03.12.2012 Views

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6

B K

SekitarKampus

Pertandingan Video Lestari

BERITA KAMPUS SELASA 2 SEPTEMBER 2008

Peserta Kabur Konsep Kelestarian

Peserta-peserta Pertandingan

Video Lestari sempena

Ekspo Konvokesyen

Universiti Sains Malaysia 2008

(CONVEX’08) mempamerkan

konsep lestari yang kurang jelas

dan kemnahiran teknikal yang

kurang memuaskan.

Pensyarah Pusat Pengajian

Komunikasi yang juga juri

pertandingan, Dr. Juliana Abdul

Wahab berkata, majoriti peserta

kurang jelas dengan tema yang

dipertandingkan iaitu “Mahasiswa

Pemangkin Kelestarian Masa

Hadapan.”

“Peserta tidak dapat mengaitkan

konsep lestari dengan peranan

mahasiswa dan masa hadapan, ada

juga peserta yang tidak memahami

konsep lestari.

“Majoriti peserta memahami

konsep kelestarian sebagai

pemuliharaan alam sekitar, hasilnya

video yang dihasilkan berbentuk

kempen memulihara alam sekitar,

sedangkan peranan mahasiswa dan

implikasinya pada masa hadapan

tidak ditonjolkan.

“Dari segi teknikal pula, ada

Salah seorang peserta sedang membentangkan vedio lestari sempena ConvEx ‘08

banyak kekurangan yang perlu

dibaiki. Peserta perlu faham

bahawa video mesti dirakam

dan disunting, sedangkan ada

peserta yang hanya memuat turun

gambar daripada Internet. Ia juga

perlu jelas dan tidak bersifat

artistik kerana ia bukan video

eksperimental,” kata beliau.

Pengarah Projek Pertandingan

Video Lestari, Mohd Noorhafeez

Jusoh, bersetuju dengan pandangan

juri bahawa para peserta masih

kurang faham dengan konsep

Pondok Bas Bukit Gambir Dibina

Pondok bas yang baru dibina di Jalan Bukit Gambir

Kesukaran para pelajar yang

terpaksa menunggu bas di

bawah jejantas Jalan Bukit

Gambir selama ini berjaya diatasi

apabila dua buah pondok menunggu

bas didirikan berhampiran pintu

masuk Universiti Sains Malaysia

(USM) dan Kompleks Desasiswa

Restu, Saujana dan Tekun (RST).

Yang Dipertua Majlis

Perwakilan Pelajar (MPP) USM,

Mohammad Syukri Ibrahim

berkata, pihak MPP telah

menghantar surat permohonan

kepada Majlis Perbandaran Pulau

Pinang (MPPP) sebanyak tiga kali

sejak Mac 2008.

“Kami telah menghantar surat

pada Mac dan Jun yang lalu, namun

janji MPPP untuk membina pondok

bas berkenaan pada April dan Julai

tidak juga ditunaikan. Akhirnya,

selepas MPP menghantar surat

permohonan buat kali yang ketiga,

barulah MPPP membina pondok

bas yang dijanjikan,” katanya

ketika ditemui Berita Kampus,

baru-baru ini.

Seorang pelajar, Saidatana

Alawiah Jamaludin, Ilmu

Pendidikan 3, berkata pembinaan

pondok bas berkenaan

memudahkannya dan rakan-rakan

menunggu bas untuk ke bandar.

“Selama ini, kami yang

tinggal di Kompleks RST terpaksa

menunggu bas di bawah jejantas.

Kini senanglah sikit, ada tempat

Gambar: Mohd. Hafizee Mohd. Arop

duduk dan bumbung untuk

berteduh,” katanya.

Pendapatnya dipersetujui oleh

Sdri. Emma Zulaikha Jumari,

Perakaunan 3, yang menyatakan

pembinaan pondok bas berkenaan

adalah perlu kerana pelajar sering

merungut kerana terpaksa berpanas

dan berhujan ketika menunggu

bas.

