02.06.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Luar Jangka dan enam akaun Pelbagai Kumpulan Wang. Kedudukan Pelbagai

Kumpulan Wang Amanah Kerajaan bagi tahun 2007 dan 2008 adalah seperti di

Jadual 4.20.

Jadual 4.20

Kedudukan Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

Pada Tahun 2008 Berbanding 2007

Peningkatan/

Tahun

(Penurunan)

Bil.

Butiran

2007 2008

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Akaun Penyelesaian (109.57) (109.91) (0.34) (0.3)

2. Akaun Perniagaan 3.22 3.10 (0.12) (3.7)

3. Akaun Pinjaman 113.04 101.41 (11.63) (10.3)

4. Kumpulan Wang Luar Jangka 8.10 8.10 0 0

5. Pelbagai Kumpulan Wang 302.49 357.48 54.99 18.2

Jumlah 317.28 360.18 42.90 13.5

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor

Analisis Audit menunjukkan pada akhir tahun 2008, baki Pelbagai Kumpulan Wang Amanah

Kerajaan ini berjumlah RM360.18 juta berbanding RM317.28 juta pada tahun 2007 iaitu

meningkat sejumlah RM42.90 juta atau 13.5%. Analisis Audit terhadap 108 akaun tersebut

mendapati 17 akaun menyumbang kepada peningkatan sejumlah RM101.49 juta, sembilan

akaun mengalami penurunan sejumlah RM58.59 juta dan 82 akaun tiada pergerakan.

Analisis Audit mendapati peningkatan ketara, antara lain melibatkan baki Akaun Kena

Bayar, Tabung Warisan Negeri, Pinjaman Kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian

Selangor, Tabung Pusingan Pinjaman ASN/ASB dan Pinjaman Kepada Majlis Perbandaran

Kajang yang meningkat sejumlah RM98.34 juta. Manakala penurunan ketara, antara lain

melibatkan baki Akaun Pinjaman kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Majlis

Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya menurun sejumlah RM57.69

juta.

Pada tahun 2008, baki Pelbagai Kumpulan Wang meningkat sejumlah RM54.99 juta atau

18.2% menjadi RM357.48 juta berbanding RM302.49 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini

antara lain adalah disebabkan oleh peningkatan baki Kumpulan Wang Tabung Warisan

Negeri Selangor dan Akaun Kena Bayar.

i) Kumpulan Wang Tabung Warisan Negeri Selangor

Tabung Warisan diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Warisan 1991 bertujuan

membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengasingkan sebahagian jumlah wang

daripada Akaun Hasil Disatukan bagi faedah dan kesejahteraan warisan akan

datang. Pada akhir tahun 2008, baki tabung ini berjumlah RM219.95 juta berbanding

RM198.44 juta pada tahun 2007, iaitu peningkatan sejumlah RM21.51 juta atau

10.8%. Baki Kumpulan Wang ini terdiri daripada pelaburan dalam saham syarikat

berjumlah RM95.95 juta, simpanan tetap dan instrumen pasaran wang berjumlah

RM89.94 juta, wang di bank berjumlah RM29.74 juta dan faedah terakru berjumlah

RM1.08 juta dan kos pembelian bangunan dalam pembinaan berjumlah RM3.25 juta.

Baki Kumpulan Wang telah meningkat dengan sejumlah RM21.51 juta pada tahun

26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!