20.04.2015 Views

MamaPapa Feb 2015

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Diterbit oleh:

PENA PENGARANG

Semarakkan kasih sayang

Kedatangan bulan Februari pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan

kekasih khususnya. Bulan yang dikatakan menjadi lambang berkasih

sayang ini sering menjadi tumpuan. Pendek kata, orang Malaysia juga tidak

mahu ketinggalan bagi menonjolkan rasa cinta pada hari tersebut. Belum

lagi dikira berapa banyak hotel-hotel, restoran-restoran mahupun pusat

membeli-belah yang turut tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan

sambutan hari tersebut.

Bagi mereka yang beragama Islam tentunya sedia maklum akan larangan

untuk menyambut Hari Kekasih. Biarpun ada yang mengatakan hanya

sekadar bersuka-suki, namun tentunya niat tidak sesekali menghalalkan

cara. Tiada maksud untuk berceramah. Bagaimanapun,yang membuat saya

tertanya-tanya ialah mengapa perlu menunggu hanya satu hari sahaja bagi

meraikan kasih sayang. Tambahan pula, yang banyak berkasih-sayang adalah

dari kalangan mereka yang bukan mahram.

Agama Islam sejak awalnya menggalakkan kita untuk mempamerkan kasih

sayang dan mengeratkan hubungan sesama keluarga tidak kira masa. Bagi

pasangan yang sudah berkahwin dan beranak-pinak, usah malu untuk

menonjolkan kasih sayang anda kepada pasangan dan ahli keluarga. Begitu

juga buat pasangan yang masih lagi menunggu kehadiran cahaya mata.

Gunakanlah peluang sementara sedang berdua untuk mencambahkan lagi

benih-benih cinta.

Akhir kata, semoga informasi yang dibekalkan untuk keluaran kali ini dapat

memberi manfaat kepada anda sekaligus mengeratkan hubungan anda

dengan yang tercinta. Jangan lupa untuk like dan follow kami di Facebook:

Majalah MamaPapa untuk mengetahui aktiviti terbaru kami. Gong Xi Fa Cai

untuk semua masyarakat Cina.

Lots of Love!

Nazrah

AcePremier.com Sdn Bhd (829271-K)

N-2-6, Plaza Damas,

60, Jalan Sri Hartamas 1,

Sri Hartamas,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 6203 2522

Fax: +60 3 6203 4522

Email: info@acepremier.com

Penerbit

John Lim

Pengarang

Nazrah Nazarudin

Penyumbang artikel:

Aisyah Samsul

Dr. Natasha Ain Mohd Nor

Dr. Nordin Mamat

Liyana Fuad

Noorharizah Azfar Ali Bahrun

Nor Syahiza Abd Kadir

Ruby Izyan Atika Abu Bakar

Tengku Azmanira Raja Husin

Pereka Grafik

Nasyiha Badela

Avengeline Wee

Jeannie Chen

Pengurus Pengiklanan

Fiona Lim

Adeline Chin

Pencetak

Times Offset (M) Sdn Bhd

Bangunan Times Publishing

Lot 46 Subang Hi-Tech

Industrial Park, Batu Tiga,

40000 Shah Alam Selangor

Pengedar

Pansing Marketing Sdn Bhd

Sekalung penghargaan kepada:

Dr. Nazrul Neezam Nordin, Puan Dr. Maziah

Ahmad Mahidin, Dr. Natasha Ain Mohd Nor, Dr.

Fahisham Taib, Dr. Margaret Kannimmel, Jessie

Foo Xiang Yi.

Majalah MamaPapa diterbitkan 12 kali setahun

(setiap bulan) oleh AcePremier.com Sdn. Bhd.

MAMAPAPA mengalu-alukan pendapat

dan cadangan anda. Emailkan kepada

majalahmamapapa@gmail.com

Kenyataan

Semua material penerbitan dalam buku ini adalah

untuk rujukan sahaja. Pembaca diingatkan untuk

tidak menggunakan maklumat di dalam buku ini

sebagai ganti kepada konsultasi dan penjagaan

kesihatan profesional. Walaupun kajian dan semakan

telah dilakukan sebelum mengeluarkan maklumat

yang terdapat di dalam buku ini, namun pihak

penerbitan, pengarang, penasihat dan agen tidak

dengan mana-mana cara bertanggungjawab di atas

sebarang kesalahan, pengecualian atau ketidaktepatan

maklumat dalam bahan penerbitan ini sama ada

terhasil disebabkan kecuaian atau sebagainya, atau

sebarang akibat yang disebabkan olehnya. Rangkuman

atau pengecualian terhadap mana-mana produk

juga tidak bermakna pihak penerbitan menyokong

atau menolak penggunaannya sama ada secara

keseluruhan atau khusus.

Boleh didapati di

Pengeluaran iklan adalah tertakluk kepada persetujuan

pihak penyunting dan tidak terpengaruh kepada

kandungan editorial atau penyampaiannya. Pihak

penerbit, pengarang, penasihat dan agen tidak

menjamin, secara langsung atau tidak langsung,

kualiti atau keberkesanan sebarang produk atau

perkhidmatan yang digambarkan dalam iklan atau

sebarang material yang dipaparkan.

Sila hubungi Pengarah, John Lim di

info@acepremier.com atau +603-6203 2522 untuk

urusan perniagaan dan usahasama.

Hak Cipta Terpelihara

Copyright © 2015. AcePremier.com Sdn Bhd.

Isi Kandungan

PAKAR KAMI

Februari 2015

MENARIK BULAN INI

10 Topik

28 Perkembangan Si Manja

Sihat Semasa Hamil

0-12 Bulan

10 Tips Urutan Si Manja

15 Personaliti

1-2 Tahun

Kekasih Kecil Betty Banafe

Kriteria Pilih Lampin Pakai Buang

5-7 Tahun

Si Kecil Menipu?

18 Fertiliti dan Konsepsi

Subur Tapi Belum Hamil: Unexplained Infertiliti

35 Kongsi Petua

Elak Bayi Kembung Perut

26 #Sembangmakan

Mengidam: Pilih Sihat @ Ikut Hati

PENGHIAS KULIT:

Betty Banafe dan anak; Julia Claire Dargus

Foto: Shairazi Afham Sofian

TETAP

05 Gaya Si Manja

Kongsikan Gambar Menarik Si Comel

06 Dulu & Sekarang

Aksi Si Kecil

07 Tanya Pakar

Ajukan Masalah Anda

09 Untuk MamaPapa &

Si Manja

Apa Produk Terbaru?

MAMAPAPA

20 Diari TTC

Dugaan & Tekanan

22 Sembang Laktasi

Penyusuan Semasa Hamil: Apa Perlu

Ibu Tahu?

24 Dunia Lelaki

Ubati Kesuburan Lelaki

MANJA

28 Perkembangan Si Manja

3-4 Tahun~ Hindari Anak Takut Tidur

Sendiri

33 Terapi Kata

Kenali Bahasa Anak Kita

36 Bacakan!

Ayam yang Sombong

38 Resipi Pilihan

Menu Tahun Baru Cina

39 Pendidikan Awal

Kanak-kanak

Kepentingan Sains & Math

41 Aktiviti

3 Aktiviti Mudah Mesti Cuba

GAYA HIDUP

42 e-Pintar

Apps Bercerita

SITU! SANA! SINI!

43 Klik Klik

Ketahui Perkembangan Terkini

PAKAR KAMI

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

To’ Puan Dr. Maziah Ahmad Mahidin

MD (UKM), Masters Obs & Gynae (UKM),

MRCOG (London)

Merupakan Ahli Akademi Perubatan Malaysia 2005, To’ Puan

Dr. Maziah menamatkan pengajian di UKM, MRCOG London

dan FRCOG London. Ibu kepada lima orang anak dan nenek

kepada seorang cucu ini kini berkhidmat di KPJ Damansara

Specialist Hospital sebagai Pakar Obstetrik & Ginekologi.

PAKAR OBSTETRIK & GINEKOLOGI

(INFERTILITI)

Dr. Natasha Ain Mohd Nor

Bsci.MBBS (UNSW Sydney) MRCOG (UK)

MOG (UKM)(UKM), MRCOG (London)

Dr Natasha Ain menerima kelayakan sebagai doktor dari

University of New South Wales, Sydney dan meminati bidang

infertiliti. Beliau pernah bekerja di United Kingdom, HUKM

dan kini berkhidmat di KL Fertility Centre. Beliau aktif

menulis dalam blognya, drnatashanorfertility.com.

PAKAR PERUNDING PEDIATRIK DAN

GASTROENTEROLOGI & HEPATOLOGI

Dr. Nazrul Neezam Nordin

MBBS (Malaya), MPaeds (Malaya)

Dr. Nazrul kini berkhidmat di Pusat Perubatan Sunway. Beliau

pernah bertugas di Jabatan Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

selepas tamat latihan subkepakaran dan diiktiraf sebagai

Pakar Pediatrik dan Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

oleh Daftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Registry)

pada Disember 2011.

PENSYARAH PEDIATRIK DAN PAKAR

KANAK-KANAK

Dr. Fahisham Taib

MB BCh BAO (Ireland), MMedSci (Ireland), DCH

(Glasgow), MRCPCH (UK), SpecCertPallCare

(Aus) (UKM), MRCOG (London)

Dr. Fahisham bin Taib ialah Pensyarah Pediatrik dan

Pakar Kanak-kanak di HUSM. Beliau sudah empat tahun

berkhidmat di sana dan sebelum ini, pernah bertugas di

United Kingdom dan Ireland selama 10 tahun. Beliau juga

aktif menulis artikel dan menjawab pertanyaan masyarakat

dalam laman Doktorbudak.com.

KONSULTAN PEDIATRIK

Dr. Margaret Kannimmel

MD (UKM), MRCP (UK)

Dr. Margaret merupakan Konsultan Pediatrik di Hospital

Columbia Asia. Beliau berpengalaman selama 26 tahun

sebagai doktor perubatan dan 21 tahun sebagai pakar

pediatrik. Beliau banyak mengendalikan kes-kes alergik

dan asma kanak-kanak, meningkatkan kesedaran tentang

imunisasi dan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL

Jessie Foo Xiang Yi

Master in Clinical Psychology

Merupakan pakar psikologi klinikal terlatih di Pusat

Perubatan Sunway, Jessie Foo mengendalikan terapi psiko

bagi meningkatkan kemahiran pengurusan individu dalam

kehidupan seharian. Beliau juga berpengalaman dalam

mengendalikan bengkel korporat mengenai pengurusan

tekanan, pengurusan marah dan sebagainya.

PAKAR NUTRISI

Celeste Lau Wai Hong

BSc (Hons) Nutrition, MD Nutrition and

Dietetics (Aus)

Beliau merupakan ketua bahagian perkhidmatan dietetik dan

nutrisi di Pusat Perubatan Sunway. Minat khususnya menjurus

kepada penjagaan kritikal dan kesihatan kanak-kanak. Celeste

merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata.

DIETETIK KANAN

Saw Bee Suan

B. Health Sc. (Honours) Dietetics

Bee Suan menamatkan pengajian dalam bidang pemakanan

di Universiti Sains Malaysia. Sebagai pakar pemakanan

kanan di Pusat Perubatan Sunway, beliau banyak

mengendalikan kes-kes kronik mengenai nutrisi.

GAYA SI MANJA

Permata

Hati

Adakah si manja anda berusia

antara 1 bulan hingga 35

bulan? Jika ya, hantarkan

gambar terkini si manja anda

kepada majalahmamapapa@

gmail.com atau facebook:

MajalahMamaPapa berserta

nama, umur dan tempat tinggal.

Aqeed Saifullah Bin

Mohammad Fahmy

7 Bulan | Puchong, Selangor

Arissa Zulaykha Binti

Muhammad Ghazali

3 Bulan | Jerantut, Pahang

Khaizuran Irfan Bin

Khairul Zanawi

25 Bulan | Alor Gajah, Melaka

Muhammad Safwan Aathif Bin

Sazizul Akim.

9 Bulan | Shah Alam, Selangor

Snap &

Menang!

Pakej spa bayi di

Aina Balqis Binti

Muhamad Firdaus

16 Bulan | Bangi, Selangor

Nur Auni Qaisara Binti Khalid

12 Bulan | Pasir Gudang, Johor

bernilai lebih

RM300

MamaPapa | Februari 2015

5

DULU & SEKARANG

Bintang Kecil

Pejam celik pejam celik si manja anda sudah semakin membesar. Abadikan gambar si manja

anda ketika berusia antara 1 bulan hingga 35 bulan dan 3 tahun hingga 7 tahun. Mari kita lihat

perbezaan wajah mereka. Hantarkan kepada majalahmamapapa@gmail.com atau facebook:

majalahmamapapa berserta nama, umur dan lokasi.

Haziq Zufayri Bin Mohd Zawawi

4 Tahun 9 Bulan | Klang, Selangor

Nur Airis Sofea Binti Muhammad Naim

4 Tahun | Sg. Buloh, Selangor

Muhammad Faris Hakimi Bin

Sharizal Mohd Shah

4 Tahun 8 Bulan | Bandar Sri Damansara, Selangor

Snap &

Menang!

Hadiah istimewa

daripada

Aisyah Zahraa’ Binti Norazuan

4 Tahun | Putrajaya

6 MamaPapa | Februari 2015

TANYA PAKAR

Hindari Hepatitis B

S: Bagaimana untuk mengelakkan bayi terkena penyakit

Hepatitis B?

Pakar Pediatrik Gastroenterologi & Hepatologi

Dr. Nazrul Neezam Nordin berkata,

Virus Hepatitis B adalah sejenis virus yang

boleh menyebabkan kerosakan pada

organ hati. Ia menyebabkan Hepatitis

atau radang pada hati yang selepas

jangka masa tertentu boleh menyebabkan

kerosakan hati yang kronik atau di dalam bahasa inggeris,

“Chronic Liver Disease”. Individu yang dijangkiti virus ini turut

mempunyai risiko lebih besar untuk mendapat Barah Hati atau

“Hepatocellular carcinoma”.

Secara umum, penyakit Hepatitis B tidak dipindahkan kepada

individu lain hanya dengan sentuhan kasual. Ia hanya boleh

dijangkiti melalui:

i) Transmisi daripada ibu (pembawa virus Hepatitis B) kepada

anak di dalam kandungan

ii) Jangkitan akibat penerimaan darah penderma yang dicemari

oleh virus Hepatitis B

iii) Penggunaan jarum suntikan yang telah dicemari oleh virus

ini. Ianya sering berlaku di kalangan penagih dadah yang

berkongsi jarum suntikan

iv) Hubungan seks dengan pembawa virus Hepatitis B

Hantarkan surat anda kepada Ruangan Tanya

Pakar, Majalah MamaPapa, AcePremier.com Sdn

Bhd, N-2-6 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1,

50480 Sri Hartamas, Kuala Lumpur atau emailkan

kepada majalahmamapapa@gmail.com atau

facebook.com/MajalahMamaPapa

Oleh itu, risiko untuk mendapat jangkitan ini dalam kalangan

bayi adalah sangat rendah kecuali bayi yang dilahirkan oleh ibu

yang merupakan pembawa virus ini. Ujian saringan Hepatitis B

dalam kalangan ibu mengandung adalah rutin di kebanyakan

klinik di negara kita. Hal ini bertujuan bagi mengesan pembawa

yang secara fizikalnya sihat dan tidak mempunyai sebarang

simptom spesifik jangkitan ini kerana pemberian ubat Hepatitis

B immunoglobulin sewaktu kelahiran boleh mengurangkan

risiko transmisi jangkitan ini kepada bayi yang dilahirkan ke

tahap yang paling minimum.

Bagaimana pula risiko mendapat jangkitan ini di kalangan

ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pembawa virus

ini? Risikonya adalah sangat rendah. Tetapi, ahli keluarga

disarankan mengambil ujian saringan Hepatitis B yang boleh

didapati di kebanyakan klinik kerajaan mahupun swasta. Selain

daripada memastikan ahli keluarga yang lain bebas daripada

jangkitan ini, ujian yang sama turut boleh menilai tahap imuniti

individu. Jika seseorang individu tidak mempunyai tahap

antibodi yang cukup untuk mencegah jangkitan ini, mereka

boleh menerima suntikan vaksinasi tambahan Hepatitis B.

