12.07.2015 Views

Bidang Pengurusan Hartanah - UTHM Library - Universiti Tun ...

Bidang Pengurusan Hartanah - UTHM Library - Universiti Tun ...

Bidang Pengurusan Hartanah - UTHM Library - Universiti Tun ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BERSAMA PENGARANGDr. Rosmaini TasminDisediakan oleh: Norhaslini Abd. Alimmuka surat 04Dr. Rosmaini Tasmin merupakan anak jati Johor.Beliau telah dilahirkan pada tahun 1968 diPontian, Johor. Beliau memulakan pengajian peringkatrendah di Sekolah Rendah Kayu Ara Pasong,Pontian, Johor. Kemudian beliau menyambungpengajian menengahnya di Sek. Men. SriPerhentian, Pontian, Johor sebelum berpindah keSek. Men. Teknik Johor Bahru pada tahun 1984.Dengan pencapaian yang cemerlang dalam PeperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun1985, beliau kemudian ditawarkan untuk mengikutikursus Bahasa Inggeris secara intensif di KolejPengajian Persediaan (KPP Shah Alam) sebelummenyambung pelajarannya di USA di peringkatijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraansains komputer (BSc. in Computer Science andEngineering - CSE) di University of Texas, Arlington(1989-1991). Menurut Dr. Rosmaini, sepanjangmerantau beliau lebih berani untuk berdikaridan tabah dalam menghadapi segala ranjau danrintangan. Beliau turut menasihatkan agar parabelia pada alaf ini sentiasa bersikap berani untukberhijrah atau merantau keluar negara kerana ianya adalah satu proses yang mampu mematangkan dan membinaperibadi seseorang individu.Setelah sekian lama merantau demi menuntut ilmu, pada tahun 1992 beliau telah kembali ke Malaysia dan memulakankerjaya sebagai jurutera elektronik di Sony Video Malaysia. Kemudian pada tahun 1994, beliau telah berpindahke Sumitomo Eletrics di Johor Bahru. Beliau menimba pengalaman kerja di sini selama 7 tahun. Dalam tempohtersebut, beliau telah menjawat jawatan Jurutera Kanan (Proses) dan Penolong Pengurus Pengeluaran (1997). Padatahun 1997, beliau telah dianugerahkan dengan FUJITSU Asia-Pacific Scholarship Programme (FAPSP) Award oleh FujitsuLtd. Japan, untuk belajar dalam pengurusan antarabangsa di Japan-America Institute of Management Science(JAIMS) dengan kerjasama University of Hawaii, Manoa, Honolulu, USA. Semasa di JAIMS, beliau telah diundi untukmenerima Anugerah Pelajar Pilihan dan beliau juga telah memenangi pingat emas dalam Presidential Speech. Padatahun 2000, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Pengeluaran di Thomson Mechatronics Malaysia.Walaupun pada ketika itu beliau boleh dikatakan berada dalam “zon selesa”, semangat cintakan ilmu telah membuatkanbeliau nekad untuk menyambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi. Beliau sanggup berkorbanmasa dan tenaga untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana (Master) yang diimpikan. Dalam kesibukan kerja,beliau telah mendaftar sebagai pelajar separuh masa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berkat kesungguhanbeliau, akhirnya beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana dalam Bidang Pengurusan Teknologi pada tahun 2001.Demi cita-citanya yang telah tersemai sejak sekian lama untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa, beliau telahberpindah ke UTHM pada tahun 2002 untuk berkhidmat sebagai seorang pensyarah. Beliau merupakan antara tenagaperancang dan penggerak bagi merealisasikan perpindahan Fakulti Pengurusan Teknologi ke Kampus Bandarpada tahun 2004. Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengimplimentasikan pembelajaran sepanjang hayat danmenyedari kekurangan tenaga pakar dalam bidang pengurusan pengetahuan (KM), beliau sekali lagi menyambungpengajiannya dan telah menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Pengetahuan Korporat daripadaMultimedia University (MMU), Cyberjaya (2008). Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Panel Pengeluarandan Operasi di Fakulti Pengurusan Teknologi (FPT). Beliau bertindak sebagai penyelaras untuk menyediakan silibusyang sesuai dengan perkembangan semasa. Selain itu, beliau juga merupakan ketua pemantau kemudahan dimakmal-makmal bagi panel tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!