03.12.2012 Views

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

26

B K

Aksi

Portfolio Sukan dan Rekreasi

Ekspo Konvokesyen 2008

(ConvEx’08) Universiti

Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama

Persatuan Berbasikal Pulau

Pinang telah berjaya menganjurkan

Mountain Bike Challenge yang

pertama di USM baru-baru ini.

Pengurus Sukan dan Rekreasi

ConvEx’08, Ahmad Zabri Mohd

Sarajudin berkata, program sebegini

amat bersesuaian dengan tema

ConvEx pada tahun ini iaitu ‘Mahasiswa

Pemangkin Kelestarian

Masa Hadapan’ kerana mahasiswa

bukan sahaja perlu didedahkan

dengan kelestarian alam sekitar

semata-mata tetapi kelestarian kesihatan

juga turut diambil berat.

“Sebagai mahasiswa, kita harus

menyambut baik konsep kelestarian

yang cuba diketengahkan

oleh USM seperti contoh mengurangkan

penggunaan kenderaan

bermotor dan digantikan dengan

berbasikal di dalam kampus,”

katanya kepada Berita Kampus

selepas upacara pelepasan peserta

Mountain Bike Challenge yang

diadakan di sekitar Tasik Harapan.

Penyertaan terbuka kepada dua

kategori iaitu lelaki dan wanita

menjadikan jumlah keseluruhan

peserta seramai 23 orang iaitu 11

orang lelaki dan 12 orang perempuan.

Ahmad Zabri berkata, walaupun

ia pertama kali diadakan,

sambutan daripada pelajar amat

menggalakkan dan beliau amat

berpuas hati dengan kerjasama

yang diberikan oleh semua pihak

yang terlibat.

Sementara itu, Setiausaha

Agung ConvEx’08, Nur Lailatulkadri

Yusof ketika ditemui pada

acara tersebut berkata, aktiviti

seperti ini harus diteruskan pada

masa hadapan memandangkan ia

bermanfaat kepada pelajar seterusnya

menyedarkan mereka tentang

kepentingan menjaga kesihatan

disamping mengisi masa lapang

dengan perkara yang berfaedah.

“Walaupun masih terdapat

segelintir pelajar yang tidak peka

dengan keadaan sekeliling mereka

kerana sibuk namun, ia bukan

menjadi satu halangan untuk aktiviti

sebegini dianjurkan dan ia

perlulah dipublisitikan secara meluas

untuk menyedarkan golongan

ini,”katanya.

Bagi kategori lelaki, juara telah

disandang oleh Muhammad Alwasi

Yahaya dengan catatan masa

31 minit 30 saat dan tempat kedua

telah dimenangi oleh Muhamad

BERITA KAMPUS SELASA 2 SEPTEMBER 2008

Universiti Malaya Ungguli Pesta Bola

Jaring USM Ke-18

Oleh Yusrina Mokhtar Sebanyak Sembilan kategori pihak kepada pasukan Sri Lanka.

telah dipertandingkan terma- Kemenangan tersebut telah

Pesta Bola jaring yang

Universiti Sains Malaysia

(USM) ke-18 Pulau

Pinang telah melabuhkan tirainya

pada 24 Ogos yang lepas

setelah berlangsung selama dua

hari di Padang Minden, USM.

Pengarah Projek, saudari

Vanitha Murugiah berkata, pihak

penganjur telah menerima sebanyak

153 penyertaan pada kejohanan

kali ini dan angka ini meningkat

dari tahun sebelumnya.

“Kita telah menerima sambutan

yang menggalakkan dan

penyertaan pada tahun ini meningkat

dari tahun-tahun sudah

kerana acara ini tidak bertembung

dengan acara lain yang diadakan

pada tarikh yang sama,” katanya.

Seorang peserta cuba membuat jaringan sambil dihalang oleh

penjaga gol lawan.

Gambar Yusrina Mokhtar

suklah Terbuka Lelaki, Terbuka

Wanita, Bawah 18 tahun, Bawah

15 tahun dan Bawah 12 Tahun.