Bagi mereka yang tiada imuniti langsung, vaksinasi lengkap

Hepatitis B (tiga suntikan) boleh diberikan kepada mereka

untuk mencegah mereka daripada mendapat jangkitan ini.

MamaPapa | Februari 2015

7

TANYA PAKAR

Usah Abaikan Anak

Kencing Malam

S: Anak saya akan memasuki Darjah 1 pada tahun depan. Apa

yang membimbangkan saya ialah dia masih lagi terkencing

malam. Adakah normal umur seusianya masih mengalami

kencing malam?

Pakar Psikologi Klinikal

Cik Jessie Foo Xiang Yi berkata,

Perkembangan setiap kanak-kanak adalah

berbeza. Mereka membesar pada waktu

yang berlainan. Mengikut kajian, pada usia

lima tahun, sebanyak 15 peratus kanakkanak

masih lagi kencing malam. Salah

satu sebab mengapa segelintir mereka masih lagi terkencing

malam adalah kerana pundi kencing mereka lambat matang.

Kadangkala, kanak-kanak akan berasa malu selepas terkencing

malam. Anda boleh membantunya dengan memberitahu

bahawa bukan dia sahaja yang mengalami masalah seperti

itu. Anda juga janganlah meletakkan kesalahan pada anak

anda jika dia terkencing malam. Tunjukkan kepadanya bahawa

anda faham akan situasinya itu. Meletakkan kesalahan pada

bahunya atau berleter tidak dapat membantu anak anda untuk

berhenti daripada kencing malam. Percayalah, anak anda juga

tidak mahu kencing malam.

Mungkin puan boleh cuba lakukan cara-cara berikut:

• Galakkan anak anda kencing sebelum tidur

• Hadkan pengambilan cecair dua jam sebelum anak anda

tidur (tidak melebihi setengah cawan)

• Gunakan jam loceng atau penggera untuk mengejutkannya

pergi ke tandas

Jika puan sudah melakukan perkara-perkara tersebut, berilah

masa 12 minggu untuk anak puan menyesuaikan diri. Gejala

kencing malam mengambil masa sehingga 12 minggu untuk

kanak-kanak benar-benar berubah, berkurangan atau berhenti

daripada kencing malam. Bersabarlah dengan anak anda.

Dalam kes puan, usia anak puan hampir tujuh tahun dan

masih mengalami kencing malam.

Jika anak puan masih lagi kencing macam selepas puan

sudah melakukan cara-cara yang disebutkan selepas 12

minggu, pergilah berjumpa dengan pakar pediatrik bagi

mendapatkan rawatan susulan.

Keputihan Undang

Ketidakselesaan

S: Saya sering mengalami masalah keputihan yang teruk

sehingga ada kalanya cecair yang keluar berbau dan berketulketul.

Biasanya dua minggu selepas didatangi haid, keputihan

saya semakin menjadi-jadi sehingga saya berasa tidak selesa.

Malah, saya perasan keputihan saya juga lebih banyak

jika saya makan timun. Adakah faktor pemakanan turut

menjadi punca keputihan berlaku? Bagaimana cara untuk

menghilangkan masalah ini?

Pakar Obstetrik & Ginekologi

To’ Puan Dr Maziah Ahmad

Mahidin berkata,

Terima kasih kerana bertanyakan soalan

dan tahniah juga kerana anda mengambil

berat akan masalah penjagaan alat

sulit. Masalah keputihan sering melanda

kaum wanita namun tidak semua wanita

mengambil berat akan masalah ini. Hakikatnya, masalah ini

bukan sahaja dihadapi oleh wanita sudah berkahwin, tetapi

juga ramai gadis remaja yang berhadapan dengan masalah

ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa keputihan

bukanlah masalah yang serius. Malah, kebanyakan wanita

berasa malu untuk bertanyakan masalah ini kepada pakar

kerana menganggap ianya sebagai sesuatu yang peribadi.

Keputihan adalah disebabkan oleh jangkitan kuman, parasit,

kulat atau virus. Kesemuanya tidak merbahaya tetapi boleh

mengundang rasa tidak selesa kepada kaum wanita. Malah,

keputihan juga boleh berulang-ulang.

Lebih parah lagi, apabila keputihan ini mengundang rasa

gatal pada kemaluan dan menyebabkan faraj berbau busuk.

Masalah tidak menyenangkan ini boleh mengganggu perasaan

dan hubungan kelamin bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Anda ada memaklumkan mengenai kadangkala keputihan

anda berbau dan berketul-ketul. Anda berkemungkinan

dijangkiti kulat “Candida” yang mudah diubati. Kulat ini

datangnya tidak menentu, malah keadaan ini berlaku lebih

teruk sebelum haid anda tiba dan akan berkurangan selepas

anda habis haid. Hal ini berlaku kerana kulat ini turut keluar

bersama-sama dengan darah haid anda.

Bagi mengatasi masalah keputihan, saya sarankan

anda mengambil “Yoghourt” atau “Lactobacillus” bagi

menghilangkan keputihan. Selain itu, anda juga boleh

menggunakan pencuci bahagian intim yang mengandungi

kandungan pH yang rendah. Gunakan pencuci tersebut

setiap hari bagi mengawal alat sulit anda daripada sebarang

jangkitan kuman dan kulat.

Bagaimanapun, saya sarankan anda berjumpalah dengan

pakar jika masalah keputihan masih berterusan. Mengenai

pemakanan pula, timun tiada sebarang kaitan dengan

masalah keputihan anda. Sebaik-baiknya, anda perlu

membuat diagnosis dengan pakar mengenai masalah ini.

8 MamaPapa | Februari 2015

UNTUK MAMAPAPA & SI MANJA

Bekalan Kasih Sayang

Berapa ramai ibu bapa yang mempunyai anak cerewet dalam pemakanan?

Lazimnya, semakin meningkat usia anak anda, semakin cerewet mereka

dalam memilih makanan.

Kini, anda tidak perlu bimbang lagi! Dengan bekas makanan ‘Art Speaks For

Me by Akhtar’ yang dikeluarkan oleh La gourmet, anak anda akan tertarik

untuk menikmati apa jua makanan yang disediakan untuk mereka.

Lakaran gambar haiwan pada bekas makanan yang diilhamkan oleh seorang

kanak-kanak autisme, Muhammad Akhtar Mohd Ismail ini pasti dapat

menjentik rasa anak anda untuk minat terhadap makanan.

Bekas makanan ini terdapat dalam saiz 900ml dan 1L serta boleh didapati di

rangkaian pasar raya terkemuka seluruh negara.

Kekal Bersih dengan Tollyjoy

Detik penyusuan bayi mempengaruhi tumbesaran

mereka. Bagi memastikan bayi membesar

dengan sihat, Tollyjoy memperkenalkan Cecair

Pembersih Botol & Aksesori yang dirumus khas

untuk membantu ibu bapa memastikan botol dan

mainan si manja kekal bersih dan bebas daripada

kuman pada setiap masa.

Cecair Pembersih Botol & Aksesori Little

Precious ini mengandungi formula lembut

dengan keseimbangan pH yang ideal, sekaligus

menjadikannya satu penyelesaian hebat untuk

membersihkan peralatan si manja anda.

Cecair pembersih ini juga berupaya menghapuskan

semua kesan susu dan sisa yang melekat pada

puting dan botol bayi. Produk ini telah diuji

mematuhi OECD 423, ujian ketoksikan oral akut,

dan menjadikannya produk yang selamat serta

boleh dipercayai untuk bayi anda.

Dipakejkan dalam botol pam 750ml, Cecair

Pembersih Botol & Aksesori Little Precious dijual

pada harga runcit, RM15.90. Anda kini yakin

bahawa botol dan puting si manja bersih untuk

setiap penyusuan!

Katakan Tidak pada

Kesan Regangan!

Kesan regangan kulit adalah musuh

utama bagi wanita hamil. Masalah kulit

ini dihadapi oleh kira-kira 75% hingga

90% wanita hamil.

Bagi memelihara kecantikan kulit ibu

hamil, Sebamed merumuskan Anti-

Stretch Mark Cream yang menawarkan

penjagaan kulit yang efektif, dan pada

masa yang sama melindungi kesihatan

kulit semasa dan selepas hamil, dengan

kandungan pH 5.5.

Sebamed Anti-Stretch Mark Cream

mengandungi rumusan minyak

avokado, mentega shea dan ovilem

100 yang menyediakan perlindungan

dan penjagaan yang berkesan pada

lapisan kulit.

Selain dapat menghalang pembentukan

kesan regangan, penggunaan krim

ini secara berterusan juga dapat

mengurangkan kesan regangan yang

sedia ada, dengan pemakaian dua kali

sehari sekurang-kurangnya bagi tempoh

tiga bulan.

Apa tunggu lagi! Bertindaklah sekarang

bagi memelihara kecantikan kulit anda!

MamaPapa | Februari 2015

9

TOPIK

Sihat

semasa Hamil

Sedarkah anda, penjagaan diri semasa hamil dapat mempengaruhi kandungan? Bakal ibu

yang tidak menjaga kesihatan dan kebersihan diri secara tidak langsung boleh menyebabkan

bayi dalam kandungan terkena tempiasnya. Justeru itu, MamaPapa keluaran kali ini

berkongsi dengan anda topik mengenai penjagaan diri ibu hamil bagi memastikan kesihatan

ibu dan bayi terpelihara.

10 MamaPapa | Februari 2015

TOPIK

Jangan Abaikan

Penjagaan Diri

7 VITAMIN PENTING SEMASA HAMIL

Pernah dengar tak orang kata makan untuk dua orang bagi

wanita hamil? Semasa hamil, wanita memerlukan zat yang

mencukupi untuk dirinya dan kandungan. Bagaimanapun,

bukan semua makanan mengandungi khasiat yang

diperlukan untuk tubuh ibu hamil dan bayi.

ASID FOLIK [Mesti Ambil]

Asid folik atau disebut juga sebagai folate adalah zat yang

mesti diambil oleh para ibu hamil. Pengambilan asid folik

atau dikenali sebagai Vitamin B9 adalah penting untuk bayi

di dalam kandungan. Vitamin ini diperlukan untuk membina

sel-sel baru dalam tubuh.

Pengambilan vitamin asid folik dapat membantu

mengurangkan risiko kecacatan sistem saraf pada bayi seperti

spina bifida. Spina bifida berlaku apabila saraf pada tulang

belakang terdedah dan rosak.

Asid folik perlu diambil semasa 12 minggu pertama kehamilan

kerana ketika itu otak dan sistem saraf bayi berkembang

dengan pesat.

Asid folik ialah vitamin semula jadi yang terdapat dalam

kekacang, sayuran hijau seperti bayam, roti dan bijirin.

Dos yang diperlukan: 400mcg sehari

ZAT BESI

Antara tanda kekurangan zat besi ialah anda kerap keletihan

atau anemia.

Zat besi atau iron penting untuk pembentukan sel darah merah.

Sel darah merah ini berfungsi untuk membawa oksigen ke

seluruh tubuh badan. Pengambilan zat besi yang mencukupi

akan mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang.

Sumber semula jadi zat besi terdapat dalam daging, buahbuahan

kering, sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dos yang diperlukan: 27mg sehari

Awas! Zat besi yang berlebihan boleh

mengakibatkan sembelit dan pedih perut.

INFO

Jika anda sudah pernah melahirkan anak

yang mempunyai kecacatan tiub neural atau

ada mengambil ubat-ubatan tertentu, anda

disyorkan untuk mengambil asid folik pada dos

yang tinggi. Namun, anda perlu memaklumkan

terlebih dahulu kepada doktor anda.

INFO

Jika anda mengambil suplemen zat besi, elakkan daripada

mengambilnya bersama dengan suplemen kalsium kerana

akan menghalang penyerapan iron ke dalam tubuh.

MamaPapa | Februari 2015

11

TOPIK

Nutrien Fungsi Contoh

Karbohidrat

Anti stress

Roti, gandum,

nasi

Selenium

Vitamin E

Elakkan

cepat marah,

kurangkan risiko

keguguran

Mengurangkan

kerosakan tisu

akibat radikal

bebas

Kekacang,

biji bunga

matahari

Kekacang

Anda perlu mengambil suplemen jika:

•Anda tidak mengamalkan pengambilan nutrisi

yang mencukupi

• Anda wanita yang sibuk

• Tidak makan sesuatu jenis makanan seperti susu

DHA

DHA yang terdapat dalam asid lemak omega-3 adalah amat

penting pada peringkat kehamilan kerana dapat membantu

perkembangan mata, otak dan organ bayi yang sempurna.

Pengambilan DHA adalah amat penting bagi memastikan

tahap kesihatan yang optimum bagi ibu dan perkembangan

tumbesaran bayi.

PERINGATAN!

Sebelum membeli

suplemen, baca label dan

fahamkan kandungan

suplemen bagi

mengetahui dos yang

terkandung di dalamnya.

Dos yang diperlukan: 200mg sehari

KALSIUM

Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.

Kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan risiko

pre-eklampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan

bayi dalam kandungan.

Antara sumber kalsium ialah produk tenusu, brokoli, roti

dan badam.

Dos yang diperlukan: 1,000mg setiap hari

INFO

Pengambilan nutrien yang berlebihan boleh menambahkan

rasa loya dan muntah semasa awal kehamilan.

ELAKKAN:

• Makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan

minuman manis.

• Suplemen yang mengandungi retinol iaitu Vitamin A

daripada sumber haiwan – Jika diambil pada dos yang tinggi

boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Jika

ingin mengambil Vitamin A pastikan ia daripada sumber

tumbuhan (dipanggil betakaroten) yang selamat untuk bayi.

• Mengambil nutrien dengan dos yang berlebihan kerana

boleh memudaratkan anda dan bayi.

12 MamaPapa | Februari 2015

TOPIK

Penjagaan Tubuh

semasa Hamil

Semasa hamil, banyak perubahan akan berlaku pada tubuh

anda. Persiapkanlah diri untuk menerima dan merawat

perubahan tersebut.

RAMBUT

Semasa hamil, rambut anda

akan lebih cepat tumbuh,

tebal dan berminyak.

Hormon semasa hamil

membuatkan pengeluaran

minyak di kulit kepala

anda semakin meningkat.

Hal ini terjadi disebabkan

faktor-faktor seperti

tekanan, kerap mencuci

rambut, pemilihan syampu

yang tidak sesuai atau

memakan makanan yang

mempunyai lemak berlebihan.

Apa perlu anda lakukan?

• Cuci rambut sekurang-kurangnya dua atau tiga kali

seminggu. Jangan mencuci rambut setiap hari atau

jarang mencuci rambut kerana akan menyebabkan

rambut berkilat.

• Gunakan syampu yang berformula lembut dan

bukannya dibuat berasaskan bahan berminyak.

• Jangan kerap memegang rambut dengan tangan

kerana kotoran dari tangan akan menyebabkan

rambut anda berminyak.

• Gunakan sikat yang bergigi jarang semasa

menyisir rambut yang basah.

Awas!

Jangan lakukan rawatan rambut seperti mewarna

rambut atau meluruskan rambut kerana kandungan

bahan kimia pada produk rambut boleh memudaratkan

bayi anda.

Jika sesekali anda ingin melakukan rawatan rambut,

gunakan produk berasaskan bahan semula jadi seperti

spa rambut dengan produk rawatan semula jadi atau

creambath tanpa rawatan steam.

MULUT

Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon yang akan

meningkatkan risiko penyakit gusi, sekaligus akan memberi

kesan kepada perkembangan janin anda. Penjagaan mulut

atau gigi perlu dilakukan secara teratur bagi mengelakkan

terjadinya jangkitan pada rongga mulut.

Apa perlu anda lakukan?

• Jangan lakukan rawatan gigi semasa trimester pertama

dan penghujung trimester ketiga, kecuali jika ada hal

kecemasan. Perkembangan janin pada ketika ini sedang

pesat, justeru ibu bapa digalakkan untuk mengelakkan

daripada terdedah kepada sebarang perkara yang boleh

mempengaruhi perkembangan bayi.

