02.06.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BAHAGIAN V

PENYERAHAN, PENGESAHAN, PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

DAN PRESTASI KEWANGAN AGENSI NEGERI

7. PENDAHULUAN

Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara juga mengaudit Penyata Kewangan

Agensi Negeri iaitu Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam, Pihak Berkuasa Tempatan

dan Kumpulan Wang. Pengauditan ini adalah untuk mengesah dan memastikan

ketepatannya serta memberi pendapat sama ada penyata itu menggambarkan kedudukan

yang benar dan saksama dengan berpandukan Akta dan Piawaian yang diluluskan.

7.1 PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN

Kerajaan Negeri mempunyai 25 Agensi iaitu tujuh Badan Berkanun Negeri, lima

Kumpulan Wang, satu Majlis Agama Islam dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan. Mengikut

Seksyen 7(3) Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara boleh melantik mana-mana pihak yang

berkebolehan untuk menjalankan pengauditan bagi pihaknya. Selaras dengan itu, Firma

Audit Swasta telah dilantik menjalankan pengauditan Penyata Kewangan bagi enam Badan

Berkanun Negeri, dua Kumpulan Wang dan sebanyak 12 Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala pengauditan terhadap satu Badan Berkanun Negeri, tiga Kumpulan Wang dan

Majlis Agama Islam Selangor masih dijalankan oleh Jabatan Audit Negara sendiri.

Pemantauan terhadap Firma Audit Swasta diadakan dari semasa ke semasa bagi

memastikan isu dan permasalahan pengauditan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan

lebih awal dan berkesan.

7.2 KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN

Mengikut Enakmen Penubuhan Badan Berkanun Negeri, Badan Berkanun berkenaan

dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan untuk diaudit dalam masa 6 bulan selepas

akhir setiap tahun kewangan. Bagi Pihak Berkuasa Tempatan, Seksyen 60(2) Akta Kerajaan

Tempatan 1976, menghendaki menyediakan Penyata Kewangan dengan seberapa segera

apabila tamat tempoh kewangan bagi tahun tersebut untuk membolehkan Ketua Audit

Negara mengesahkan Penyata Kewangan pada atau sebelum akhir Oktober tahun

berikutnya. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah

mengeluarkan Pekeliling Bil. 4 Tahun 2009 bertarikh 22 Januari 2009 yang mengkehendaki

semua Pihak Berkuasa Tempatan mengemukakan Penyata Kewangan selewat-lewatnya

pada 1 Jun tahun berikutnya kepada Ketua Audit Negara. Penyerahan Penyata Kewangan

oleh Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk diaudit adalah

memuaskan. Semua Badan Berkanun Negeri, Kumpulan Wang, Pihak Berkuasa Tempatan

dan Majlis Agama Islam telah memberikan komitmen yang baik dengan menyerahkan

Penyata Kewangan tahun 2007 dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kedudukan

penyerahan Penyata Kewangan sehingga 30 Jun 2009 adalah seperti di Jadual 7.1.

73

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!