06.01.2015 Views

National Geoscience Conference 2011 - Department Of Geology ...

National Geoscience Conference 2011 - Department Of Geology ...

National Geoscience Conference 2011 - Department Of Geology ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 2011

11 – 12 June 2011 • The Puteri Pacific Johor Bahru, Johor, Malaysia

Paper P1-19

Aplikasi teknik-teknik geofizik dalam kajian lubang benam di Kampung

Chabang Dua, Kuala Dipang, Perak

Mohd Amir Asyraf B Sulaiman

Program Geologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Alamat emel: mdamirasyraf@gmail.com

Kajian lubang benam adalah satu kajian bencana geologi kejuruteraan yang mampu menyelamatkan kehilangan

harta benda dan nyawa. Mengikut Smith (1999), lubang benam atau sinkhole didefinasikan sebagai “pembentukan

lubang pada saiz tertentu dari atas permukaan tanah hingga kedasar dengan bacaan ke dalaman dan diameter

tertentu. Ianya terbentuk bermuladari pembentukan lohong atau gua di bawah tanah di kawasan yang didasari

oleh batu kapur”. Lubang benam terbentuk disebabkan oleh hakisan semulajadi yang bertindak balas dengan batu

kapur membentuk kaviti dan kemudian membentuk lubang benam. Punca utama berlaku lubang benam ialah air

yang berasid meresap masuk melalui retakan dan rekahan dalam batu kapur membentuk kaviti. Tanah penutup

yang berada di atas kaviti tersebut akan runtuh. Satu kejadian lubang benam yang telah menenggelamkan sebuah

rumah telah berlaku di Kampung Chabang Dua, Kuala Dipang, Perak pada 29 Mac 2005, sehari selepas berlakunya

kejadian gempa bumi di Kepulauan Nias, Sumatera. Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengesan kehadiran

kaviti dengan menggunakan teknik geofizik yang bersesuaian. Sebanyak tiga kaedah geofizik telah digunakan

iaitu pengimejan keberintangan geoelektrik, seismos biasan dan radar penusukan tanah (GPR). Kaedah GPR dan

keberintangan geoelektrik telah dilakukan di sepanjang tujuh garis survei manakala tiga garis survei dilakukan

untuk kaedah seismos biasan. Kaedah keberintangan elektrik telah menggunakan tatasusunan Wenner 32SX dengan

41 batang elektrod dan kaedah GPR pula menggunakan antena berfrekuensi 250 MHz jenis Shielded. Untuk kaedah

seismos biasan pula menggunakan 24 geofon. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga kaedah tersebut berupaya mengesan

kaviti berdasarkan pencirian yang dibuat. Keratan rentas keberintangan geoelektrik menunjukkan nilai keberintangan

tinggi sekitar 24000 Ωm hingga 100000 Ωm yang mewakili kaviti diisi bahan kering iaitu pasir dan lempung kering

manakala kaviti tepu pasir basah atau tepu air menunjukkan nilai keberintangan yang rendah di sekitar 10 Ωm

hingga 400 Ωm. Hasil keratan rentas GPR menunjukkan gelombang yang terpantul berbentuk hiperbola cembong

ke atas mewakili kaviti kosong atau pantulan daripada satu objek keras seperti paip atau kehadiran bebola lempung

dalam pasir. Pantulan berbentuk lembangan pula mewakili potensi kaviti yang telah diisi oleh pasir atau air. Batu

dasar yang terdiri daripada batu kapur dijumpai pada kedalaman sekitar 7 m. Gelombang elektromagnet tidak boleh

dipantulkan semasa melalui medium berair kerana gelombang akan diserap oleh medium tersebut. Oleh itu, zon

yang berada di bawah paras air tanah merupakan zon yang bebas pantulan. Keratan halaju survei seismos biasan

menunjukkan bentuk lembangan berhalaju rendah sekitar 300 m/s mewakili potensi lubang benam. Terdapat juga

bentuk lapisan yang mengalami depression seolah-olah berlaku runtuhan tanah yang masuk melalui rekahan dalam

batu kapur. Struktur ini berpotensi untuk membentuk lubang benam dan ini andaian dikukuhkan lagi berdasarkan

cerapan di atas permukaan di mana terdapat mendapan pada permukaan tersebut. Nilai halaju tinggi diwakili oleh

batu dasar iaitu batu kapur sekitar 3600 m/s hingga 4000 m/s. Batu kapur dijumpai sekitar kedalaman 7 m hingga

10 m. Aras air tanah boleh di ketahui melalui halaju lapisan sekitar 1500 m/s hingga 1700 m/s. Korelasi antara garis

survei keberintangan geoelektrik dan GPR menunjukkan terdapat rongga berbentuk palung memanjang pada arah

utara-selatan dan arah barat daya- timur laut.

Rujukan

Abu Shariah. 2009. Determination of cave geometry by using a geoelectrical resistivity inverse model. Engineering Geology.

105:239-244

Alvin K. Benson. 1995. Application of ground penetrating radar in assessing some geological hazard: examples of groundwater

contamination, faults, cavities. Journal of Applied Geophysics. 33: 177-193.

Fehdi, C., Baali, F., Boubaya, F. & Rouabhia, A. 2011. Detection of sinkhole using 2D electrical resistivity imaging in the Cheria

Basin. Arab Journal Geoscience. 4: 181-187

Nawawi, M.N.M., 2004. Application of geophysical method in solving the environment and civil engineering problems. AUN/

SEED Net Field Wise Seminar on Enhancement on Strategic Plan towards Sustainable Education and Research on Geological

Engineering. Penang, 19-20 Jan.

Smith, T.J., 1999. Proceedings, Hydrogeology and Engineering Geology of Sinkhole and Karst.. Balkerna, Rotterdam, USA.

98

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!