• Bagaimanapun, rutin rawatan gigi boleh dilakukan semasa

trimester kedua.

• Sebaik-baiknya rawatan pergigian perlu ditunda sehinggalah

selepas kelahiran.

• Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala sebelum, semasa

dan selepas kehamilan.

• Jika anda terpaksa melakukan rawatan gigi semasa

kehamilan, beritahu doktor gigi bahawa anda sedang hamil.

• Beritahu nama dan dos pengambilan ubat yang anda

ambil termasuk vitamin pranatal supaya rawatan gigi boleh

dilakukan berdasarkan informasi tersebut.

• Elakkan daripada melakukan x-ray gigi semasa hamil.

• Amalkan penjagaan kebersihan mulut yang betul bagi

mengelakkan atau mengurangkan masalah kesihatan gigi.

MamaPapa | Februari 2015

13

TOPIK

5 langkah penjagaan kebersihan oral

semasa mengandung:

1. Sebaik sahaja mengetahui anda hamil, lakukan

pemeriksaan gigi semasa awal kehamilan.

2. Bersihkan kawasan gusi dan gigi sekurangkurangnya

dua kali sehari.

3. Gunakan berus yang lembut bagi memberus gigi.

4. Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida

dan bersihkan celah-celah gigi dan gusi

menggunakan flos.

5. Pilih makanan yang berkhasiat dan kurangkan

makanan manis dan bergula.

6. Jika mengalami alahan loya atau muntahmuntah,

gunakan ubat kumur yang berfluorida

bagi melindungi gigi daripada serangan asid.

PAYUDARA

Sejak awal kehamilan, anda akan dapat merasai perubahan

pada bahagian payudara anda. Perubahan ini adalah normal

kerana payudara anda sedang bersiap-sedia untuk menerima

kehadiran bayi.

Antara perubahan yang akan anda alami ialah pembesaran

payudara termasuklah bahagian areola dan puting, payudara

sensitif, warna bahagian areola dan puting lebih gelap

daripada biasa, urat kelihatan di sekeliling payudara dan

payudara anda akan mula mengeluarkan cecair kekuningkuningan

yang dikenali sebagai kolostrum.

Apa perlu anda lakukan?

• Jaga kebersihan payudara anda.

• Sokong payudara dengan coli yang bersesuaian mengikut

saiz payudara.

• Pakai pelapik puting payudara bagi mengelakkan coli basah

terkena kolostrum.

• Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan urutan yang

sesuai bagi mempersiapkan air susu ibu.

BAHAGIAN INTIM

Semasa hamil, bahagian kemaluan wanita turut mengalami

perubahan. Lazimnya, wanita hamil akan mengalami

keputihan yang lebih banyak berbanding kebiasaan. Hal

ini terjadi disebabkan peningkatan hormon estrogen dan

aliran darah pada vagina wanita hamil. Ketahuilah keputihan

semasa hamil adalah normal.

Namun, cecair berwarna putih melekit atau kuning pucat

ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Segelintir

wanita hamil juga mungkin mengalami keputihan disertai bau

yang kurang menyenangkan dan ada juga yang mengalami

kegatalan pada alat sulit.

Apa perlu anda lakukan?

• Pakai pelapik seluar dalam (panty-liner).

• Gunakan kapas atau tisu khas bagi mengelap alat sulit.

• Jika mengalami keputihan berbau, berbincanglah dengan

doktor bagi mengatasi masalah tersebut kerana dikhuatiri

terkena jangkitan bakteria atau kulat pada kemaluan.

• Jangan sewenang-wenangnya menggunakan penyembur

atau penghilang bau faraj kerana mungkin akan

lebih memudaratkan.

Tahukah anda?

Keputihan yang berbau busuk, berwarna kuning

atau hijau, dan menyebabkan kegatalan adalah

disebabkan jangkitan kuman dan bakteria serta

ia tidak normal. Jangkitan pada vagina boleh

membahayakan pertumbuhan dan perkembangan

bayi dalam kandungan.

Kriteria memilih coli

kehamilan/ nursing bra:

ü Menampung atau menyokong

payudara

ü Tali bahu yang luas

ü Penutup boleh laras atau fleksible

ü Jangan pilih coli berdawai kerana

boleh menyekat saluran susu

Tips jaga kebersihan alat sulit:

1. Mencuci menggunakan air yang bersih.

2. Pilih pencuci bahagian intim yang mempunyai pH yang sesuai.

3. Kerap tukar seluar dalam.

4. Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas.

5. Pilih pembersih bahagian intim yang bebas wangian.

14 MamaPapa | Februari 2015

PERSONALITI

Julia Claire Dargus

Cinta Baru

Betty Banafe

Oleh : Nurul Nazrah Nazarudin

Fotografi : Shairazi Afham Sofian

Solekan : Ogy Roszy (instagram: @ogyroszy)

Lokasi : Giggling Jellyfish Baby Spa, Ativo Plaza

Pakaian Betty Banafe : 9months Maternity

Pakaian Julia Claire Dargus : Baby Kiko

Aksesori : Bissbee, Hartamas Shopping Centre

MamaPapa | Februari 2015

15

PERSONALITI

Jika dahulu, cintanya hanya tertumpu kepada kerjaya seni yang sememangnya telah lama

diminati, namun selepas setahun mendirikan rumah tangga, rasa cintanya mula beralih

arah. Cinta baru yang ditemui lebih bererti. Malah, tidak terdetik sekelumit rasa kesal

lantaran dunia baru yang dilalui lebih bermakna. Kehadiran si cilik

mewarnai ruang hidupnya berjaya melenyapkan

seketika kecintaannya terhadap

dunia seni.

‘Betty Jr’

Bercerita mengenai perkembangan anaknya

itu, penyanyi yang pernah merakamkan album

Ibtisam ini memberitahu, walaupun iras wajah

Julia persis suaminya, namun si montel itu gemar

mengikut setiap perlakuannya.

Anak adalah anugerah

terindah buat semua

pasangan yang berkahwin.

Pertama kali menatap wajah

mulus si manja melahirkan

suatu perasaan yang tidak

tergambar dek kata-kata.

Justeru itu, tidak hairanlah

jika setiap ibu bapa sanggup

berkorban apa sahaja untuk

anak mereka.

Bagi Betty Banafe, kehadiran cahaya mata sulung, Julia Claire

Dargus dalam kehidupannya dan suami sejak setahun yang

lalu memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang

alam keibubapaan sekaligus menjadikan mereka lebih

bertanggung jawab.

Malah, wanita berusia 36 tahun ini tidak segan mengakui

masih lagi dalam proses pembelajaran untuk membesarkan

permata hatinya itu.

“Gelaran ibu akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih

bertanggungjawab. Jika sebelum ini saya tidak tahu banyak

perkara tentang penjagaan anak, kini selepas bergelar ibu

banyak yang saya pelajari dan ketahui.

“Saya banyak merujuk kepada doktor jika terdapat

kemusykilan atau masalah tentang penjagaan anak. Malah,

saya juga kerap bertanya kepada kawan-kawan yang terlebih

dahulu melalui pengalaman membesarkan anak mereka,”

kata anak kelahiran Johor Bahru ini.

“Masuk usia 10 bulan, Julia sudah pandai

meniru perlakuan orang dewasa. Apabila saya

bercakap dalam telefon, dia akan memandang

saya lama dan mengikut perbuatan saya

mengangkat telefon. Begitu juga apabila saya

mengenakan solekan, dia pun akan ikut berminat

untuk mengenakan solekan,” katanya sambil

memberitahu berat Julia sudah semakin susut

ekoran pergerakannya yang semakin lincah.

Senang dengan didikan yang selama ini

diterapkan kepada Julia, pelakon filem Buai Lajulaju

ini memberitahu,

anak perempuannya

itu juga seorang yang

mudah mesra.

“Selalunya, apabila

Julia bertemu dengan

orang yang tidak

dikenali, dia akan

memerhatikan orang

itu. Selepas beberapa

ketika barulah dia akan

mesra,” katanya ambil

memberitahu anaknya

seorang yang suka

tersenyum

dan bergurau.

16 MamaPapa | Februari 2015

PERSONALITI

Ajar pelbagai bahasa

Dilahirkan dalam keluarga yang memiliki darah campuran, Betty

mengharapkan hal itu dapat memberikan kelebihan kepada Julia.

Wanita yang fasih berkomunikasi dalam empat bahasa ini

berhasrat anaknya itu akan dapat mengikut jejaknya dalam

menguasai pelbagai bahasa.

Di Sebalik Tabir

“Memandangkan saya berketurunan Melayu, Jawa dan Arab

sementara Bruce pula berketurunan Britain-Lubnan, saya mahu

Julia juga mahir dalam banyak bahasa terutamanya bahasa

Inggeris, Melayu, Arab dan Indonesia.

“Bahasa pertuturan kami di rumah adalah bahasa Inggeris namun

jika saya bersama dengan Julia, saya akan berkomunikasi dalam

bahasa Melayu.

“Bagaimanapun, ada juga beberapa perkataan yang saya gunakan

dalam bahasa Inggeris supaya Julia tidak terkeliru seperti perkataan

no, please dan come here,” katanya lagi.

Hadiah buat Julia

Sempena menyambut ulang tahun pertama Julia pada Disember

tahun lalu, bintang Spa Q ini turut mengumumkan bakal

mengeluarkan jenama rangkaian gaun kanak-kanak perempuan

yang diberi nama, Julia Betty.

Menurutnya, Julia Betty yang diambil sempena namanya dan Julia

bakal menampilkan rekaan gaun untuk kanak-kanak berumur

setahun hingga empat tahun yang akan dijual secara online

menerusi instagram @juliabettybanafe bermula bulan ini.

“Saya memang gemar menggayakan Julia dengan memakaikannya

gaun. Semasa berkunjung ke Arab, saya lihat banyak gaun kanakkanak

yang menarik dijual di sana.

“Dari situ juga timbul idea untuk menghasilkan baju gaun

kanak-kanak, tambahan pula, suami dan rakan-rakan berjaya

mempengaruhi saya untuk memulakan perniagaan dalam dunia

fesyen kanak-kanak ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Betty turut berkongsi bakal menghasilkan

dokumentari berjudul Dunia Ibu yang memaparkan tentang cara

penjagaan bayi termasuklah mengenai sebelum dan semasa hamil.

BIODATA

Nama: Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe

Nama komersial: Betty Banafe

Umur: 36 tahun

Tarikh lahir: 14 November 1979

Tempat lahir: Johor Bahru

Pekerjaan: Pengacara, pelakon,

penyanyi, Ahli Perniagaan

Nama suami: Bruce Dargus

Nama anak: Julia Claire Dargus

MamaPapa | Februari 2015

17

FERTILITI & KONSEPSI

Unexplained’

Infertiliti

“Kami sudah berkahwin selama 7 tahun dan

telah melakukan segala ujian kesuburan yang

diperlukan. Keputusan semua ujian adalah

normal belaka tetapi kenapakah saya masih

tidak hamil?” Oleh: Dr Natasha Ain Binti Mohd Nor

Pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum

dikurniakan cahaya mata seringkali dilabel sebagai tidak

subur. Apabila ujian kesuburan dilakukan, ada segelintirnya

yang tidak mengalami sebarang masalah. Apakah penyebab

mereka ini masih belum dikurniakan zuriat?

Sekiranya semua ujian kesuburan telah dilakukan tetapi

semuanya normal, ini dikenali sebagai ‘unexplained infertility’.

‘Unexplained infertility’ bukanlah bermakna memang tiada

masalah kesuburan pada pasangan tersebut, tetapi ianya

bermaksud pakar tidak dapat mencari apakah punca masalah

kesuburan pada pasangan tersebut. Sebanyak 20 hingga

30% pasangan yang menghadapi masalah kesuburan akan

diberikan diagnosi ini. Kadangkala ini menimbulkan lebih

tekanan perasaan di kalangan pasangan kerana mereka tidak

tahu bagaimana untuk mengatasi atau mengubati masalah

kesuburan disebabkan ‘tiada’ punca dapat dikesan. Oleh itu,

mereka beranggapan bahawa tiada rawatan efektif yang boleh

diberikan kepada mereka.

Adakah ujian kesuburan dapat mengesan semua punca

masalah kesuburan?

Memang tidak dinafikan ujian-ujian kesuburan moden yang

dijalankan ada mempunyai kelemahan-kelemahannya tersendiri.

HSG (Hsyterosalpingogram)

Ujian X-ray yang dilakukan sebagai ‘out-patient’ hanya akan

memberitahu sama ada saluran peranakan tersumbat ataupun

tidak. Akan tetapi, ia tidak akan memberitahu sama ada saluran

peranakan tersebut berfungsi dengan elok. Penyakit seperti

‘Sexually transmitted disease’ yang menyebabkan ‘Pelvic

Inflammatory disease’ (PID) ataupun endometriosis banyak

merosakkan fimbriae yang terdapat dalam saluran peranakan.

Oleh itu, kadang-kala semasa HSG, saluran peranakan dilihat

seperti elok kerana tidak tersumbat akan tetapi pada hakikatnya

fungsinya sudahpun terjejas. Selain itu, saluran peranakan juga

mempunyai bulu-bulu halus yang dinamakan ‘cilia’ yang berfungsi

untuk membawa telur yang telah dipersenyawakan oleh sperma

kepada rahim untuk implantasi.

Tahukah anda?

Saluran peranakan adalah satu organ yang

mempunyai bahagian yang bernama ‘fimbriae’

yang kelihatan seperti jejari-jejari halus yang

berfungsi untuk ‘menangkap’ telur matang yang

dilepaskan dari ovari semasa proses ovulasi.

Imbasan Scan Pelvis

Imbasan scan pelvis akan melihat sama ada wanita itu

mengalami fibroid atau cyst ovari. Akan tetapi, ia tidak

dapat melihat sekiranya terdapat kesan parut yang

dikenali sebagai ‘adhesion’ yang berpunca daripada

masalah ‘Pelvic Inflammatory disease’ ataupun

endometriosis. Scan juga tidak akan dapat mengesan

masalah saluran peranakan jika tersumbat atau rosak.

Ovulasi Sedikit & Sperma Borderline

Kadangkala ada masalah pada pasangan wanita seperti

ovulasi yang sedikit manakala pasangan lelakinya

pula menghadapi ‘sperma’ yang ‘borderline’. Apabila

digabungkan kedua-dua masalah ini boleh menyebabkan

si wanita tidak dapat hamil.

Masalah Fisiologi

Ketiadaan ujian kesuburan untuk menguji sama ada

terdapat masalah fisiologi organ yang terlibat di dalam

reproduktif, contohnya rahim mempunyai masalah

untuk ‘implantasi’ embrio, keupayaan sperma untuk

mempersenyawakan telur yang matang atau wanita

tersebut mempunyai telur yang defektif.

Sebenarnya kehamilan melibatkan beratus-ratus proses

biokimia dan molekular yang kompleks dan rumit. Oleh

itu, tidak hairanlah sekiranya ujian kesuburan moden

masih tidak dapat merungkai atau mengenal pasti punca

sebenar ketidaksuburan bagi sesetengah pasangan.

18 MamaPapa | Februari 2015

FERTILITI & KONSEPSI

Rawatan kesuburan untuk pasangan yang mengalami

‘unexplained infertility’

1. ‘Expectant management’: Tiada rawatan kesuburan

yang spesifik yang diberikan, hanya sokongan moral dari

doktor yang merawati. Ini hanya mungkin sesuai sekiranya

pasangan wanita itu kurang dari 30 tahun dan tempoh

percubaan untuk hamil kurang dari tiga tahun.

2. Penggunaan ubat pil subur clomiphene (clomid) untuk

merangsangkan ovari. Kajian telah membuktikan rawatan

kesuburan ini mempunyai kadar kejayaan yang rendah

untuk pasangan yang mengalami ‘unexplained infertility’.

3. Rawatan IUI

a) Dengan menggunakan clomiphene sahaja untuk

merangsangkan ovari dan kemudian melakukan

rawatan IUI. Kajian yang dijalankan tidak menunjukkan

yang rawatan ini adalah efektif untuk pasangan yang

mempunyai ‘unexplained infertility’.

b) Dengan menggunakan ubat suntikan gonadotrophin

untuk merangsangkan ovari dan kemudian melakukan

rawatan IUI. Kadar kejayaan mengandung untuk setiap

‘cycle’ adalah sehingga 26% bagi pasangan tersebut.

