11.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

YAYASAN ISLAM KELANTAN5. PENGURUSAN MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH5.1. LATAR BELAKANG5.1.1. Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah sebuah agensi Kerajaan Negeri yangbertanggungjawab melaksanakan program pembelajaran sekolah aliran agama Islam bagiNegeri Kelantan. Tanggungjawab ini dilaksanakan melalui penubuhan sekolah aliran agamadan menguruskan sekolah-sekolah tersebut bagi menjadikan para pelajarnya seorang yangberiman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan beramal soleh.5.1.2. Maahad Tahfiz Sains (MTS) adalah salah sebuah daripada 96 buah institusipembelajaran di bawah kelolaan YIK dan sehingga kini terdapat 2 buah sekolah tahfiz sainsyang ditubuhkan oleh YIK. Maahad Tahfiz Sains yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalahberbeza daripada institusi pembelajaran YIK yang lain kerana bermatlamat untukmenggabungkan akademik iaitu mata pelajaran sains tulen, agama dan tahfiz dalam satusesi persekolahan. Penubuhan MTS ini adalah bertujuan untuk memberi peluang pengajiandalam aliran tahfiz al-Quran dan sains; menjalinkan keupayaan pembelajaran dalam matapelajaran agama, akademik (sains) dan tahfiz; melahirkan saintis dan profesional yangmenghafaz al-Quran dan menghayati kandungannya; dan menjana pelapis kepimpinanummah yang mempunyai pelbagai keterampilan dan pengetahuan dalam sainganglobalisasi.5.1.3. Tempoh pembelajaran di MTS adalah selama 5 tahun bermula dari tingkatan satusehingga tingkatan 5 dengan menggunakan kurikulum Akademik - KBSM, KementerianPelajaran Malaysia; Arab dan Agama - Kurikulum Maahad Bu’uth Al-Azhar dan YIK; sertaTahfiz - Kurikulum YIK.5.2. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan MTS telah dijalankandengan cekap dan berkesan serta memastikan tujuan penubuhannya tercapai.5.3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANPengauditan tertumpu kepada pengurusan operasi dan pembelajaran di MTS Tanah Merahbagi tahun 2008 hingga 2010. Kajian ini dijalankan di YIK dan MTS Tanah Merah meliputipemeriksaan dokumen yang berkaitan, temu bual dengan kakitangan dan pelajar sekolah.40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!