11.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Jadual 7.2Analisis Nisbah Kewangan Bagi Tahun Kewangan 2007 Hingga 2009Tahun KewanganButiran2007 2008 2009Nisbah Semasa 0.64:1 0.61:1 0.52:1Margin Untung Bersih 9% 11% 3%Pulangan Atas Aset 0.05:1 0.02:1 0.01:1Pulangan Atas Ekuiti 0.43:1 0.15:1 0.13:1Sumber: PISBa. Nisbah SemasaNisbah Semasa dikira dengan membandingkan aset semasa dengan liabiliti semasa.Nisbah ini digunakan bagi menentukan sejauh mana kemampuan aset semasasyarikat yang boleh ditukar segera kepada tunai bagi menampung liabiliti jangkapendek syarikat. Pada umumnya, semakin tinggi nisbah, semakin baik kecairansesebuah syarikat. Mengikut perkiraan <strong>Audit</strong>, tahap kecairan PISB pada tahun 2007adalah 0.64 kali dan telah menurun kepada 0.61 kali pada tahun 2008. Penurunan iniadalah disebabkan oleh pengurangan penghutang perdagangan dan kerja dalampelaksanaan. Nisbah ini terus menurun kepada 0.52 kali pada tahun 2009.Kemudahan overdraf bank berjumlah RM3 juta yang diambil telah menyumbangkepada penurunan nisbah ini. Nisbah semasa PISB yang kurang daripada satu padatahun 2007, 2008 dan 2009 menunjukkan syarikat kurang berupaya untuk memenuhitanggungan jangka pendeknya.b. Margin KeuntunganMargin Keuntungan digunakan bagi mengukur kadar keuntungan selepas cukai bagisetiap ringgit hasil yang dipungut daripada perniagaan utama syarikat. Peningkatanmargin ini menunjukkan meningkatnya kecekapan sesebuah syarikat di mana bagisetiap ringgit kenaikan pendapatan, ia memberi kesan langsung dan nilai tambahterhadap kadar keuntungan syarikat. Mengikut perkiraan <strong>Audit</strong>, PISB memperolehkeuntungan 9 sen bagi setiap ringgit jualan pada tahun 2007 dan telah meningkatkepada keuntungan 11 sen pada tahun 2008. Bagaimanapun, keuntungan yangdiperoleh PISB telah mengalami penurunan kepada 3 sen bagi setiap ringgit jualanpada tahun 2009. Penurunan ini adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaanpengurusan serta kos kewangan yang ditanggung bagi kemudahan overdraf bank.c. Pulangan Atas AsetNisbah Pulangan Atas Aset digunakan bagi mengukur pulangan yang diperolehsyarikat daripada pelaburan asetnya iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiapringgit aset yang digunakan. Semakin tinggi hasil yang diperoleh daripada setiapringgit aset yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan asetnya. Mengikutperkiraan <strong>Audit</strong>, PISB mencatatkan pulangan atas aset iaitu 5 sen bagi setiap ringgitaset pada tahun 2007 dan telah menurun kepada 2 sen pada tahun 2008. Penurunanini adalah disebabkan oleh hasil daripada projek pembangunan perumahan bagi 102unit rumah teres satu tingkat dan 4 banglo telah diiktiraf dalam tahun 200756

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!