Akan tetapi terdapat masalah seperti kandungan kembar

dan OHSS apabila pesakit diberikan ubat suntikan

gonadotrophin tersebut.

4. Rawatan IVF

Rawatan IVF bagi pasangan yang menghadapi masalah

‘Unexplained Infertility’ memberikan kadar kejayaan untuk

hamil yang tinggi dan dalam masa yang singkat. Kajian

menunjukkan kadar kejayaan untuk membawa pulang

bayi (‘Live Birth Rate’) adalah mencecah sehingga 45.7%.

Akan tetapi kos IVF juga adalah tinggi. Di samping itu, IVF

juga bertindak sebagai satu ujian untuk mengdiagnosi

masalah seperti telur yang kurang berkualiti ataupun

masalah persenyawaan.

Langkah-langkah yang boleh dibuat

oleh pasangan yang mengalami

‘unexplained infertility’

• Mengurangkan pengambilan kafein dalam diet

• Tidak merokok

• Memastikan berat badan adalah ideal. BMI yang

elok dicapai adalah 19-24

• Berjumpa dengan doktor kesuburan untuk

berbincang rawatan yang perlu dilakukan seterusnya

Dr. Natasha Ain Mohd Nor merupakan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Infertility) dari KL Fertility Centre. Dr. Natasha juga

mengelolakan program IVFku bagi membantu pasangan yang ingin menjalani rawatan IVF pada harga yang berpatutan. Beliau

aktif menulis dan berkongsi informasi di blognya, www.drnatashanorfertility.com

MamaPapa | Februari 2015

19

DIARI TTC

Perjalanan

TTC Bermula!

Benarlah kata orang, ‘penantian itu suatu penyiksaan’. Sedar jika

sekadar menanti tanpa bertindak tidak akan membuahkan hasil,

Liyana Fuad membuat keputusan untuk menjalani rawatan kesuburan.

Namun, bagaimanakah dia ingin memujuk suaminya untuk turut serta?

Ikuti diari ketiga Liyana dalam perjalanannya untuk hamil.

“Betul ke ni? Thank you sayang! I ada survey beberapa tempat

tapi nanti I survey dulu mana yang betul-betul ok then I akan

beritahu you”, balasku dengan penuh bersemangat.

Keesokan harinya, aku mula menggoogle mengenai

hospital yang menyediakan perkhidmatan rawatan

kesuburan. Aku turut menjadi ahli untuk beberapa forum

yang membincangkan mengenai rawatan tersebut bagi

memudahkan aku bertanya dengan lebih lanjut dan memilih

hospital yang terbaik untuk aku dan suami.

Setelah melakukan beberapa survey, terdapat beberapa

hospital kerajaan yang mempunyai khidmat melakukan

rawatan kesuburan. Kelebihan melakukan ujian ini di hospital

kerajaan ialah kos rawatan adalah lebih murah berbanding

dengan hospital swasta. Bagaimanapun, ada juga kontranya

iaitu pasangan yang berminat perlu bersabar menantikan

tarikh temujanji untuk setiap rawatan yang ingin dijalankan.

“Sayang…”, aku memulakan bicara.

“Kita pergi buat ujian kesuburan nak? Hanya buat untuk

suka-suka sahaja. Lagipun I nak check period I dah lama tak

datang?” jelas aku dengan selamba tapi penuh pengharapan.

Aku sememangnya sudah bersedia dengan apa sahaja

jawapan yang bakal keluar dari mulut suami.

“Hurm.. Ok sayang. U dah survey ke nak buat kat mana?”

jawab suami dengan ringkas dan tenang.

Ya Allah, Alhamdulillah! Suami bersetuju tanpa banyak soal!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan aku dengan lelaki

yang begitu memahami. Aku pernah terbaca di dalam forum,

mereka berdiskusi mengenai keegoaan suami masing-masing

untuk membuat ujian kesuburan. Alhamdulillah suamiku

seorang yang begitu supportive.

Aku yang tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata

ini terpaksa melupakan hasrat untuk membuat rawatan

kesuburan di sana. Agak hampa juga aku ketika itu

kerana melalui bacaanku, ramai yang telah berjaya hamil

setelah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Bagi

menyegerakan keputusan rawatan kesuburan, aku memilih

untuk melakukan ujian di hospital swasta.

Setelah membuat pertimbangan sewajarnya, aku memilih

hospital swasta yang berhampiran dengan tempat tinggalku.

Sebagai langkah awal, aku mencari maklumat tentang

pakar Obstetrik & Ginekologi yang terdapat di hospital

tersebut dan terus menelefon hospital untuk membuat janji

temu. Aku membuat keputusan untuk memilih Doktor Nur,

bagaimanapun aku masih belum mendapatkan persetujuan

suami. Sesungguhnya aku sudah tidak sabar lagi untuk

memulakan perjalanan ttc dan berharap agar Allah akan

mengurniakan aku dengan rezeki yang selama ini kami

tunggu-tunggu.

Aku juga sempat bertanyakan kepada hospital mengenai

anggaran kos ujian dan rawatan sebagai persediaan bajet

20 MamaPapa | Februari 2015

DIARI TTC

untuk ujian nanti. Menurut hospital, kos yang akan dikenakan

adalah amat berpatutan dan masih di dalam bajet kami. Aku

yakin si suami juga akan turut bersetuju dengan pemilihan

hospital ini.

Mengikut kalendar, janji temu kami telah ditetapkan

dalam masa dua minggu. Malam ini aku akan berbincang

dengan suami mengenai perkara tersebut supaya dia dapat

memohon cuti pada tarikh yang telah ditetapkan. Aku sendiri

telah pun memohon cuti sejurus selepas mendapat tarikh

rawatan. Selesai makan malam, aku menerangkan kepada

suami mengenai tarikh janji temu serta kos-kos yang perlu

disediakan untuk ujian kesuburan nanti. Sebetulnya suami

tidak berapa ingin mengambil tahu mengenai keseluruhan

rawatan ini. Mungkin sebab dia melihat aku yang bersungguhsungguh,

jadi dia pun macam mengiyakan sahaja apa yang

aku terangkan.

Tempoh dua minggu sementara menunggu tarikh temujanji aku

penuhkan dengan membaca pengalaman dan komen mengenai

rawatan kesuburan di internet. Aku sangat teruja dan tidak

sabar untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan penjelasan

lanjut. Kesempatan ini juga aku ambil untuk bertanya kepada

mereka yang telah menjalani ujian dan mendapatkan seberapa

banyak maklumat supaya aku lebih bersedia ketika berjumpa

doktor nanti. Menurut mereka, seseorang perlulah menjalani

beberapa ujian sebelum doktor dapat membuat keputusan.

Jenis-jenis rawatan juga bergantung kepada keputusan ujian

dan juga atas nasihat doktor.

rawatan kesuburan atas galakan dan dorongan daripada

suaminya. Dia turut menasihatiku agar tidak mudah berputus

asa dan terus berdoa kepada Yang Maha Esa.

Perkenalan singkat dengannya sudah cukup untuk

membuatkan aku lebih bersemangat. Aku yakin Allah akan

mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya yang tidak putus

berusaha dan berdoa. Aku memang sudah cukup bersedia

dari segi fizikal dan mental. Tidak kira apa sahaja keputusan

ujian serta jenis rawatan yang bakal aku lalui, aku akan

laluinya dengan penuh kesungguhan. Niat aku cuma ingin

mendapatkan zuriat dan jika dengan takdir-Nya aku tidak

mampu hamil, aku redha. Tapi kata orang ‘belum cuba belum

tahu’. Semuanya terletak di tangan-Nya.

Tempoh dua minggu berlalu dengan begitu pantas. 4 Oktober

2013, aku dan suami bersiap sedia untuk berjumpa doktor

buat pertama kalinya. Seawal pukul 8 pagi, aku sudah berada

di hospital walaupun janji temu kami telah ditetapkan pada

pukul 9. Suami sedikit merungut kerana aku hendak ke

hospital terlalu awal sedangkan perjalanan ke hospital dari

rumahku hanya memakan masa kurang dari 20 minit. Kami

bersarapan di hospital sementara menunggu giliran. 10 minit

menunggu, nama kami di panggil.

Akan datang: Keputusan ujian merubah segalanya..

Aku sempat berkenalan dengan salah seorang ahli forum

yang aku kunjungi di internet. Dia telah hampir lapan

tahun mendirikan rumah tangga dan baru sahaja disahkan

hamil. Punca utama dia lambat memperoleh zuriat adalah

disebabkan period yang tidak teratur dan juga tekanan

perasaan. Dia turut berkongsi pengalaman di mana dia hampir

berputus asa kerana tidak tahan dengan tekanan dan sindiran

dari pelbagai pihak yang seakan menuduh dia tidak subur.

Akibatnya, dia sentiasa murung dan bertindak menyisihkan

diri dari orang ramai. Berat badannya juga semakin meningkat

kerana tidak menjaga pemakanan sehingga mengganggu

kesihatannya. Setelah jatuh sakit untuk tempoh yang agak

lama, dia nekad untuk bangkit dari mimpi ngeri. Dia menjalani

MamaPapa | Februari 2015

21

SEMBANG LAKTASI

Menyusukan Anak

Semasa Hamil -

Apa yang Ibu

Perlu Tahu?

Ibu hamil yang masih menyusukan anak sering

berada dalam dilema memilih antara untuk

meneruskan penyusuan atau memberhentikan

penyusuan. Jika diteruskan, bagaimana nasib

bayi di dalam kandungan, jika diberhentikan

pula, bagaimana dengan anak yang masih ingin

menyusu badan ini?

Oleh Noorharizah Azfar Binti Ali Bahrun

Terdapat banyak pendapat mengenai penyusuan semasa

hamil. Menurut La Leche League dan beberapa forum

keibubapaan online, menyusukan anak semasa hamil adalah

dibolehkan. Namun, sekiranya anda mahu meneruskan niat

tersebut, ada beberapa perkara yang ibu perlu bersedia

untuk lalui. Antaranya, perubahan fizikal dan emosi si ibu dan

hubungan bersama anak yang menyusu badan.

Keletihan merupakan gejala yang biasa sepanjang kehamilan,

tambahan pula apabila kita mempunyai anak kecil yang

sedang membesar. Ibu disarankan untuk kerap bercakap

dengan anak yang sedang menyusu badan bahawa mereka

bakal mendapat kawan baru yang sama-sama akan berkongsi

susu ibu. Sekiranya amalan sembilan bulan ini berjalan

dengan lancar, hubungan ibu, anak yang masih menyusu dan

bayi yang bakal dilahirkan akan lebih mudah dan akrab.

Bagaimanapun, bagi ibu yang berada pada kelahiran berisiko

biasanya dinasihatkan supaya berhenti menyusukan anak

kerana boleh menyebabkan kebimbangan dalam kes-kes

tertentu. Perkara yang sama berlaku untuk ibu-ibu yang

mengalami kelahiran pramatang. Ibu disarankan berbincang

dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat sekiranya mahu

meneruskan penyusuan. Secara ringkasnya, penyusuan susu

ibu tidak akan mengganggu kandungan anda.

Selamatkah Menyusukan Anak semasa Hamil?

Sesetengah orang bimbang bahawa penyusuan susu ibu

semasa mengandung akan menyebabkan keguguran atau

kelahiran pramatang. Ini adalah satu kebimbangan yang tidak

berasas dalam kebanyakan kes. Penyusuan tidak menyebabkan

kontraksi rahim, bagaimanapun pengecutan ini adalah

setanding dengan pengecutan disebabkan oleh rangsangan

seksual, orgasme atau apa-apa rangsangan puting.

Perubahan Fizikal

Kehamilan membawa kepada banyak perubahan fizikal dengan

sendirinya. Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan

juga akan memberi kesan semasa menyusukan anak nanti. Ada

kalanya ibu akan lebih beremosi sepanjang kehamilan mereka.

Namun, ibu harus belajar untuk mengawalnya agar tidak

menyebabkan ibu rasa tertekan dan tidak gembira sepanjang

proses menyusukan anak semasa hamil.

22 MamaPapa | Februari 2015

SEMBANG LAKTASI

Apa yang perlu diambil kira jika mahu meneruskan

penyusuan semasa hamil :-

1. Makan dan minum secukupnya. Ibu yang hamil

dan menyusukan anak memerlukan kalori

dan sumber makanan berkhasiat. Jumpa pakar

pemakanan atau doktor anda untuk

nasihat pemakanan.

Selain itu, salah satu isu utama yang kerap ibu-ibu hadapi

ialah sakit di bahagian puting payudara. Gejala awal

kehamilan ada kalanya menyebabkan sesetengah ibu

mengalami masalah susu ibu yang semakin sedikit ataupun

berkurangan. Biasanya masalah ini akan dapat diatasi selepas

beberapa minggu. Ibu disarankan untuk sentiasa bertenang

dan menikmati saat menyusukan anak semasa sedang hamil.

Senario ini tidak akan dirasai oleh semua orang dan kita

yang sedang melaluinya haruslah lebih tenang, gembira serta

penuh dengan rasa bahagia.

Minum air yang mencukupi, jaga pola pemakanan dengan

baik, berehat dan anda akan rasakan waktu penyusuan yang

lebih indah.

Ada dua pandangan yang akan saya kongsikan di sini iaitu dari

segi perubatan dan dari segi agama.

Dari segi agama, terdapat hadis yang menyebut pada awalnya

Rasulullah menegah untuk meneruskan penyusuan semasa

ibu mengandung kerana dibimbangi akan memudaratkan

bayi yang sedang menyusu dan bayi yang berada dalam perut,

Namun, apabila Rasulullah melihat semua itu hanyalah satu

perkara biasa dan tidak ada kesan tidak elok kepada anak,

maka baginda menarik balik hasratnya untuk menegah ibu

yang hamil menyusukan anak.

Manakala dari segi perubatan pula, penyusuan susu ibu tidak

boleh diteruskan seandainya ibu tersebut memiliki kriteria

seperti berikut :-

1. Berisiko dan pernah melahirkan bayi pra matang

2. Pernah mengalami keguguran

3. Mengalami pendarahan semasa hamil

4. Positf GBS Carrier

5. Dan lain-lain kehamilan yang berisiko tinggi

2. Kebiasaanya ibu akan berasa penat, baringlah

semasa menyusukan anak dan cuba untuk

lelapkan mata.

3. Puting akan lebih sensitif semasa awal

kehamilan, tarik nafas panjang-panjang jika

terasa kesakitannya.

4. Anak yang sedang menyusu tidak akan

mengambil hak adik di dalam perut ibunya

kerana, badan ibu tahu apa yang patut dihasilkan

dan apa yang patut diberikan. Usah risau

kolostrum yakni susu awal bayi diambil oleh

abang atau kakaknya.

5. Susu ibu akan mulai berkurangan ketika 4 bulan

dan punya rasa sedikit masin. Ada sesetengah

bayi/ anak yang akan mula menolak untuk

menyusu.

6. Jika menyusukan anak yang kurang dari setahun,

perhatikan berat badan. Boleh berbincang

dengan doktor/ pakar kanak-kanak mengenai

pemakanan dan diet sepatutnya.

Kesimpulannya, dapatkan nasihat daripada doktor/

pakar laktasi/ kaunselor laktasi yang bertauliah

mengenai hal ini. Hasrat untuk meneruskan

penyusuan sebenarnya bergantung kepada kesihatan

ibu, keadaan ibu dan risiko yang bakal terjadi jika

ibu memiliki masalah. Namun sebenarnya, jika ibu

sihat dan atas keizinanNya, tiada apa yang akan

membunuh/ memudaratkan bayi dalam kandungan

ibu. Banyakkan berdoa dan memohon semoga Allah

ringankan dan mudahkan hasrat tersebut.

Noorharizah Azfar ialah kaunselor laktasi terlatih di Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC) dan Pusat Laktasi Kebangsaan.

Beliau berpengalaman selama lima tahun dalam dunia asuhan alami dan aktif menulis di blog www.izzahazfar.blogspot.com yang

diwujudkan untuk berkongsi pengalaman sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata.

