip dalam tempoh ditetapkan; berlaku pelanggaransyarat kegunaan tanah; dan Pasukan Petugas Pelanggaran Syarat Tanah danJawatankuasa Serenti Jajahan tidak ditubuhkan. Penjelasan lanjut berhubung denganperkara yang ditemui adalah seperti di perenggan berikut:3.4.1. Proses Tukar Syarat Kegunaan Tanah Lewat Diselesaikan3.4.1.1. Mengikut piagam pelanggan, tempoh masa bagi memproses permohonan tukarsyarat kegunaan tanah adalah seperti berikut:a. Tukar kategori pertanian kepada bangunan (kediaman/perniagaan/perusahaan)diselesaikan dalam masa 6 bulan di PTJ Kota Bharu dan 5 bulan di PTJ Kuala Krai.b. Tukar syarat nyata pertanian kepada pertanian diselesaikan dalam masa 3 bulanmanakala bangunan kediaman kepada bangunan perniagaan/perusahaandiselesaikan dalam masa 6 bulan di PTJ Kota Bharu dan 5 bulan di PTJ Kuala Krai.c. Tukar syarat dan pecah sempadan serentak diselesaikan dalam masa 4 bulan di PTJKota Bharu dan 6 bulan 20 hari di PTJ Kuala Krai.3.4.1.2. Semakan <strong>Audit</strong> terhadap 300 fail permohonan di PTJ Kota Bharu dan 93 failpermohonan di PTJ Kuala Krai mendapati sebanyak 59 permohonan telah diselesaikanmengikut tempoh yang ditetapkan seperti di piagam pelanggan, 80 permohonan melebihitempoh piagam pelanggan, manakala 254 permohonan tidak dapat diproses.3.4.1.3. Proses permohonan lewat diselesaikan (didaftarkan mengikut syarat baru)seperti berikut:a. Proses 19 permohonan tukar kategori pertanian kepada bangunan di PTJ Kota Bharulewat diselesaikan antara 3 hingga 11 bulan, manakala 3 permohonan di PTJ KualaKrai lewat diselesaikan antara 6 hingga 8 bulan.17

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!