12.07.2015 Views

board of directors - Petron

board of directors - Petron

board of directors - Petron

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENYATA PENGERUSIANNUAL REPORT & ACCOUNTS 2001Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengansukacitanya membentangkan laporan kewangandan prestasi operasi Syarikat bagi tahun berakhir31 Disember, 2001.Ringkasan Prestasi 2001Pada tahun 2001, prestasi kewangan Esso MalaysiaBerhad (EMB) menunjukkan peningkatan yangmemberangsangkan berbanding pada tahun 2000.Syarikat mencatatkan keuntungan selepas cukaisebanyak RM182.5 juta, berbanding RM21.9 juta padatahun 2000. Pendapatan pada tahun 2001 adalahsebanyak RM4,125 juta iaitu meningkat sebanyak 8%berbanding pendapatan tahun sebelumnya sebanyakRM3,829 juta. Jumlah jualan sebanyak 93 ribu tong sehari(rts) meningkat sebanyak 15 rts atau 19% daripada tahunsebelumnya disebabkan oleh jualan yang lebih tinggikepada syarikat - syarikat gabungan.Peningkatan prestasi kewangan pada tahun 2001 adalahdisebabkan kejatuhan kos minyak mentah dan produksepanjang tahun. Mekanisma Harga Automatik dalamsektor produk terkawal menyebabkan penurunanpendapatan lebih lambat daripada penurunan kosproduk sepanjang tahun. Hasilnya, Syarikatmemperolehi margin lebih tinggi dalam tahunberkenaan. Keadaan ini berbeza dari tahun 1999 dan2000, di mana keputusan kewangan meleset dengan terukdisebabkan kenaikan kos produk dan minyak mentah.Sebagai penghargaan di atas prestasi yang teguh padatahun 2001, Lembaga Pengarah mencadangkan Syarikatmengumumkan dividen akhir sebanyak 10 sen ditolakcukai pandapatan Malaysia sebanyak 28% bagi setiapunit stok biasa, bagi tahun berakhir pada 31 Disember,2001. Kami berasa gembira kerana dapat membayardividen setelah beberapa tahun membayar dividenrendah atau tiada dividen langsung kesan daripadakegawatan ekonomi. Walaubagaimanapun, adalah agakmustahil kita terus dapat menikmati margin yang tinggiini dan aliran tunai yang begitu baik seperti yang dialamipada tahun lepas. Pada masa yang sama, kadar hutangmasih berada ditahap yang agak tinggi dan Syarikat jugamemerlukan pembiayaan pelaburan dalam sektorperniagaan yang menguntungkan. Oleh itu, kamipercaya adalah wajar jika Syarikat meneruskan polisisemasa bagi mengukuhkan ekuiti Syarikat denganmenyimpan sebahagian besar daripada keuntungan.Dividen pada masa hadapan akan ditentukanberdasarkan polisi ini.Keputusan Perniagaan Bagi Setiap SektorDalam sektor penapisan, walaupun margin produkpenapis masih lagi lemah, ianya meningkat berbandingtahun 1999 dan 2000. Usaha "bantu diri" untukmeningkatkan margin, pengeluaran dan kecekapanoperasi berjaya mengukuhkan lagi sektor penapisan.Loji penapisan Port Dickson memproses sebanyak 80 rtsiaitu kenaikan sebanyak 38% berbanding tahun 2000.Kenaikan ini adalah disebabkan EMB membekalkanproduk kepada syarikat gabungan iaitu ExxonMobilMalaysia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai MobilOil Malaysia Sendirian Berhad). Peningkatanpenggunaan kemudahan penapisan dan penjimatan kosdaripada skel ekonomi yang berkaitan merupakan faedahdari penggabungan Exxon Corporation dengan MobilCorporation pada akhir 1999.Sektor perniagaan runcit mendapat keuntungan besardaripada penurunan kos produk dan juga kesan positifMekanisma Harga Automatik yang dinyatakan sebelumini. Sektor ini juga telah melancarkan beberapa programbaru dan inisiatif yang efisen sepanjang tahun, di manadapat meningkatkan prestasi yang lebih baik. Pada bulanOktober, Syarikat telah melancarkan Sistem MinyakSynergy yang baru termasuk Synergy F-1 (minyak tanpaplumbum Ron 97), Synergy Biasa (minyak tanpaplumbum Ron 92) dan Synergy Diesel. Setiap produkbaru ini telah diterima baik oleh pelanggan-pelanggan.Beberapa stesen minyak baru telah dibuka pada tahun2001, di lokasi yang strategik di lebuhraya. Perjanjianlesen piawai yang baru telah dimeterai bersama semuapengusaha-pengusaha stesen minyak milik Syarikat padatahun lepas. Selaras dengan strategi global ExxonMobiluntuk mencapai imej yang lebih ceria dan selamat,program meningkatkan imej stesen minyak telah selesaidijalankan di kawasan-kawasan utama iaitu di LembahKlang, Johor Bahru dan Butterworth.Syarikat telah mencatatkan keputusan yang baik dalamsektor perindustrian dan jualan borong. Peningkatanjualan LPG dalam tahun 2001 adalah hasil daripadabeberapa program promosi yang inovatif. Dalambahagian bahan bakar perindustrian, Syarikat terusberada pada kedudukan yang baik untuk bersaing dalamsektor borong dan jana kuasa.Dalam perniagaan minyak pelincir dan produk khas,jumlah jualan lebih rendah berbanding tahun 2000. Iniadalah kesan daripada permintaan industri yangberkurangan bagi minyak pelincir dan pengalihantumpuan syarikat ke atas produk yang mempunyaimargin yang rendah. Keadaan perniagaan agak lemahsepanjang tahun dan margin terus mengalami tekananakibat persaingan daripada pesaing utama untukmengekalkan kedudukan dalam pasaran. Sebaliknya,jualan asfalt meningkat hampir dua kali ganda hasilpertambahan pelanggan baru walaupun permintaanlemah dalam industri pembinaan dan infrastruktur. Padabulan April, Syarikat telah memperkenalkan minyakpelincir sintetik premium iaitu Mobil 1 di stesen minyakEsso di mana ianya dapat membantu untukmeningkatkan jualan keseluruhan.Perbelanjaan modal dan pajakan dalam tahun 2001 adalahsebanyak RM183 juta, berbanding dari RM68 juta padaESSO MALAYSIA BERHAD4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!