MamaPapa | Februari 2015

23

DUNIA LELAKI

Lelaki &

Ketidaksuburan

Teknologi konsepsi kini sudah begitu canggih dan pengendalian masalah kesuburan yang

dialami oleh kebanyakan pasangan kelamin, baik untuk isteri atau untuk suami amat

berkesan. Malah, kemungkinan mereka untuk menimang cahaya mata juga amat tinggi

dengan izin Tuhan. Oleh Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi

Jadi, mana-mana pasangan kelamin yang mendapati mereka

ketinggalan sedangkan kawan mereka sudah lama menimang

anak perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan

kesuburan secara komprehensif dan mendapat rawatan yang

sewajar. Mendiamkan diri bukanlah suatu jalan, sama juga

dengan memohon kepada Ilahi tanpa membuat apa apa.

Malah, tiada sebab kenapa setiap pasangan tidak mahu

berusaha sedangkan pelbagai cara dan kaedah rawatan

infertiliti sudah tersedia.

Mengikut unjuran terbaru tentang tahap atau kadar kesuburan

warga Malaysia, didapati kadar kesuburan telah menurun

dengan ketara. 10 tahun lalu kadar kesuburan berada pada

3% dan kini menurun kepada 2.2% yang juga menggambarkan

bahawa penduduk Malaysia kini dalam tahap bertukar

ganti (replacement level ), sekaligus berkemungkinan akan

menjunam ke peringkat negatif jika kesedaran tentang trend

ini tiada.

Mungkin sebab utama fenomena infertiliti berlaku ialah

kerana sebilangan besar pasangan berkahwin pada usia

yang meningkat (umur wanita lebih 26 tahun dan lelaki lebih

28 tahun) dan mereka memilih untuk merancang keluarga

kerana masih belum bersedia. Apabila mereka sudah bersedia

untuk berkeluarga, mereka dapati yang mereka sudah

terikat dengan tanggungjawab dalam kerjaya mereka dan

menghadapi kesukaran untuk merancang mendapatkan anak

kerana kurang masa untuk bersama. Sudahlah begitu, mereka

juga teragak-agak untuk berjumpa doktor dan membiarkan

masa berlalu tanpa berusaha untuk mendapat cahaya mata.

Masalah kesuburan atau ‘infertiliti’ kini sudah dikenal pasti

sebagai masalah kesihatan dan kini khidmat infertiliti terdapat

di semua hospital besar kerajaan dan hospital swasta.

Pasangan kelamin yang ketinggalan perlulah berjumpa pakar di

klinik fertiliti, hospital kerajaan atau swasta untuk pemeriksaan

lanjutan setelah menjalani pemeriksaan asas di klinik keluarga.

Pasangan suami isteri yang telah menjalani pemeriksaan asas

kesuburan dan si suami yang didapati ada masalah sperma,

iaitu mempunyai bilangan sperma yang kurang dan sperma

kurang aktif akan dirujuk kepada pakar Andrologis atau Urologis

untuk pengendalian masalah kesuburannya.

Memandangkan negara kita kurang Andrologis dan

Urologis yang pakar dalam pengendalian masalah

kesuburan lelaki, maka masalah infertiliti di kalangan

lelaki kurang dikendalikan, seakan terbiar tanpa apaapa

rawatan atau nasihat. Seharusnya, kaum lelaki

yang mendapati mereka mempunyai masalah sperma

jangan rasa tertekan. Dalam dunia yang serba IT,

mereka boleh memperolehi banyak maklumat dalam

internet tentang masalah infertiliti mereka.

24 MamaPapa | Februari 2015

DUNIA LELAKI

“Mungkin untuk permulaan, mereka perlu

tahu yang profil sperma tidak sama setiap kali

mereka melakukan ujian air mani. Isi padu air

mani mereka akan kurang jika mereka cuba

mengeluarkan sendiri dan tidak sama dengan isi

padu air mani ketika mereka bersetubuh!”

Lelaki perlu tahu yang kedudukan buah zakar dalam kerandut

dan di luar badan adalah berbeza. Memakai pakaian dalam

yang ketat atau seluar ketat atau duduk merapat peha dalam

jangka masa yang lama boleh membuatkan suhu dalam

kerandut buah zakar meningkat dan ini akan melemahkan

kilang sperma dan sperma!

Merokok, mendedahkan buah zakar ke persekitaran yang

panas seperti ‘sauna’, kolam air panas, mandi air panas,

meletakkan komputer riba di riba dan telefon bimbit dalam

poket seluar, sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan

sperma. Tabiat-tabiat ini boleh merendahkan keaktifan

sperma.Ubat ubatan tertentu juga boleh melemahkan sperma!

Malah, faktor persekitaran yang panas terik dan jerebu juga

mempengaruhi kualiti sperma.

Air yang tercemar dan udara yang tercemar memberi banyak

kesan negatif kepada lelaki berbanding perempuan! Obesiti

juga mempengaruhi kesuburan lelaki. Jadi, lelaki boleh

menggambarkan betapa sukar untuk lelaki zaman millenium

ini menjaga kesihatan kesuburan mereka jika dibandingkan

dengan lelaki zaman purba!

Suami yang mengalami masalah sperma (dari hasil ujian air

mani) perlu meneruskan pemeriksaan dengan doktor dan

mengikut nasihat doktor. Janganlah rasa putus asa. Mereka

perlu terus berusaha dan ikut nasihat doktor serta hadir untuk

pemeriksaan ulangan.

Lelaki yang obes perlu mengurangkan berat badan. Makanan

seperti sayur-sayuran; bunga kobis (cauliflower), brokoli

(broccoli), tomato dan bawang putih dan bawang merah dapat

membantu dalam menambah isipadu air mani.

Bagi lelaki yang ingin mencuba suplemen untuk membantu

menangani infertiliti mereka, mereka boleh mengamalkan

asid folate (dapat membantu memantapkan kualiti sperma)

dan zink (mengukuhkan struktur sperma) dan ekstrak tongkat

ali yang telah diuji kaji dapat meningkatkan isipadu sperma,

meningkatkan bilangan sperma dan keaktifan sperma.

Semua suplemen ini ada dijual di mana-mana farmasi.

Namun, lelaki perlu berwaspada membeli suplemen melalui

internet. Kebanyakan daripada suplemen yang kononnya

dapat menambahkan air mani atau meningkatkan sperma,

semuanya hanya omongan kosong. Kebanyakan suplemen ini

tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan mungkin

boleh memudaratkan kesihatan.

Yang paling mustahak ialah kedua-dua pasangan suami isteri

perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan

dengan berjumpa pakar dan meneruskan usaha untuk

menimang cahaya mata. Seperti yang telah dijelaskan pada

awal, rawatan infertiliti begitu canggih dan kadar pasangan

yang telah berjaya begitu banyak.

Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi

merupakan Pakar Kesihatan

Seksual dan Reproduktif dan

Andrologis (Pakar Sakit Tuan)

dari Hospital Damai.

MamaPapa | Februari 2015

25

#SEMBANGMAKAN

Mengidam:

Pilih Sihat@Ikut Hati?

Coklat atau jeruk? Lamb rack atau ikan masin? Mengunyah ais atau kerepek kentang? Wanita

hamil boleh secara tiba-tiba mengidamkan apa sahaja untuk dimakan. Terlihat saja iklan

aiskrim perisa baru di televisyen, atau melintasi dapur rumah jiran yang sedang menumis

asam pedas, dalam sekelip mata boleh membangkitkan keinginan untuk menikmati makanan

tersebut. Persoalannya, secara saintifiknya, adakah mengidam ada kaitan dengan kehamilan

atau hanya satu keinginan emosi semata-mata? Adakah mengidam itu boleh membahayakan

kesihatan? Apa yang harus dilakukan apabila seseorang wanita hamil mengidam?

Oleh: Nor Syahiza Binti Abd Kadir

“Mengidam” bermaksud keinginan yang tinggi terhadap

sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika hamil. Mengidam

boleh berlaku mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan

yang berbeza antara seseorang wanita. Kadangkala wanita

hamil mengidam bukan hanya makanan sahaja malahan

bahan bukan makanan seperti cat, petrol, dan lumpur turut

menjadi keinginan segelintir wanita hamil.

TAHUKAH ANDA?

Pica ialah keinginan

untuk makan makanan

yang tidak mempunyai

nilai nutrisi (no

nutritional value).

PUNCA MENGIDAM

Punca sebenar mengidam sesuatu jenis makanan semasa

hamil tidak diketahui. Namun terdapat beberapa teori yang

menjelaskan mengenai kaitan antara mengidam dengan

wanita hamil:

1

Perubahan deria rasa dan bau

Antara tanda pertama kehamilan adalah perubahan deria,

terutamanya deria rasa dan bau. Satu kajian yang dijalankan

ke atas wanita hamil menunjukkan 75% daripada mereka

mengalami perubahan pada kedua-dua deria ini. Ada dua

faktor utama yang menyebabkan keadaan ini.

Pertama, disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan.

Perubahan hormon yang berlaku seawal usia kandungan lagi

boleh menyebabkan perubahan pada deria rasa.

Kedua, satu kajian lain menyatakan pengembangan uterus

(rahim) yang berlaku semasa hamil mempengaruhi bahagian

otak yang mengawal deria manusia. Kedua-dua deria ini boleh

menjadi terlalu sensitif (over-stimulated) ataupun kurang

sensitif. Ini menyebabkan sesetengah wanita lebih cenderung

memilih makanan yang mempunyai rasa yang kuat (intense

flavor) seperti makanan yang masin dan masam contohnya

makanan segera dan jeruk. Bagi sesetengah wanita hamil

pula cenderung mengambil makanan yang manis disebabkan

oleh rasa pahit (metallic taste) di dalam lidah.

2

Kekurangan zat makanan tertentu

Sesetengah saintis berpendapat apabila wanita hamil

kekurangan sesuatu zat makanan, ia akan diterjemahkan

melalui keinginan untuk makan makanan yang mengandungi

zat tersebut. Contohnya, keinginan untuk makan makanan

seperti coklat dan keju mungkin disebabkan oleh kekurangan

kalsium atau lemak. Mengidam makanan masin seperti jeruk,

kerepek kentang atau makanan segera mungkin berpunca

daripada kekurangan garam dalam badan. Atau apabila tubuh

badan kekurangan zat besi, wanita hamil lebih cenderung

memilih daging atau kerang.

Namun harus diingat bukan semua makanan yang diinginkan

ketika hamil adalah disebabkan kekurangan zat makanan.

Kekurangan nutrisi ini tidak harus dijadikan alasan untuk

makan secara berlebihan.

26 MamaPapa | Februari 2015

#SEMBANGMAKAN

KESAN BURUK MENGIDAM

Harus diingat yang mengidam itu tidak membahayakan, asalkan

seseorang itu tidak berlebihan dalam memilih makanan dan

berupaya mengawalnya dengan baik. Namun begitu, mengidam

boleh menjadi bahaya dalam keadaan berikut:

1. Apabila seseorang wanita hamil mengidamkan satu jenis

makanan dan hanya mahu makan makanan tersebut. Ini

boleh menjejaskan kesihatan kerana setiap daripada kita,

sama ada hamil atau tidak perlu makan pelbagai jenis

kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan

2. Alkohol

3. Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/

ayam yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna

4. Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur

(unpasteurised milk)

5. Salad atau sayuran yang tidak dibasuh bersih

6. Pica atau mengidamkan bahan bukan makanan seperti

lumpur, petrol dan cat

APA PERLU BUAT?

Perkara yang paling penting ketika hamil ialah makan

secara sihat dan seimbang. Pelbagaikan jenis makanan

untuk memastikan kita mendapat semua jenis nutrisi yang

diperlukan oleh badan.

INFO

Makan mengikut piramid

makanan kerana setiap

kumpulan makanan mempunyai

zat nutrisi yang berbeza.

Kumpulan makanan Fungsi Contoh makanan

Karbohidrat

Membekalkan tenaga dan

mengandungi vitamin,mineral dan

serat yang diperlukan oleh badan

Nasi, pasta, tepung, biskut, mee,

bihun, roti

Sayur- sayuran dan buah- buahan

Sumber vitamin, mineral dan serat

Sayur-sayuran berdaun hijau,

sayuran berkanji dan buah-buahan

Protein

Protein diperlukan untuk membina

tubuh, kaya dengan vitamin B, zat

besi dan zink

Ikan, ayam, daging dan kekacang

Susu dan hasil tenusu

Sumber protein, kalsium dan

pelbagai jenis vitamin dan mineral

seperti vitamin A, riboflavin, bitamin

B12 dan zink untuk membina

tulang dan gigi yang kuat

Susu, keju, yogurt

Lemak, minyak, garam dan gula

Membekal tenaga serta zat-zat lain

yang diperlukan oleh tubuh dalam

kuantiti yang kecil

Minyak, santan, garam, gula,

madu, coklat

Perlu diingat bahawa keperluan sesetengah zat makanan seperti zat besi, asid folik dan kalsium adalah lebih tinggi ketika hamil.

Oleh itu, pengambilan suplemen yang disarankan oleh doktor adalah diperlukan.

Nor Syahiza Abd Kadir merupakan Pegawai Dietetik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

MamaPapa | Februari 2015

27

PERKEMBANGAN SI MANJA

0 - 12

bulan

10 Tips Urutan

Untuk Si Manja

Magis sentuhan terhadap bayi tidak dapat disangkal lagi. Sentuhan umpama terapi yang

mampu menyalurkan kasih sayang ibu bapa terhadap zuriat mereka. Apatah lagi kuasa

sentuhan juga diyakini dapat membantu dalam perkembangan dan tumbesaran bayi.

Justeru itu, siapkanlah meja mengurut atau bentangkan tikar bayi di atas tilam bersama

semangkuk kecil minyak bayi berasaskan mineral atau sayuran. NAZRAH NAZARUDIN

berkongsi dengan anda tips urutan mesra untuk si manja.

4. Sebaik-baiknya, urutan dilakukan dalam

keadaan bayi anda bertelanjang atau

dipakaikan lampin sahaja.

6. Gosokkan tangan anda dengan

beberapa titis minyak bayi atau

pelembap sebelum melakukan

urutan pada tubuh bayi. Elakkan

daripada menggunakan minyak

kacang, badam atau minyak yang

diproses daripada makanan bagi

mengelakkan kulit bayi alergik.

1. Pastikan emosi anda dan bayi dalam

keadaan baik sebelum memulakan

sesi mengurut. Hentikan urutan jika

bayi anda tidak selesa atau jika anda

dalam keadaan tertekan.

2. Pastikan bayi anda selesa. Lakukan

urutan di bilik yang sesuai dengan

pencahayaan yang malap. Pastikan

suhu bilik tidak terlalu sejuk dan

tidak terlalu panas.

3. Pilih masa yang sesuai untuk

mengurut bayi anda. Masa terbaik

mengurut adalah sebelum bayi

tidur, selepas bangun tidur dan

selepas mandi.

Tips

Anda boleh pasang alunan muzik

yang mendamaikan semasa sesi

urutan berlangsung.

5. Bagi urutan kali pertama,

mulakan tempoh urutan

selama lima minit sahaja

untuk menyesuaikan bayi

dengan teknik urutan.

Kemudian, barulah boleh

dilanjutkan tempoh dari 10

minit sehingga 30 minit.

Tips

Anda boleh mula mengurut bayi selepas

usianya mencecah dua bulan. Sesi

urutan boleh dilakukan sekali sehari.

Tahukah anda?

Ada bayi yang mungkin sensitif dengan

sesetengah minyak. Lihatlah pada

tanda-tanda reaksi alergik pada

kulit bayi anda.

7. Lakukan urutan dengan lembut.

Jangan urut bayi anda seperti anda

mengurut orang dewasa.

8. Elakkan daripada mengurut

bayi dengan minyak pada jarijarinya

kerana dia mungkin akan

mengulum jarinya selepas itu.

Jangan pula mengurut bayi pada

kawasan kemaluannya.

9. Bagi mengurut muka bayi, gunakan

hanya hujung jari untuk melakukan

urutan lembut pada wajah mereka.

