03.12.2012 Views

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

8

B K

SekitarKampus

BERITA KAMPUS SELASA 2 SEPTEMBER 2008

Hormati Orang Sekeliling

Patuhi Etika Berpakaian-TNC HEPP

Antara pemakaian yang melanggar etika.

Pelajar Universiti Sains Malaysia

(USM) disarankan

supaya lebih berhati-hati

dalam berpakaian ketika berada

di dalam kampus mahupun

di luar kampus bagi mematuhi

etika pemakaian yang terdapat

dalam buku panduan pelajar.

Dalam buku panduan, pelajar

hendaklah berpakaian yang sesuai

sebagai seorang pelajar universiti

iaitu kemas, bersopan dan tidak

menunjukkan bentuk tubuh badan.

Menurut Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Pelajar USM,

Prof. Madya Omar Osman, setiap

pelajar perlu mematuhi etika pemakaian

yang sudah lama dikuatkuasakan

dalam peraturan di USM.

“Pelajar seharusnya mengetahui

tentang cara yang

bagaimana mereka perlu pakai

semasa berada dalam kampus

bagi menjaga maruah diri tanpa

melanggar etika pemakaian

yang ditetapkan di USM.

Gambar Yasmalisa Yazid

“Selain itu, pelajar juga

harus berpakaian yang sopan

bagi menghormati orang yang

berada di sekeliling mereka

seperti rakan-rakan, masyarakat

dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika

diminta mengulas mengenai

etika pakaian bagi pelajar

semasa berada di dalam kampus.

Menurutnya, etika pemakaian

adalah salah satu

garis panduan kepada pelajar

untuk berpakaian semasa berada

dalam kampus yang dapat

diterima oleh khalayak ramai.

“Etika pemakaian ini tidak

mengongkong atau membebankan

para pelajar kerana terdapat hadhad

tertentu yang menggariskan

bagaimana mereka harus berpakaian

semasa menghadiri kuliah.

“Sekiranya pelajar berpakaian

mengikut etika di khalayak

ramai, sudah tentu ia

dapat memberi keselesaan ke-

“Pelajar

seharusnya

mengetahui

tentang cara

yang bagaimana

mereka perlu

pakai semasa

berada dalam

kampus bagi

menjaga maruah

diri tanpa

melanggar etika

pemakaian yang

ditetapkan di

USM ”

-TNC HEPP

pada orang lain yang melihat cara

mereka berpakaian,” katanya.

Beliau berkata, pelajar

perlu tahu bagaimana mereka

hendak berpakaian kerana

pemakaian itulah yang akan

mencerminkan keperibadian seseorang

dan masyarakat akan

melihat seseorang itu berdasarkan

penampilan pakaiannya.

“Saya menasihatkan para

pelajar supaya cuba belajar

bagaimana mereka harus berpakaian

supaya dapat menghormati

orang lain yang berada

di sekeliling mereka,” katanya.

Beliau juga turut mencadangkan

supaya pihak desasiswa

dan Majlis Perwakilan Pelajar

(MPP) membuat kempen tentang

etika pakaian kepada pe-

lajar baru dan mereka perlu

mematuhi peraturan tersebut.

“Sekiranya, pelajar baru diberi

pendedahan awal mengenai

etika pemakaian di USM,

sudah tentu mereka akan mematuhi

peraturan tersebut.

“Dengan mematuhi etika pemakaian

ini, ia dapat memberi

keselesaan kepada orang lain

yang berada di kampus ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai

tindakan yang akan diambil kepada

pelajar yang enggan mematuhi

etika pemakaian ini,

Omar berkata pihaknya tidak

berhasrat untuk mengambil apaapa

tindakan terhadap mereka.

“Kita tidak mahu suasana

di Universiti ini masih sama

dengan keadaan di sekolah,

yang mana guru-guru menitikberatkan

soal etika pemakaian

terhadap pelajar-pelajarnya.

“Sekiranya tindakan tegas

diambil, ia tidak dapat membentuk

keperibadian yang baik kepada

pelajar kerana keperibadian

yang baik perlu dibentuk mengikut

kesesuaiannya,” katanya.

Menurutnya lagi, etika pemakaian

sudah lama dikuatkuasakan

dan tindakan dapat diambil

sekiranya pelajar tidak mengikuti

etika pemakaian semasa

berada di dalam kampus seperti

di dewan kuliah, kafeteria,

perpustakaan dan sebagainya.

“Di dewan kuliah, pensyarah

berhak melarang mana-mana pelajar

untuk mengikuti kelas berkenaan

sekiranya pelajar tidak berpakaian

sopan atau menjolok mata

semasa datang ke kelas,” katanya.

Begitu juga di perpustakaan,

pelajar perlu mematuhi

etika pemakaian yang

ditetapkan oleh universiti.

Sementara itu, Ketua Baha-

gian Perhubungan Pelanggan

Perpustakaan Hamzah Sendut

I, Pn.Habsah Abdul Rahman

berkata pelajar yang hendak

memasuki perpustakaan perlu

mematuhi etika pemakaian.

“Sekiranya pelajar tidak mematuhi

etika pemakaian yang

telah ditetapkan, pihak kami

tidak akan menghalau pelajar

tersebut daripada memasuki

Perpustakaan sebaliknya hanya

menegur sahaja.

“Pegawai Keselamatan dan

kakitangan perpustakaan berhak

untuk menegur mana-mana pelajar

yang tidak mematuhi etika

tersebut ketika hendak masuk ke

perpustakaan,” katanya ketika diminta

mengulas mengenai hal ini.

Menurut seorang pelajar,

Sdri. Azila Adonia , Komunikasi

3, kebanyakan pelajar terutamanya

pelajar perempuan tidak

mematuhi etika pemakaian

sehingga ada yang memakai

pakaian yang menjolok mata.

“Dengan berpakaian begitu,

ia memberi ketidakselesaan

kepada saya kerana saya

sendiri malu melihat mereka

berpakaian sedemikian.

“Kebanyakan pelajar di sini

sudah pandai memikirkan yang

mana baik dan yang mana buruk,

jadi mereka haruslah memikirkan

sebaik-baik mungkin sebelum

berpakaian yang tidak sopan

atau menjolok mata,” katanya.

Seorang pelajar, Sdr. Ahmad

Helmi Ismail, Seni Halus Grafik

Komunikasi 3, berkata pelajar sekarang

sudah berani menampilkan

gaya pakaian yang terlampau sehingga

berlakunya masalah sosial.

“Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan

masalah sosial dalam

kalangan pelajar, malah ia juga

dapat mendatangkan risiko kepada

diri mereka sendiri,” katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!