10.07.2015 Views

Blog 172 Edisi Ketiga - JPBD

Blog 172 Edisi Ketiga - JPBD

Blog 172 Edisi Ketiga - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEPUTUSAN: LR telah sebulat suara meluluskan rayuan tersebut, mengenepikan keputusan MPPP (responden)dan mengarahkan supaya KM diberikan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu daripada pihakresponden yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan di bawah Akta 172.KES KEEMPATSri Bangunan Sdn Bhd lwn MPPP (LR/PP/15/96)RAYUAN: Perayu telah mengemukakan permohonan KM untuk membina sebuah pangsapuri 24 tingkattermasuk pejabat dan tempat letak kereta di atas lot 2334, Sek 1, Jalan Burma, Georgetown.Responden telah memberikan KM dengan bersyarat. Syarat pertama, sebuah bangunan yangdikenali sebagai No.145 Jalan Burma yang sedia ada di atas tanah tersebut, perlu dipeliharadan perayu tidak dibenarkan untuk membina bangunan di sebelah bangunan tersebut. Syaratkedua, sekiranya perayu berhajat untuk merobohkan bangunan tersebut, perayu perlu menunggukeputusan daripada Jawatankuasa Pemeliharaan Bangunan Pulau Pinang peringkat negeri.Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu merayu kepada LR.KEPUTUSAN: LR meluluskan rayuan tersebut dan menyatakan bahawa responden (MPPP) tiada kuasa di bawahAkta 172 untuk mengenakan syarat yang menyentuh pemeliharaan bangunan bersejarah.Isu yang telah dibangkitkan dalam kes ketiga dan kes keempat ini adalah, PBPT bukanlah satu badan yangdiperuntukkan kuasa di bawah mana-mana akta untuk menentukan bangunan yang berkepentingan sejarah danbernilai warisan. Tindakan PBPT yang meletakkan syarat pengekalan bangunan sedia ada yang diklasifikasikansebagai bangunan berkepentingan sejarah dan bernilai warisan sebagai satu syarat pemberian KM dianggapsebagai telah melampaui kuasa (ultra vires) yang diperuntukkan kepadanya.Seperti yang telah diulas dalam written judgement dalam kes KHSB Marketing Sdn Bhd lwn MPPP, Subseksyen58(1) Akta 172 memberikan kuasa kepada PBN untuk membuat kaedah-kaedah untuk melindungi monumen,tanah dan bangunan lama yang bernilai sejarah dan berkepentingan senibina. Berdasarkan peruntukan ini kuasasebenar adalah kepada PBN dan dalam konteks kedua-dua kes ini, kuasa sebenar untuk menentukan sama adabangunan sedia ada diklasifikasikan sebagai bangunan berkepentingan sejarah dan bernilai warisan dan perludikekalkan adalah kuasa PBN Pulau Pinang, bukannya PBPT. Walau bagaimanapun, PBN Pulau Pinang belumketika itu membuat kaedah-kaedah tersebut.Bagi memastikan bangunan berkepentingan sejarah dan bernilai warisan dipelihara dan dilindungi daripadakesan kepesatan pembangunan, pihak berkuasa negeri perlulah menyegerakan proses penyediaan dan prosespewartaan kaedah-kaedah berkenaan pelindungan monumen, tanah dan bangunan lama yang bernilai sejarahdan berkepentingan senibina. Menerusi kaedah-kaedah tersebut, peranan PBPT selaku salah satu badan yangbertanggungjawab ke atas pemeliharaan bangunan bersejarah dan warisan dapatlah dikuatkuasakan.Selain itu juga, perlu ada kerjasama yang jitu di antara PBPT dengan Jabatan Warisan Negara denganmenyenaraikan bangunan-bangunan yang berkepentingan sejarah dan bernilai warisan di dalam rancanganpemajuan. Apabila rancangan pemajuan tersebut diwartakan, maka PBPT mempunyai kuasa untuk mengenakansebarang syarat dalam pemberian KM untuk tujuan mengekalkan bangunan yang telah disenaraikan tersebut.Selain itu juga, sekiranya PBPT atau mana-mana pihak berkuasa berpandangan sesuatu bangunan ituberkepentingan sejarah atau bernilai warisan dan mahu ianya dikekalkan sebagai khazanah negara, bolehmembuat permohonan kepada Jabatan Warisan Negara untuk bangunan tersebut diwartakan sebagai warisankebangsaan melalui seksyen 68 Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Permohonan tersebut boleh dibuatmelalui Borang E iaitu Borang Penamaan Sebagai Warisan Kebangsaan yang boleh dimuat turun melalui lamanhttp://www.warisan.gov.my. Bagi bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan oleh JabatanWarisan Negara, maka sebarang pembangunan yang melibatkan bangunan tersebut, PBPT bolehlah mendapatkanpandangan dari pihak Jabatan Warisan Negara bagi tujuan pemeliharaannya.Kesimpulannya, PBPT perlu memastikan sebarang arahan bertulis atau perintah yang dikeluarkan adalahmerupakan perkara-perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasanya mengikut peruntukan undang-undangyang berkaitan. Kegagalan PBPT untuk bertindak dalam bidang kuasanya membuka ruang untuk pertikaian keatas arahan yang dikeluarkan seterusnya menjejaskan perancangan yang telah dibuat.Nota :Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia melalui BahagianPerundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah menyediakan Draf Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah dan Bangunan Yang MempunyaiKepentingan Sejarah dan Senibina) dan draf tersebut kini dalam semakan PenasihatUndang-Undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Mana-mana PBNbolehlah mendapatkan salinan draf kaedah ini untuk dipanjangkan ke Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing bagi tujuan semakan dan seterusnya diwartakan sertaditerimapakai. Draf kaedah-kaedah ini antara lain mengandungi peruntukan berkenaandaftar bangunan, permohonan kebenaran merancang, nasihat pesuruhjaya, pertimbanganpermohonan, pemberian kebenaran merancang dan sebagainya.Blog @172 | 27Blog @172 | 26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!