10. Selesai mengurut, pakaikan bayi

anda lampin (jika dia bertelanjang)

dan dakaplah bayi anda bagi

memberikan sentuhan kasih

sayang terhadapnya.

28 MamaPapa | Februari 2015

1 - 2

tahun

PERKEMBANGAN SI MANJA

Kriteria Pilih

Lampin Pakai Buang

Semakin meningkat usia si manja anda, dia akan menjadi semakin lasak. Ketika ini,

ramailah ibu bapa yang mula mencari lampin baru yang sesuai mengikut usia dan

keaktifan anak mereka. Seiring dengan keaktifan bayi, ibu bapa perlu memilih lampin

yang sesuai yang dapat memberikan keselesaan kepada bayi mereka. Bersama

NAZRAH NAZARUDIN untuk mengetahui kriteria yang diperlukan bagi memilih lampin

pakai buang terbaik.

Lampin pakai buang sememangnya

menjadi pilihan utama ibu bapa

pada hari ini, terutamanya ibu yang

berkerjaya. Rata-rata ibu bapa

menggunakan lampin pakai buang

untuk bayi mereka bagi memudahkan

tugas. Tambahan pula, penggunaan

lampin pakai buang adalah lebih mudah

dan praktikal untuk bayi serta ibu bapa

terutama ketika di luar rumah.

Kebanyakan ibu bapa mengalami

masalah untuk memilih lampin pakai

buang yang betul untuk si manja.

Akibatnya, ada dua kemungkinan di sini,

sama ada ibu bapa akan menghentikan

penggunaan lampin yang tidak sesuai

dan membeli lampin yang baru atau

mereka terpaksa memakaikan si

anak dengan lampin yang telah dibeli

sehingga habis, sebelum membeli

jenama lain.

Sesetengah syarikat lampin pakai

buang memberikan pek percubaan

lampin secara percuma terutama jika

ada produk baru keluar.

Bagi mengelakkan dua-dua pihak (ibu

bapa dan bayi) ‘rugi’ di situ, adalah

disarankan supaya ibu bapa melakukan

dahulu perbandingan antara jenama

yang ingin dicuba. Bagi mencuba suatu

jenama yang baharu, belilah lampin

dalam pek kecil atau pek percubaan.

Bagaimana pula kriteria memilih lampin

pakai buang yang terbaik? Perlu diingat,

bukan semua bayi sesuai memakai

lampin pakai buang yang sama. Jika bayi

A sesuai memakai lampin jenama A, tidak

semestinya bayi B juga sesuai dengan

lampin jenama A. Perlu ada ‘try and error’

dalam memilih lampin pakai buang.

Selesa

Jangan memilih lampin yang terlalu

ketat atau terlalu besar dengan tubuh

bayi anda. Pilih lampin mengikut saiz

dan kebesaran bayi. Lampin pakai

buang kini tersedia dalam pelbagai saiz

dari saiz newborn, saiz kecil hingga saiz

besar. Terdapat dua jenis lampin pakai

buang iaitu lampin yang berpelekat dan

lampin sarung, yang berbentuk seluar.

INFO

Ketika bayi anda sudah boleh berdiri

dan berjalan, pilihlah lampin sarung

seperti seluar supaya tidak mengganggu

pergerakannya yang sedang aktif

meneroka persekitaran.

MamaPapa | Februari 2015

29

PERKEMBANGAN SI MANJA

1 - 2

tahun

Kering

Penting bagi anda untuk mencari

lampin yang mempunyai lapisan

cepat kering dan mempunyai ciri-ciri

perlindungan untuk mengelakkan

kebocoran. Lazimnya, anak kecil

yang aktif akan mengalami masalah

kebocoran di celah paha jika lampin

yang digunakan tidak sesuai. Justeru

itu, ibu bapa perlu mencari lampin

yang mempunyai lapisan dalaman

dapat menyerap dan mengunci cecair

supaya kulit bayi kekal kering. Cari juga

lampin yang mempunyai lapisan luar

beraliran udara bagi membolehkan kulit

bayi bernafas.

Mudah dipakai

Ada ibu bapa yang mengambil masa

yang lama bagi memakaikan anak

mereka lampin. Justeru itu, pilihlah

lampin yang senang dipakai mengikut

keaktifan bayi anda. Jika si manja

anda masih kecil, adalah lebih sesuai

jika dipakaikan lampin berpelekat

namun jika si manja sudah mula aktif,

carilah lampin seluar yang mudah

disarungkan. Namun, jangan cari yang

mudah tertanggal!

Harga

Tidak semua lampin yang mahal sesuai

untuk setiap bayi. Oleh itu, cubalah

teknik ‘try and error’ bagi mengetahui

kesesuaian lampin dengan bayi anda.

Tahukah anda?

Lampin yang basah boleh

menyebabkan bayi mengalami

ruam lampin. Tukar lampin

bayi tiga hingga empat jam

sekali. Jika ruam lampin terjadi,

sapukan kawasan kulit yang

terlibat dengan krim ruam

lampin. Pilih krim yang lembut

dan hipo-alergenik yang selamat

untuk kulit bayi.

Langkah-langkah

menukar lampin:

• Bersihkan tangan anda

• Buka lampin yang kotor

• Angkat kaki bayi. Buangkan lampin yang kotor

• Bersihkan kawasan kulit bayi yang terlibat

dengan menggunakan tisu basah (baby

wipes) atau kain basah

• Bersihkan kulit bayi dari depan ke belakang

• Setelah dibersihkan, biarkan seketika agar

kulit bayi boleh bernafas

• Jika bayi anda mengalami ruam lampin,

biarkan kulit bayi kering dahulu sebelum

disapukan krim ruam

• Selepas seketika barulah pakaikan bayi

lampin yang bersih

30 MamaPapa | Februari 2015

3 - 4

tahun

PERKEMBANGAN SI MANJA

Hindari Anak Takut

Tidur Sendiri

Normal bagi anak kecil untuk berasa takut

apabila tidur berseorangan. Tambahan

pula, jika dia sudah biasa tidur berteman

dengan ibu bapanya. Bersama NAZRAH

NAZARUDIN menyelusuri rahsia kanakkanak

takut tidur bersendirian.

Panduan berpisah tempat tidur

1 Teman tidur

Teman tidur bukan bermakna anda tidur bersama anak anda

sebaliknya anda temankan mereka tidur di bilik mereka dan

beredar selepas mereka tidur.

2 Hias kamar beradu

Hiasan dan dekorasi bilik turut menyumbang kepada minat

anak untuk tidur di bilik sendiri. Letakkan hiasan yang mereka

minati seperti kartun atau warna kegemaran mereka.

3 Tahu apa berlaku

Beritahu kanak-kanak, anda sentiasa mengetahui perkara

yang berlaku di bilik mereka. Contohnya, jika anak anda

terjaga dan menangis, anda akan pergi menjenguk di bilik

anak bagi menenangkan mereka.

INFO

Anda boleh letakkan alat pengawasan (baby monitor)

di bilik anak-anak bagi mengetahui aktiviti mereka

dan memastikan keselamatan mereka tidak kira

siang atau malam.

Usai usia anak tiga tahun, ibu bapa mula pening memikirkan

cara untuk berpisah tidur dengan anak. Mahu tidaknya,

setelah tiga tahun tidur bertemankan ibu bapa, bayi yang

kini sudah digelar anak kecil akan berasa kekok jika tiba-tiba

dibiarkan tidur sendirian di dalam bilik. Namun, ada juga ibu

bapa yang mengalah dengan anak mereka dan beranggapan,

tunggulah sehingga anak masuk ke prasekolah.

Kanak-kanak takut

Punca utama yang menyebabkan anak kecil tidak mahu

berpisah tidur dengan ibu bapa mereka adalah kerana takut.

Kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mempunyai tahap

imaginasi yang tinggi. Akibat terdedah dengan pelbagai

cerita yang ada di televisyen membuatkan mereka banyak

berimaginasi. Ada yang mungkin terbayangkan hantu,

binatang, penjahat dan bermacam-macam lagi yang bermain

di minda mereka.

Selain itu, kanak-kanak juga biasanya memang takut akan

kegelapan. Mereka tidak biasa tidur di dalam gelap seorang

diri kerana penglihatan mereka terbatas. Ketika inilah, minda

mereka mula membayangkan perkara yang pelik-pelik.

Walaupun jika bilik mereka berdekatan dengan ibu bapa,

namun mereka masih merasakan jauh kerana tidak dapat

melihat ibu bapa mereka.

4 Cahayakan bilik

Bagi mengelakkan anak takut pada kegelapan, anda boleh

nyalakan lampu tidur di bilik anak semasa mereka tidur. Lebih

elok jika lampu tidur yang dipasang mempunyai kuasa boleh

laras supaya anda boleh memalapkan lampu semasa mereka

sedang lena.

MamaPapa | Februari 2015

31

PERKEMBANGAN SI MANJA

5 - 7

tahun

Si Kecil Menipu?

Ada orang cakap kanak-kanak tidak pandai

berbohong. Apa yang dia nampak itulah yang

akan dia perkatakan. Benarkah begitu? Bersama

NAZRAH NAZARUDIN mengetahui perangai

kanak-kanak.

Kanak-kanak di peringkat usia ini semakin bijak berkata-kata.

Pergaulan mereka juga semakin meluas dengan rakan-rakan

di sekitar rumah mahupun di sekolah. Semakin banyak mereka

bergaul dan bertemu dengan orang, semakin banyak cerita yang

mereka dapat. Tidak dapat dinafikan ada kanak-kanak yang

sudah mula bercakap bohong, biarpun telah dididik sejak kecil

supaya tidak sesekali berbohong.

Antara sebab mereka mula belajar berbohong adalah kerana

takut untuk menghampakan ibu bapa. Contohnya, ketika

menyampaikan keputusan ujian mereka. Mereka takut untuk

memberitahu ibu bapa mengenai keputusan ujian mereka dan

akhirnya mereka belajar berbohong bagi menyelamatkan diri.

Selain itu, ada juga kanak-kanak yang berbohong bagi

mengelakkan didenda. Contohnya, anak takut untuk memberitahu

pasu bunga mama telah pecah kerana terkena bola. Disebabkan

takut dihukum, anak mengambil pendekatan untuk berbohong

atau tidak menyatakan kebenaran tentang hal pasu tadi.

Kanak-kanak juga akan berbohong apabila inginkan perhatian

daripada orang sekelilingnya. Contohnya, ada rakan-rakan

yang bercerita mengenai pengalaman pergi bercuti ke sesuatu

tempat dan mendapat perhatian ramai. Jadi, bagi mendapatkan

perhatian juga, si kecil akan turut

berbohong pernah sampai ke

tempat-tempat sedemikian.

Punca utama yang menyebabkan

kanak-kanak berbohong adalah

apabila melihat orang rapat di

sekelilingnya turut berbohong.

Hal ini membuatkan

mereka berfikir bahawa

perbuatan berbohong

itu tiada salahnya dan

dibenarkan kerana

ibu bapa atau adikberadik

mereka

juga berbohong.

Jika anak berbohong...

Pada mulanya, kanak-kanak takut untuk berbohong,

namun akan terbiasa jika tidak ditegur. Justeru itu,

ibu bapa seharusnya mengambil langkah awal jika

mendapati anak mereka sudah mula menipu. Amat

penting bagi ibu bapa untuk menunjukkan bahawa

amalan menipu itu tidak baik untuk diikuti. Antara

langkah untuk menghentikan tabiat berbohong anak

anda ialah:

Peraturan rumah

Jika sebelum ini anda tidak pernah mendedahkannya

tentang peraturan rumah, tibalah masa untuk anda

memberitahu mengenai perkara yang boleh atau

tidak boleh dilakukan di rumah. Nyatakan dengan

jelas bahawa setiap orang di dalam rumah perlu

bercakap benar.

Tunjuk contoh

Anak-anak adalah cermin diri ibu bapa. Tunjukkan

contoh yang baik kepada anak. Misalnya, jika anda tidak

dapat datang kerja, jangan gunakan alasan bohong

seperti anda demam di hadapan anak-anak anda.

Ingat! Tiada istilah tipu sunat

di mata kanak-kanak.

Beri amaran

Jika anda mendapati anak anda berbohong, jangan

terus menghukumnya sebaliknya berikan dahulu amaran

awal kepadanya. Contohnya, “Papa bagi peluang sekali

lagi untuk kakak beritahu hal sebenar. Jika Papa tahu

kakak menipu, kakak akan terima hukuman.”

Galakan

Setelah mendapatkan penjelasan daripada anak anda,

cubalah memujuknya dengan mengungkapkan katakata

pujian seperti, “Papa tahu pasti sukar untuk kakak

mengaku pecahkan cawan, tapi papa lebih suka jika

kakak berterus-terang.”

32 MamaPapa | Februari 2015

TERAPI KATA

Kenali Bahasa

Anak Kita

Kemahiran mendengar telah wujud sejak dari dalam

kandungan lagi. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, si

manja mula mempelajari untuk mengecam suara intonasi

ibu mereka. Perkembangan bahasa mereka juga berlaku

secara berperingkat dan ia berbeza mengikut kanak-kanak.

Oleh: Ruby Izyan Atika binti Abu Bakar

Analisis percakapan si kecil

Pada peringkat umur setahun lebih ini, kanak-kanak tidak

menyebut banyak perkataan, tetapi mereka boleh meluahkan

kehendak mereka dengan cara perbuatan. Contohnya

menunjuk, menarik tangan, membuat isyarat, menunjuk

memek muka dan bahasa tubuh yang lain.

Semakin meningkat umur kanak-kanak, perkembangan

bahasanya juga semakin bertambah. Jarang sekali ibu

bapa menganalisis percakapan anak mereka. Kebanyakan

ibu bapa hanya mencatat mengenai perkembangan anak

mereka mengikut usia seperti berdiri, berjalan dan menyebut

perkataan pertama.

Sebelum masuk umur setahun, kemahiran prapertuturan

kanak-kanak semakin kukuh. Kemahiran prapertuturan ini

termasuklah pandangan mata, daya tumpuan, memahami

giliran, meniru pergerakan dan sebutan, bermain dan

memadankan persamaan.

Segala-galanya berlaku begitu pantas dan tiba-tiba sahaja anak

mereka boleh bercakap banyak dan memeningkan kepala ibu

bapa. Sememangnya perkembangan kanak-kanak adalah fitrah

semula jadi manusia. Hanya apabila berlaku masalah sahaja,

barulah ibu bapa lebih memberikan tumpuan kepada setiap

fasa dalam peringkat perkembangan kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak masuk usia satu tahun, mereka mula

cuba untuk menyebut perkataan. Kebiasaannya dalam proses

itu, mereka banyak membuat bunyi-bunyi bebelan seperti

‘mamama, tatata, dadada” atau “mamadadama”. Malah,

mereka juga belajar meniru dari sebutan orang dewasa.

Contohnya apabila ibu menyebut “meow”, maka anak meniru

dengan menyebut “aw”.

Pada masa yang sama, daya kefahaman kanak-kanak juga

semakin berkembang pesat. Pada usia 1 tahun 8 bulan,

walaupun belum boleh menyebut banyak perkataan, tetapi

mereka boleh menunjuk dengan jelas. Ini termasuklah ahli

keluarga, barang harian, peralatan biasa di dalam rumah,

anggota badan dan gambar mudah di dalam buku.

Salah satu cara mudah untuk menilai percakapan anak

adalah melalui rakaman suara atau video. Pada zaman

serba canggih kini, dengan begitu mudah ibu bapa boleh

merakam video perbualan anak anda. Rakam secara

spontan sahaja. Bukannya dengan menyuruh anak

menyebut A hingga Z atau 1 hingga 10. Rakamkan

perbualan spontan anak anda. Ada pelbagai situasi

yang boleh menggalakkan perbualan spontan. Contohnya

semasa di taman permainan, ketika anak sedang

membelek buku, bergaduh dengan adik-beradik lain atau

ketika anak bermain dengan permainan yang baru dibeli.

MamaPapa | Februari 2015

33

TERAPI KATA

Selepas merakam perbualan spontan anak anda,

perhatikan perkara-perkara berikut:

1. Berapa jumlah perkataan yang digabungkan

dalam satu ayat?

