11.07.2015 Views

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

LAPORAN - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

d. Pulangan Atas EkuitiNisbah Pulangan Atas Ekuiti digunakan bagi mengukur pulangan ke atas jumlahekuiti syarikat yang dilaburkan iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgitekuiti yang digunakan. Semakin tinggi hasil yang diperoleh daripada setiap ringgitekuiti yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan ekuitinya. Mengikutperkiraan <strong>Audit</strong>, HSB mencatatkan pulangan atas ekuiti iaitu 29 sen bagi setiapringgit ekuiti pada tahun 2007 dan telah menurun kepada 6 sen pada tahun 2008.Penurunan ini adalah disebabkan oleh untung bersih yang lebih rendah berikutanpeningkatan kos operasi serta kos pentadbiran dan pemasaran. Bagaimanapun,nisbah ini meningkat kepada 34 sen bagi setiap ringgit ekuiti pada tahun 2009.Untung bersih yang lebih tinggi berikutan pertambahan pendapatan pada tahun 2009berbanding 2008 telah menyumbang kepada peningkatan nisbah ini.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, prestasi kewangan HSB adalah kurang memuaskan keranakerugian terkumpul dialami bagi tahun 2007 hingga 2009. Bagaimanapun, nisbahkewangan menunjukkan peningkatan bagi tahun 2009 berbanding tahun 2007 dan2008.9.4.2. Pengurusan Aktiviti9.4.2.1. HSB mengendalikan pusat perkhidmatan bersalin dan perubatan yang dikenalisebagai An-Nisa’. Pusat perubatan ini menawarkan perkhidmatan kepakaran dalamperbidanan dan sakit puan, pembedahan, perubatan, telinga, hidung dan tekak serta klinikpesakit luar. Mulai 1 Februari 2010, ARSB telah dilantik sebagai perunding bagi mengurusAn-Nisa’. ARSB merupakan sebuah syarikat milik doktor pakar. Aktiviti utama ARSBadalah sebagai perunding dan pembekal perubatan. Pelantikan tersebut telah disahkandalam mesyuarat Lembaga Pengarah PKINK dan diluluskan dalam mesyuarat LembagaPengarah PKB. Tempoh pelantikan adalah selama 6 tahun iaitu bermula 1 Februari 2010hingga 1 Januari 2016. Semua pendapatan adalah hasil ARSB dan perbelanjaanditanggung oleh ARSB mulai 1 Februari 2010. Bagaimanapun, semua aset adalah kekalmilik HSB. Perunding bersetuju untuk menjelaskan bayaran bulanan bagi menggunakankemudahan dan manfaat An-Nisa’. Bayaran bulanan yang perlu dijelaskan oleh perundingmengikut perjanjian adalah seperti di Jadual 9.3. Selain itu, perunding juga bersetujuuntuk menjelaskan deposit 3 bulan berjumlah RM45,000 dan deposit satu bulan gajikakitangan.74

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!