Selain itu, kategori IPTA dan

IPTS turut dipertandingkan termasuk

tuan rumah dari USM

bagi kategori lelaki dan wanita.

Pertandingan kali ini telah

menyaksikan pasukan wanita

dari Sri Lanka mengungguli perlawanan

bagi kategori terbuka

wanita menundukkan pasukan

MBPJ dengan jaringan 12-11.

Perlawanan sengit tersebut

telah menyaksikan kedua-dua

pasukan seri 10-10 setelah tamat

masa perlawanan selama 15

minit, memaksa perlawanan dilanjutkan

dengan membuat hantaran

tengah sebanyak tiga kali dan

akhirnya kemenangan telah bermelayakkan

pasukan dari Sri

Lanka membawa pulang wang

tunai berjumlah RM 1500,

medal beserta sijil penyertaan.

Bagi kategori IPTA/IPTS,

pasukan dari UM wanita dan lelaki

telah berjaya mengalahkan

pasukan dari UUM dalam kategori

yang sama maisng-masing

dengan jaringan 13-2 dan 11-1.

Kemenangan tersebut membolehkan

UM membawa pulang

wang tunai sebanyak RM 750,

medal beserta sijil penyertaan.

Kemenangan itu telah memberi

semangat kepada pasukan

tersebut untuk menyertai lagi ke-

“Mountain Bike Challenge” Pertama di USM

Aksi para peserta yang bertanding.

Gambar Noor Malini Mohammad

Norashid Amir dengan catatan

masa 31 minit 52 saat manakala,

Mohd Afiq Abd Manaf pula hanya

berpuas hati dengan tempat ketiga

dengan catatan masa 33 minit 24

saat.

Bagi kategori wanita pula,

juara berjaya disandang oleh Tan

Min Pau dengan catatan masa 19

minit 03 saat mengalahkan Ling

Mee Ing dan Un Yueh Ling masing-masing

berada di tempat kedua

dan ketika dengan catatan masa 20

minit 01 saat dan 21 minit 06 saat.

Kesemua pemenang membawa

pulang wang tunai RM 600 bagi

juara, RM 500 bagi naib juara dan

RM 300 bagi tempat ketiga beserta

sijil penyertaan.

150

Pelajar

Sertai

Pesta Bola

Jaring

Universiti Sains Malaysia

(USM) telah melancarkan

Pesta Bola Jaring (PBJ)

ke-18 bertempat di Hotel Berjaya

Georgetown, Pulau Pinang pada 9

Ogos lalu.

Berteraskan moto “ Wanita Glokal

Nadi Keunggulan PBJ”, pesta

yang dikelolakan sepenuhnya oleh

seramai 150 orang mahasiswi USM

dengan kerjasama Unit Sukan.

dengan mempamerkan keupayaan

wanita dalam mengendalikan kejohanan

berprestij sedemikian.

Penasihat Kehormat Pesta Bola

Jaring (PBJ) ke-18, Puan Sri Datin

Masrah Abidin, berkata pelajar perlu

berfikir secara luar biasa dalam

mencipta kelainan untuk berjaya.

“Usah jadikan sukan sebagai

‘stereotype’ kepada satu jantina

sahaja kerana asas sukan menjurus

ke arah pembinaan sahsiah diri, semangat

kerjasama dan perpaduan

tanpa mengira bangsa mahupun

agama,” katanya ketika berucap di

majlis tersebut.

Turut hadir Naib Canselor

USM, Tan Sri Prof. Dato’ Dzulkifli

Abdul Razak serta Timbalan Naib

Canselor Hal Ehwal Pembangunan

Pelajar (HEP) USM, Prof. Madya

Omar Osman. Sebanyak sembilan

kategori yang dipertandingkan antaranya

Kategori Terbuka Lelaki

dan Wanita, Kategori USM Lelaki

dan Wanita ( warga kampus sahaja)

dan Kategori Bawah 18 Tahun.

Pesta berkenaan telah diadakan

pada 23 dan 24 Ogos lalu bertempat

di Padang Minden, USM.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!