• Contohnya “Nak nasi” dikira sebagai dua

perkataan. “Nak ikut ayah pergi kedai” dikira

sebagai lima perkataan

2. Jenis ayat yang diucapkan.

Contohnya:

• Ayat tanya: “Apa tu?”

• Ayat perintah: “Duduk sini.”

• Ayat nafi: “Tak nak”

• Ayat penyata: “Ini adik punya.”

3. Kategori perkataan yang digunakan:

• Kata nama: “adik, mama, Tok Ma, abang”

• Kata kerja: “mandi, basuh, tembak, buang”

• Kata sifat: “merah, busuk, besar, laju”

• Kata hubung: “sebab, yang, jadi”

• Kata soal: “mana, kenapa, siapa”

4. Kemahiran bercerita

• Susunan jalan cerita

• Penglibatan watak

• Kebolehan untuk kekal pada topik yang sama

• Kemahiran menjawab soalan berdasarkan

ceritanya sendiri

Ikut rentak bahasa

Semakin anda memahami bahasa anak anda, semakin mudah

untuk anda membantu mereka mengembangkan kemahiran

bahasa yang dimilikinya. Contohnya, anak anda baru peringkat

menyebut ayat pendek (dua patah perkataan dalam satu ayat),

maka anda juga mestilah bercakap dengan ayat yang pendek

juga apabila bersama dengan anak (tiga patah perkataan dalam

satu ayat). Jika anda tidak menurunkan tahap percakapan,

anak anda akan berasa susah, keliru dan tidak berupaya untuk

berkomunikasi dengan ibu bapanya sendiri.

mama~

susu

Selain itu, jika anda perhatikan ayat anak anda tidak tersusun,

melalui analisis mudah begini, anda dapat melihat secara jelas

apakah kategori perkataan yang belum dikuasai. Adakah anak

anda kekurangan kosa kata dalam kategori kata sifat (laju,

tinggi, kecil, sejuk)? Adakah disebabkan kekurangan itu, maka

ayatnya sangat ringkas berbanding dengan rakan sebaya yang

lain? Dengan pengetahuan tersebut, maka ibu bapa dapat

menumpukan kepada sasaran perkataan yang ingin ditekankan

dalam komunikasi harian bersama anak.

Jumlah perkataan dan kemahiran bahasa kanak-kanak sentiasa

berkembang dari sehari ke sehari. Kanak-kanak yang mengalami

pengurangan perkataan atau hilang perkataan adalah merupakan

petanda awal kepada masalah pertuturan bahasa. Sekiranya

ibu bapa merasakan anak anda lewat bercakap, atau mungkin

berbeza dari perkembangan pertuturan rakan sebayanya, maka

segeralah bertindak. Bawalah anak anda berjumpa Pegawai

Pertuturan yang berhampiran. Kebanyakan hospital pakar

kerajaan kini mempunyai perkhidmatan ini. Lakukan penilaian

dan intervansi awal. Mencegah dari awal adalah jauh lebih baik

berbanding menanggung risiko yang tidak pasti.

Ruby Izyan Atika merupakan graduan Sarjana Muda Sains Pertuturan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai Ahli Terapi

Pertuturan Bahasa, beliau membuka pusat Ruby Speech Therapy di Sungai Petani, Kedah bagi membantu para ibu bapa memahami

perkembangan pertuturan anak mereka. Beliau juga aktif menulis di laman rubyatika.wordpress.com.

34 MamaPapa | Februari 2015

KONGSI PETUA

Bayi

Kembung Perut

Bayi menangis berterusan tanpa diketahui sebabnya. Mungkin ini tandatanda

masalah kembung perut. Cubalah cara tradisional untuk merawat

masalah kembung perut bayi.

• Layurkan dua helai

daun sirih pada api dan

sapukan dengan sedikit minyak

kelapa. Biarkan sehingga suamsuam.

Kemudian tuamkan pada

sekitar perut, ari-ari dan sekitar

kemaluan bayi (elok bagi bayi

lelaki yang kerap diserang

angin pasang)

• Tumbukkan bawang

kecil sehingga keluar

air dan sapukan pada

pusat bayi

• Masukkan dua atau

tiga biji lada hitam dan jintan

manis ke dalam kain. Ikat kain

seperti sup bunjut. Panaskan

ikatan kain di atas tudung

periuk. Setelah agak-agak

suam boleh tuamkan

pada perut bayi

• Biarkan bayi

meniarap dengan

keadaan perutnya di

atas lutut anda dan

gosok belakangnya

dengan lembut sambil

mengenjut lutut anda

perlahan-lahan

• Setiap kali selepas

menuam, sapukan

minyak bayi pada

perut, peha, tapak

kaki, pelipat tangan

dan bahagian belakang

pinggang bayi

MamaPapa | Februari 2015

35

BACAKAN!

Ayam yang

Cici ialah

seekor ayam betina

yang sangat cantik. Bulu Cici

yang cantik menjadi bualan ayam-ayam

yang lain. Cici menjadi rebutan semua ayam

jantan yang berada di dalam reban Pak Epi. Tetapi Cici

sangat sombong. Cici tidak mahu bergaul dengan ayamayam

betina yang lain.

Cici mempunyai lima ekor anak, tetapi Cici hanya

menjaga seekor anaknya yang paling cantik iaitu

Mimi. Mimi mempunyai bulu yang cantik berwarna

keemasan. Cici sangat menyayangi Mimi. Empat ekor

anaknya yang lain diabaikan.

Pada suatu hari Cici membawa Mimi mencari makanan, empat anaknya yang lain

juga turut serta. “Ibu, kami lapar…” kata anak-anak Cici yang lain. “Carilah makanan kamu sendiri, aku

sedang mencari makanan untuk Mimi,” kata Cici dengan nada yang tinggi. Mimi hanya menjeling adik

beradiknya yang lain sambil duduk beristirehat di tempat yang teduh.

“Tapi ibu, kami juga anak-anak ibu,” sambung anaknya lagi. “Kamu bukan anak aku! Kamu tidak cantik

seperti aku! Lihatlah bulu aku yang cantik ini. Hanya Mimi yang mempunyai bulu cantik seperti aku!” kata Cici

dengan marah dan menghalau anak-anaknya yang lain pergi dari situ.

“Sampai hati ibu buat kami begini,” kata anak-anak Cici dan terus berlalu pergi sambil menangis teresakesak.

Empat ekor anak ayam yang malang itu berjalan tanpa arah tujuan. Tiba-tiba seekor dari mereka

terlanggar seekor lembu yang sedang meragut rumput.

“Kenapa kamu menangis wahai anak ayam?” soal sang lembu. “Kami

sedih sang lembu, ibu kami menghalau kami kerana kami

tidak secantik adik kami,” kata salah seekor anak

ayam itu.

36 MamaPapa | Februari 2015

BACAKAN!

Sombong

“Kasihan aku melihat kamu wahai anak ayam, biarlah aku

menjaga kamu semua, aku juga tinggal sendirian di sini,”

pelawa Sang Lembu. Anak-anak ayam berasa sangat gembira

kerana mereka sudah ada tempat tinggal yang baru.

Pada suatu hari, Cici membawa Mimi bersiar-siar di tepi tasik. Cici

melihat keluarga itik sedang beristirehat di situ. Cici menghampiri itik-itik tersebut dan

menceritakan tentang kecantikan anaknya Mimi. Semua itik di situ berpandangan antara satu sama

lain. Tiba-tiba seekor daripada itik itu berkata, “Anak kamu memang sangat cantik, tetapi di sini

sangat bahaya, ramai kanak-kanak yang bermain di sini. Mereka suka mengganggu kami, anak aku

juga telah dibawa pergi oleh mereka,” kata itik itu dengan sedih.

Namun, Cici tidak mempedulikan kata-kata itik tersebut. Cici berlalu pergi. Tiba-tiba sekumpulan kanakkanak

datang. “Lihat ada ayam di sini! Wah cantiknya anak ayam itu! Mari kita tangkap anak ayam itu!” Cici

terkejut dan cuba melarikan diri dengan Mimi. Namun, Mimi berjaya ditangkap oleh kanak-kanak tersebut. Mimi

menjerit, “Ibu! Ibu! Tolong Mimi,” namun suara Mimi semakin jauh, Cici pula tercedera kerana terlanggar batu di tepi

tasik itu. Cici menangis teresak-esak dan pulang ke rebannya dengan sedih.

“Kenapa kamu menangis Cici,” tanya seekor ayam betina di situ. “Anak aku Mimi telah dilarikan orang…” Cici menangis

lagi. “Tapi, kamu kan masih mempunyai empat ekor anak yang lain?” soal ayam itu lagi. “Aku telah menghalau mereka,

kerana mereka tidak secantik Mimi. Aku menyesal” kata Cici dengan perasaan hampa dan menyesal.

Anak-anak Cici yang lain terus hidup gembira bersama sang lembu. Cici pula masih menanti Mimi pulang. Setiap petang

Cici akan pergi ke tepi tasik menunggu Mimi, namun setelah beberapa bulan menunggu, Mimi tidak dijumpai. Cici sangat

menyesal di atas perbuatannya selama ini, kerana kesombongannya Cici kehilangan kesemua anak-anaknya.

Pengajaran:

Allah menjadikan setiap makhlukNya

pelbagai bentuk dan rupa, setiap

daripadanya mempunyai keistimewaan yang

tersendiri. Janganlah kita menilai peribadi

seseorang melalui paras rupa sahaja,

sebaliknya nilailah mereka daripada hati dan

budi pekerti.

oleh: Noraini Ismail

Penulis merupakan graduan bidang Pendidikan

Awal Kanak-kanak dari Universiti Pendidikan

Sultan Idris dan kini berkhidmat sebagai guru

tadika di Lembah Klang. Penulis aktif menulis

di blognya, ainismaira87.blogspot.com

MamaPapa | Februari 2015

37

RESIPI PILIHAN

Menu Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina! Tatkala satu keluarga menikmati makan besar, bagaimana pula

dengan anak kecil anda? Sediakan hidangan istimewa untuk si kecil dan menu ini juga

sesuai dimakan seisi keluarga.

Sup Sayur & Ayam bersama Mee Sua

Mee Sua adalah makanan utama yang penting dalam perayaan

masyarakat Cina. Ia juga dikenali sebagai “mi lanjut usia”, disebabkan

itulah ia menjadi makanan penting semasa menyambut Tahun

Baru Cina dan hari kelahiran.

Chicken Dumplings

Bahan-bahan

• 200 g ayam

(dicincang halus)

• 1 tangkai kacang

buncis (dipotong)

• ½ tangkai daun

bawang (dipotong)

• ½ cawan puri labu

• ½ cawan puri ubi kentang

• Kulit dumpling (boleh dibeli

terus di kedai/ pasar raya)

• 2 cawan tepung serbaguna

• ½ cawan air

Bahan-bahan

• ½ potong Mee Sua (pecah-pecahkannya dan rendam selama

10 minit)

Bahan-bahan sup

• 100 g ayam (dicincang halus)

• 100 g labu (potong kiub)

• 100 g lobak merah (potong kiub)

• 1 tangkai sayur bok choy (basuh dan potong)

Cara penyediaan

Sup Sayur & Ayam

1. Rebus labu dan lobak merah bersama dua cawan air selama

20 minit atau sehingga masak

2. Masukkan ayam yang dicincang dan bok choy. Kacau sekejap

dan biarkan mendidih selama lima minit

3. Sebaik sahaja masak, kisar dan ketepikan

Mee Sua

1. Didihkan tiga cawan air. Masukkan Mee Sua dan rebus selama

dua minit

2. Tapis Mee Sua

3. Campur Mee Sua bersama sup sayur & ayam tadi. Hidangkan

Cara penyediaan

1. Sediakan kulit dumpling

2. Campurkan ayam, kacang buncis, daun bawang dan puri.

Uli menggunakan tangan anda. Pastikan tekstur tidak

terlalu lembik (jika lembik lapkan tangan dengan kain).

Biarkan di dalam peti sejuk selama 30 minit

3. Masukkan satu sudu teh ayam ke bahagian tengah kulit

dumpling dan tutup seluruh initi ayam (seperti buat

karipap). Basahkan tangan anda dengan sedikit air untuk

menutup kulit dumpling. *Jika anda buat sendiri kulit

dumpling, anda tidak memerlukan air untuk menutup kulit

4. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan dumpling

ke dalam air mendidih dan tutup periuk. Jika dumpling

terapung, itu tandanya dumpling anda sudah masak.

5. Hidangkan di dalam piring

Kulit dumpling

1. Campurkan tepung dengan air dan uli kira-kira 20

hingga 25 minit atau sehingga doh lembut. Asingkan

doh kepada dua bahagian dan gulung membentuk

silinder (kira-kira diameter 1 inci). Setelah siap,

tutup dengan tuala basah dan ketepikan selama

setengah jam

2. Bagi menyediakan kulit, tabur ruang masak anda

dengan tepung. Potong doh kepada ¼ inci panjang

3. Dengan menggunakan penggolek, anda ratakan kulit

membentuk diameter 3 inci

38 MamaPapa | Februari 2015

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sains & Math untuk

Kanak-kanak

Segelintir ibu bapa tidak begitu

menekankan pembelajaran sains &

matematik kepada kanak-kanak kerana

memikirkan anak kecil tidak wajar diajar

mengenai perkara fakta dan rumit.

Benarkah tanggapan berikut? Bersama

DR. NORDIN MAMAT bagi mengetahui

kepentingan pendedahan awal sains &

matematik kepada kanak-kanak.

Sains dan matematik adalah dua subjek teras yang begitu

ditekankan kepada pelajar di sekolah. Bagaimanapun, tidak

semua pelajar berupaya menguasai dua subjek ini, antaranya

disebabkan kurang minat terhadap fakta dan formula yang

perlu diingati untuk subjek tersebut.

Tahukah ibu bapa sebenarnya penguasaan terhadap sains &

matematik perlu bermula sejak awal lagi sebagai pendedahan

kepada mereka?

Berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

melalui awal sains dan awal matematik, kanak-kanak

berupaya menjalankan penyiasatan mudah dengan

bimbingan, mempraktikkan kemahiran proses sains asas,

mempraktikkan penaakulan dalam penerokaan yang mudah,

serta mempertingkatkan sikap ingin tahu.

Jean Piaget merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang

mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak.

Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu

kanak-kanak menyesuaikan diri terhadap persekitaran.

Faham konsep matematik

Bagi pengajaran matematik, ibu bapa dan guru seharusnya

memberi perhatian terhadap peringkat operasi konkrit kerana

kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik

melalui cara konkrit. Justeru itu, penggunaan alat bantu

mengajar seperti alat mainan dan bahan maujud memainkan

peranan penting dalam menyampaikan konsep matematik

dengan berkesan.

Kebanyakan kanak-kanak gemar menghafal apa yang diajar

kepada mereka tanpa memahami konsep matematik yang

sebenar. Oleh itu, kebanyakan mereka kurang mampu

dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan

simbol matematik yang dipelajari. Untuk itu, bimbingan perlu

dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Pengajaran mengenai

matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang

sebenar dan simbol matematik pula harus dikaitkan dengan

contoh yang konkrit.

Pemahaman sains dan matematik lebih berkesan jika

dilakukan dalam aktiviti atau permainan. Jean Piaget

mengatakan bahawa adalah penting jika kanak-kanak

didedahkan dengan pengetahuan matematik yang tidak

formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.

INFO

Semasa kanak-kanak bermain, mereka akan

menggunakan istilah-istilah matematik seperti

lebih tinggi, lebih rendah, segi tiga dan bulat.

Proses pembelajaran tidak formal seperti

ukuran, ruang, bentuk dan geometri juga

berlaku semasa bermain.

MamaPapa | Februari 2015

39

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Mulakan dari rumah

1

Bilang

Antara asas matematik yang boleh dipraktikkan di

rumah adalah konsep nombor seperti menyebut nombor

1 hingga10 dan membilang objek 1 hingga 10 boleh

dilakukan bersama anak-anak di rumah. Aktiviti-aktiviti ini

boleh dibantu dengan buku-buku kerja di rumah. Sekiranya

anak-anak berjaya, teruskan dengan membilang terus dari 10

hingga ke 20 dan seterusnya.

