02.06.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

tahun 2007. Peningkatan ini antara lain disebabkan oleh peningkatan kutipan Premium

Geran Tanah sejumlah RM128.90 juta pada tahun 2008.

Penerimaan pinjaman menunjukkan peratusan peningkatan kedua tertinggi iaitu 100% atau

RM44.52 juta pada tahun 2008 berbanding tahun 2007 kerana tiada penerimaan pinjaman

pada tahun 2007.

Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, aliran keluar tunai telah meningkat sejumlah

RM1,406.91 juta atau 99.2% menjadi RM2,824.78 juta berbanding RM1,417.87 juta pada

tahun 2007. Sepertimana pada aliran masuk, perubahan kaedah persembahan Penyata

Penerimaan Dan Pembayaran Wang Tunai bagi lain-lain penerimaan dan pembayaran

telah menyebabkan peningkatan ketara lain-lain bayaran sejumlah RM1,196.94 juta atau

100% pada tahun 2008 berbanding tahun 2007. Ini kerana jumlah lain-lain pembayaran

pada tahun 2007 tidak dinyatakan secara berasingan sebaliknya diambil kira dalam

pengiraan baki bersih lain-lain penerimaan.

Perbelanjaan pembangunan meningkat sejumlah RM224.27 juta atau 35.9% menjadi

RM849.82 juta pada tahun 2008 berbanding RM625.55 juta pada tahun 2007. Perbelanjaan

modal yang terdiri daripada pembelian saham dan instrumen kewangan menurun sejumlah

RM72.77 juta atau 38.5% menjadi RM116.33 juta pada tahun 2008 berbanding RM189.10

juta pada tahun 2007 kerana pengurangan aktiviti pelaburan am. Peningkatan aliran keluar

pada tahun 2008 juga disebabkan oleh peningkatan bayaran balik pinjaman Kerajaan

Persekutuan iaitu sejumlah RM9.85 juta menjadi RM11.10 juta berbanding RM1.25 juta

pada tahun 2007.

4.8 AKAUN MEMORANDUM

Penyata Akaun Memorandum menunjukkan baki aset dan tanggungan Kerajaan yang

boleh dilupuskan atau perlu dilunaskan pada masa akan datang yang tidak dinyatakan

dalam Lembaran Imbangan.

4.8.1 Pinjaman Boleh Dituntut

Penyata Pinjaman Boleh Dituntut menunjukkan baki pinjaman oleh Badan Berkanun Negeri,

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Lain. Pada tahun 2008, baki Pinjaman

Boleh Dituntut berjumlah RM564.50 juta iaitu meningkat sejumlah RM12.28 juta atau 2.2%

berbanding RM552.22 juta pada tahun 2007. Kedudukan baki Pinjaman Boleh Dituntut bagi

tahun 2007 dan 2008 adalah seperti di Jadual 4.29.

Jadual 4.29

Kedudukan Baki Pinjaman Boleh Dituntut Pada Tahun 2008 Berbanding 2007

Peningkatan/

Bil.

Peminjam

Tahun

(Penurunan)

2007 2008

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)

1. Badan Berkanun Negeri 326.32 279.04 (47.28) (14.5)

2. Pihak Berkuasa Tempatan 48.09 53.88 5.79 12.0

3. Badan-badan Lain 177.81 231.58 53.77 30.2

Jumlah 552.22 564.50 12.28 2.2

Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor

35

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!