“Kami yang menunggu bas

di Jalan Bukit Gambir selalunya

perlu menunggu agak lama kerana

kekerapan bas yang melalui jalan

itu adalah sedikit. Dengan adanya

pondok menunggu bas, sekurangkurangya

kami boleh menunggu

bas dengan lebih selesa,” ujarnya.

Gambar: Mohd. Firdaus Ismail

lestari yang cuba diketengahkan

oleh ConvEx ’08.

“Sesetengah peserta tidak

faham langsung dengan konsep

lestari, dan ada juga yang keluar

topik dalam menerangkan konsep

ini. Ada peserta yang faham tetapi

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Nur Azimah Zulkafli

Mohd Firdaus ismail

menggunakan kaedah slide show,

bukannya video seperti yang

dikehendaki,” ujarnya.

Ditanya mengenai rungutan

peserta tentang tempoh

menghasilkan video yang terlalu

singkat, Noorhafeez berkata masa

yang diberikan oleh penganjur

sudah mencukupi kerana durasi

video yang perlu dihasilkan hanya

tiga minit.

Pertandingan tersebut

dimenangi oleh Mohd. Afif Mohd.

Jafre dengan videonya yang bertajuk

Why Not. Video yang mengisahkan

peranan seorang pelajar mengitar

semula kertas demi memelihara

alam sekitar melayakkannya

memenangi kamera video Canon

bernilai RM1000.

Matlamat ConvEx ‘08

Tidak Tercapai

Kurang kefahaman tentang

matlamat universiti untuk

mewujudkan kampus

bebas plastik dan polisterina

menjadi faktor kebanyakan

pengusaha gerai tidak menggunakan

bekas makanan mesra alam (ecopack)

pada Ekspo Konvokesyen

Universiti Sains Malaysia 2008

(ConvEx USM ‘08).

Penyelaras Kampus Sejahtera,

Prof. Madya Lee Lik Meng

berkata, majoriti penggerai adalah

pengusaha luar yang tidak jelas

dengan garis panduan yang telah

ditetapkan pihak universiti.

“Pengusaha luar masih tidak

jelas dengan konsep universiti

yang mahu meminimumkan

penggunaan beg plastik dan bekas

makanan polisterina. Hal ini kerana

masyarakat luar tidak nampak

tujuan kita menjalankan kempen

ini, maka kita tidak dapat melihat

keberkesanannya pada ekspo kali

ini.

“Selain itu, kelewatan pembekal

eco-pack menghantar bahan

berkenaan kepada penggerai turut

menjadi faktor penggunaan bekas

polisterina secara berleluasa pada

hari pertama dan kedua ekspo,”

kata beliau.

Beliau berkata demikian

ketika diminta mengulas tentang

“Sesetengah

peserta

tidak faham

langsung

dengan

konsep

lestari,ada juga

yang keluar

topik”

penggunaan plastik dan bekas

makanan polisterina secara

terbuka oleh pengusaha gerai luar

sepanjang ConvEx ’08, baru-baru

ini.

Ditanya mengapa pihak

universiti tidak memantau geraigerai

yang beroperasi sepanjang

Convex ‘08, beliau menjelaskan

bahawa ConvEx ialah projek

yang diuruskan 100 peratus oleh

pelajar.

“ConvEx ialah medan untuk

pelajar mendidik diri dalam aspek

kepimpinan dan pengurusan.

Sekiranya pihak universiti perlu

membuat pemantauan terhadap

gerai-gerai, lebih baik jika

ConvEx ini diuruskan sendiri oleh

universiti,” kata beliau.

Sementara itu, Penyelaras

Kampus Sejahtera, Ahmad Fadzly

Shukor berkata pihak universiti

tidak boleh mengenakan tindakan

ke atas pengusaha gerai yang tidak

mematuhi larangan penggunaan

beg plastik dan bekas makanan

polisterina.

“Pihak universiti hanya boleh

melarang pengusaha daripada

menggunakan beg plastik dan

bekas makanan polisterina, namun

kita tidak boleh mengambil

tindakan sekiranya mereka ingkar,”

katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!