20.10.2019 Views

Modul Penetapan Hala Tuju & RPS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDAHULUAN

Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) ialah satu dokumen yang mengandungi kerangka, panduan, langkah,

proses, dan strategi untuk diguna pakai oleh pihak sekolah bagi menghasilkan rancangan

penambahbaikan sekolah. RPS terdiri daripada tiga komponen iaitu pelan strategik, pelan taktikal dan

pelan operasi yang dapat dijelaskan seperti berikut;

a) PELAN STRATEGIK ialah dokumen parancangan yang dirangka hasil daripada proses menilai keadaan

semasa bagi menentukan strategi untuk mencapai visi organisasi. Ia merupakan hasil perancangan

peringkat pengurusan tertinggi, berjangka panjang dan menyeluruh. Pelan ini perlu mengambil kira

status semasa, matlamat yang hendak dicapai, strategi untuk mencapai matlamat dan penilaian

keberkesanan pelaksanaan dalam tempoh panjang. Lazimnya antara 3 – 5 tahun.

b) PELAN TAKTIKAL merupakan program atau aktiviti bagi memastikan Pelan Strategik dilaksanakan. Ia

disediakan dengan menentukan keutamaan dan mengambil kira sumber dalaman dan luaran yang

sedia ada. Pelan Taktikal merupakan perancangan pengurusan peringkat pertengahan dalam

sesebuah organisasi, berjangka pendek dan dalam skop yang lebih khusus. Pelan ini perlu mengambil

kira matlamat dan strategi yang telah dinyatakan dalam Pelan Strategik.

c) PELAN OPERASI adalah merujuk kepada aktiviti bagi memastikan program yang dirancang dalam

Pelan Taktikal dilaksanakan. Pelan Operasi merupakan hasil perancangan peringkat pelaksana dalam

sesebuah oranisasi. Pelan ini bercorak semasa bagi menyelesaikan masalah yang lebih spesifik. Pelan

ini perlu mengambil kira apa, di mana, bagaimana, bila dan siapa yang akan melaksanakannya.

10

MODUL PENETAPAN HALA TUJU DAN RPS

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!