2

Operasi Nombor

Biasakan kanak-kanak dengan operasi nombor

seperti operasi tambah dalam lingkungan 10 dengan

gabungan dua set objek atau operasi tolak dengan

mengeluarkan objek dari himpunan dan membilang baki. Sila

gunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tolak.

Contoh, ambil dua gula-gula daripada empat gula-gula tinggal

dua gula-gula.

3

Kegiatan Harian

Kadang-kadang, secara tidak sedar kita juga mengajar

nilai wang kepada anak-anak, contoh memberikan

wang untuk mereka membeli gula-gula. Kanak-kanak

belajar mengecam nilai duit yang berlainan nilai. Begitu juga

dengan konsep waktu iaitu memahami waktu dalam konteks

kehidupan seharian seperti pagi, petang, malam atau jam,

minggu, bulan dan tahun.

4

Pemerhatian

Membimbing kanak-kanak membuat pemerhatian ke

atas objek dan fenomena alam di persekitaran seperti

memerhati dan mengenal warna-warna dan bentukbentuk

di persekitaran. Contoh, perubahan warna daun,

perubahan air minuman dan perubahan warna awan pada

cuaca berlainan. Amalan ini berlaku dalam kehidupan harian

kita, mungkin kita boleh berbual dengan anak-anak tentang

objek-objek di persekitaran dan mengenal saiz seperti besar,

kecil, panjang, pendek, tinggi, rendah, tebal, dan nipis.

Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara,

mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam

pembelajaran. Kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara

menjadi semakin baik.

Melalui bermain kanak-kanak dibimbing supaya menyiasat

alam hidupan dengan mengenal pasti bahagian tubuh

badan utama (kepala, mata, hidung, mulut, gigi, telinga,

rambut, kaki, jari, tangan). Biasakan dia dengan

menyiasat organ deria (mata, hidung, telinga, lidah, kulit)

dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini. Malah

boleh juga menggalakkan anak-anak menyelesaikan

masalah kehidupan harian secara hands-on. Contohnya,

menjalankan aktiviti untuk menyelesaikan masalah harian

yang mudah seperti menyejukkan minuman yang panas.

Malangnya, ramai ibu bapa, guru dan pengusaha pusat

pendidikan awal kanak-kanak menganggap kaedah

bermain kurang penting dan menekankan fokus kepada

pencapaian akademik. Kesannya, banyak program

pendidikan awal kanak-kanak menggunakan kaedah

melatih tubi dan mengabaikan aktiviti bermain dalam

kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

Secara umumnya, kanak-kanak perlu didedahkan kepada

alam sains dan matematik bermula di rumah lagi. Ibu bapa

dan guru seharusnya menjadikan bahan konkrit sebagai

bahan pengajaran bersama anak-anak dan menggalakkan

kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam

pembelajaran matematik. Ibu bapa juga perlu memastikan

rangsangan yang boleh memotivasikan anak-anak untuk

belajar sains dan matematik serta membudayakan awal

sains dan awal matematik dalam kehidupan harian

bersama anak-anak.

Tahukah Anda?

Konsep belajar melalui bermain menyediakan satu

platform bagi kanak-kanak meneroka isi pelajaran

secara interaktif dan menyeronokkan.

Bermain adalah pengalaman yang terbaik dan menjadi

keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui

aktiviti bermain, kanak-kanak belajar tentang persekitaran

dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan

yang menggembirakan.

Penulis merupakan Pensyarah Kanan

dan Ketua Jabatan Pendidikan Awal

Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan

dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjong Malim, Perak.

40 MamaPapa | Februari 2015

AKTIVITI

3 Aktiviti Mesti Cuba

Bersama Anak Kecil

Masih tercari-cari aktiviti hari minggu yang boleh dilakukan bersama anak? Tentunya ibu bapa

inginkan aktiviti yang bukan sahaja dapat memberi keseronokan kepada anak, bahkan juga

dapat merangsang perkembangan mental dan fizikal mereka. Bersama NAZRAH NAZARUDIN

mengintai aktiviti mudah untuk anak-anak kecil di program Haikal Outdoor Playgroup.

Foto: Hafify Zulhaimy Hashim

Sidai Baju

Anak kecil disuruh untuk sidai baju? Bukan!

Aktiviti Sidai Baju atau Clothesline Game ini perlu

menggunakan penyepit baju dan kertas. Kertas

yang digunakan bolehlah dilukis membentuk

pakaian seperti baju, skirt atau stoking.

Mula-mula, anda perlu melatih anak untuk tekan

penyepit baju dan sepitkan di ampaian buatan.

1

Menariknya, aktiviti ini dapat merangsang otak,

kemahiran motor dan sentuhan serta melatih anak

mengawal pergerakan tangan mereka.

Main Pasir

Takut anak anda akan

kotor jika bermain pasir?

Usah risau kerana pasir

kinetik atau kinetic sand

yang dijual adalah selamat

untuk kanak-kanak, selain

bersifat lembut dan elastik.

Dengan membiarkan

2jari-jemari anak anda

menyentuh tekstur pasir,

mengepal ataupun

membentuk pasir,

perkembangan deria

sentuhan mereka akan

meningkat.

Cop Mohor

Kanak-kanak suka menconteng bukan? Apa kata jika anda

berikan mereka kuasa menconteng. Tetapi bukan dengan

berus lukisan atau pensel warna! Berikan mereka peluang

untuk men'comot'kan diri dengan mengoleskan warna air

pada jari atau telapak tangan mereka dan ‘cop’kan di atas

kertas lukisan.

Bagi kanak-kanak yang

tidak biasa bermain

kotor, mungkin mereka

akan rasa kekok pada

mulanya. Namun, lamakelamaan

mereka akan

seronok melihat hasil

kreatif tangan mereka itu.

Aktiviti finger painting

ini dapat merangsang

3

kemahiran motor anak

Selain itu, bermain pasir juga dapat membantu dalam selain dapat membantu

mengasah kemahiran motor kanak-kanak. Daya

anak mengekspresikan

tumpuan dan fokus anak-anak juga akan meningkat. emosi mereka.

Terima kasih kepada penulis blog saatakukaupilih.blogspot.com, Adlil Rajiah Nasir dan pasukan Haikal Outdoor Playgroup (#HaikalOPG)

MamaPapa | Februari 2015

41

E-PINTAR

5 Aplikasi Bedtime Story

Lupa untuk membeli buku cerita baru untuk anak anda? Usah risau kerana buku

cerita kini boleh anda dapati di hujung jari anda sahaja. Dodoikan anak anda

dengan cerita-cerita menarik sebelum tidur. Bersama NAZRAH NAZARUDIN

menyenaraikan lima aplikasi bedtime story untuk si manja anda!

Aplikasi

Percuma

Children’s Bedtime Stories

Aplikasi percuma cerita kanak-kanak ini

dipenuhi dengan teks dan gambar yang

berwarna-warni. Bacakan kepada anak anda

tentang kisah dongeng popular sementara

menantikannya tidur. Aplikasi ini mengandungi

koleksi kisah dongeng terkenal seperti

Goldilocks and the Three Bears, Beauty and

the Beast, Cinderella, The Ugly Duckling, Little

Red Riding Hood, Sleeping Beauty, Snow White

dan The Frog Prince.

Rangsang minda anak anda dengan

memperkenalkan aplikasi hebat yang terdapat

dalam perisian Android. Keluaran kali ini

membawakan kepada anda aplikasi bedtime

story untuk bayi hingga kanak-kanak

berumur 7 tahun.

Aplikasi

Percuma

35 Picture Stories for Kids

Aplikasi ini mengandungi 35 cerita bergambar

untuk kanak-kanak. Bukan sahaja sesuai

untuk kanak-kanak, anak kecil anda juga

pasti akan sukakannya kerana grafik yang

digunakan sangat menarik. Setiap penceritaan

turut dihiasi dengan gambar interaktif,

pastinya membuatkan si manja anda teruja.

Aplikasi

Percuma

Cerita 25 Nabi

Semaikan kecintaan anak kecil anda

terhadap Islam dengan memperdengarkan

kisah nabi. Aplikasi Cerita 25 Nabi ini

sangat sesuai dibacakan kepada kanakkanak

sebagai didikan awal untuk mereka

mengenali Islam.

Aplikasi

Percuma

Cerita Rakyat Lite

Perdengarkan kepada anak anda himpunan

cerita rakyat yang terkenal bagi masyarakat

Melayu. Kanak-kanak pasti seronok untuk

mengikuti cerita haiwan, dongeng dan watakwatak

legenda terkenal. Dipersembahkan

menerusi grafik dan animasi yang menarik,

pastinya aplikasi ini memberikan pengalaman

pembelajaran yang menghiburkan buat

kanak-kanak.

Aplikasi

Berbayar:

RM3.50

Goodnight Mo Bedtime Book

Aplikasi Goodnight Mo ini adalah buku cerita

sebelum tidur yang amat menyeronokkan.

Dengan animasi yang cantik dan alunan

muzik yang mendamaikan, aplikasi ini pasti

dapat menghiburkan anak anda. Direka untuk

anak kecil berusia 15 bulan sehingga 3 tahun

lebih, aplikasi Goddnight Mo mengandungi

pengalaman 3D sepenuhnya, menjadikan ia

ibarat membaca buku sebenar.

42 MamaPapa | Februari 2015

KLIK-KLIK

Si Manja Kering dan Selesa

SUBANG JAYA - Seiring dengan hasrat untuk membantu

bayi mendapatkan masa bermain dan tidur yang berkualiti,

jenama lampin bayi terkemuka negara, PETPET melancarkan

kempen ‘Siang & Malam, Si Manja Dilindungi’.

Kempen tersebut bertujuan untuk mendapatkan masa tidur

dan bermain yang tidak terganggu bagi membantu bayi

mencapai pembelajaran yang lebih baik.

Melalui kempen tersebut, ibu bapa berpeluang berkongsi

pengalaman bersama jurucakap PETPET, Dynas Mokhtar

yang juga ibu kepada dua anak, tentang penyelesaian

mendapatkan waktu bermain dan tidur bayi dengan

menggunakan lampin PETPET Day Tape dan Night Tape.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Disposable Soft Goods (M)

Sdn Bhd, Low Chooi Hoon berkata, teknologi yang terdapat

pada lampin PETPET membolehkan bayi kekal kering dan

selesa untuk masa yang lama supaya waktu tidur dan waktu

bermain mereka tidak terganggu.

ECiM Rai Pembukaan di Bandar Enstek

NILAI - Berpengalaman lebih 150 tahun dalam melahirkan ramai

pelajar cemerlang dalam bidang sains dan perubatan, Epsom

College in Malaysis (ECiM) meraikan pembukaan rasminya di

negara ini pada Disember lalu.

Terletak di tengah-tengah kawasan hijau semula jadi di Bandar

Enstek, Negeri Sembilan, ECiM diperincikan dengan kemudahan

berteknologi tinggi dan menerapkan persekitaran gaya British,

sesuai dengan kebanggaan warisan pendidikannya yang dibawa

dari United Kingdom.

Pengerusi Lembaga Pengarah ECiM, Tan Sri Dr Tony Fernandes,

dalam ucapannya semasa perasmian pusat pendidikan

itu berkata, pembukaan ECiM di negara ini bukan sahaja

melambangkan kemenangan untuk Epsom College dan

pendidikan di Malaysia, bahkan juga menjadi tanda kemenangan

untuk semua keluarga di serata Asia.

Dibuka sejak September 2014, ECiM menjadi pilihan ramai ibu

bapa serata Asia, yang menawarkan pendidikan bertaraf dunia,

kurikulum British yang mencabar pelajarnya untuk mendapatkan

pencapaian cemerlang.

Nippon Paint Bantu Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

KUALA LUMPUR - Peneraju cat mesra alam, Nippon Paint (Malaysia)

Sdn Bhd melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat

(CSR) mereka dengan menganjurkan pameran Colourful Dreams

Art by Children, for Children.

Pameran yang julung kali diadakan itu adalah bagi menangani

cabaran masa depan yang akan dihadapi oleh kanak-kanak yang

kurang bernasib baik.

Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint (M) Sdn. Bhd, Gladys Goh

berkata, pameran seni ini merupakan landasan untuk mengumpul

dana permulaan melalui karya seni untuk kanak-kanak tersebut.

“Selaras dengan wawasan kami untuk ‘mencipta keceriaan hari ini,

demi impian hari esok’, dana yang diterima hasil daripada pameran

ini sedikit sebanyak dapat membantu mencetuskan impian besar

dalam diri kanak-kanak, di samping menyediakan bantuan kewangan

apabila tiba masanya untuk mereka hidup berdikari,” katanya.

Lebih 180 karya seni asli yang dihasilkan oleh kanak-kanak dari

Rumah Juara, Rumah Kasih Harmoni dan Yayasan Gurpuri dipamerkan

di pusat membeli-belah Avenue K.

MamaPapa | Februari 2015

43

Advertorial

PERCUMA

Kalencom 2-in-1 POTETTE Plus bernilai RM69.90

satu set untuk 40 pelanggan pertama!

Kalencom 2-in-1 POTETTE Plus mempunyai fungsi dua dalam satu sebagai

tandas mini mudah alih dan tempat duduk anak kecil yang sedang berlatih

untuk menggunakan tandas. Setiap Potette Plus didatangkan dengan tiga

pelapik pakai buang yang mudah dibuang selepas digunakan. Tandas mini ini

juga boleh digunakan ketika di rumah atau pergi bercuti. Bawalah tandas

mini ini ke mana-mana tanpa perlu mencari tandas. Gunakannya di taman,

pantai atau di dalam kereta anda.

Kalencom 2-in-1 POTETTE Plus mengandungi:

• Tandas pengembaraan (percuma beg plastik pengembaraan)

• Kerusi anak kecil

• Pemegang tangan mudah lipat

• Tempat duduk berkontur untuk keselesaan anak

• Tidak licin, tahan lasak dan selesa

• 3 pelapik pakai buang percuma

• Pelapik pakai buang serap bau, menghalang kebocoran dan mudah

diletakkan pada tandas mini dan mudah dibuang

• Bersih- boleh diletakkan di semua tandas duduk

Kalencom 2-in-1 POTETTE Plus dijual dengan harga runcit RM69.90.

Tandas mini POTETTE telah memberi manfaat kepada berjuta-juta anak kecil

yang sedang berlatih menggunakan tandas.

Untuk urusan edaran, sila hubungi Marvellous Marketing;

Tel: 03-8070 0152 E: marvellous.mktg@gmail.com

LANGGAN

Ya, saya mahu melanggan majalah MamaPapa

□ 12 keluaran (1 tahun) MamaPapa berharga RM72 (penghantaran PERCUMA*)

□ 24 keluaran (2 tahun MamaPapa berharga RM144 (penghantaran PERCUMA*)

*dalam Malaysia sahaja

SILA LENGKAPKAN KETERANGAN DI BAWAH DALAM HURUF BESAR

Nama (Encik/ Puan/ Cik)__________________________________________________

Alamat________________________________________________________________

______________________________________________Poskod___________________

Pekerjaan______________________________________Jantina________Umur_____

Tel______________________Email_________________________________________

Langganan bermula daripada_________________sehingga_____________________

Isi borang di atas bersama cek dan kirimkan ke:

MamaPapa, N-2-6, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603-6203 2522 Faks: +603-6203 4522 Email: info@acepremier.com

Bayaran langganan tidak akan dipulangkan. Hadiah adalah terhad, sementara stok masih ada.

CARA PEMBAYARAN

1. Cek/ Draf Bank no. __________________

RM ___________________________________

(Dibayar kepada AcePremier.com Sdn Bhd)

ATAU

2. PEMINDAHAN WANG

Maybank 5144-8611-2071

(AcePremier.com Sdn Bhd)

Tandatangan

Tarikh

HADIAH LANGGANAN

□ Saya akan mengambil sendiri hadiah langganan saya

□ Hadiah langganan boleh diposkan ke rumah saya. Saya

sertakan RM10 sebagai bayaran pos

□ Saya akan hantar wakil untuk mengambil hadiah

langganan saya

Nama ___________________________________________________________

No. I/C

MajalahMamaPapa

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!