03.12.2012 Views

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

Layout BK3 final.indd - USM

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BERITA KAMPUS SELASA 2 SEPTEMBER 2008

SekitarKampus B K 9

Naib Canselor Puji Persembahan Tarian Tradisional

Persembahan pelajar antarabangsa memukau penonton

Gambar Nur Azimah Zulkafli

Persembahan tarian

tradisional oleh pelajarpelajar

antarabangsa

Universiti Sains Malaysia (USM)

pada Festival Pelajar Antarabangsa

di Kolej Sunway baru-baru ini

telah menerima pujian Naib

Canselor USM, Prof. Tan Sri

Datuk Dzulkifli Abd Razak.

Datuk Dzulkifli menyifatkan

persembahan tarian Inang Renek

dan Kuda Kepang daripada

kumpulan pelajar berkenaan

sebagai paling menyerlah antara

semua Institut Pengajian Tinggi

(IPT) yang mengambil bahagian.

“Saya mengucapkan setinggitinggi

tahniah dan penghargaan

kepada semua pelajar yang membuat

persembahan pada Festival

Pelajar Antarabangsa baru-baru

ini. Semuanya telah menunjukkan

Cedera Dilanggar Depan Masjid

Menahan sakit...dibantu orang

awam

Gambar Nurul Nadia Hamid

Seorang pelajar telah

mengalami kecederaan di

lutut kiri, luka ringan di

beberapa bahagian badan dan

muntah-muntah apabila motorsikal

yang ditungganginya bertembung

dengan sebuah kereta.

Pelajar berkenaan, Najwa

Kassim dari Kedah terlibat dalam

kemalangan berhampiran Masjid

Al-Malik Khalid berdekatan pintu

masuk Sungai Dua, baru-baru ini.

Pengawal Keselamatan, Mohd.

Hafiz Mohd. Salleh, berkata

kemalangan berpunca daripada

kecuaian pemandu kereta.

“Motorsikal tersebut datang

dari arah Dewan Budaya (DB)

menuju ke Fajar Harapan (FH)

manakala kereta datang dari Pusat

Pengajian Sains Matematik hendak

membelok ke pintu Sungai Dua.

“Ketika di persimpangan,

pemandu kereta teragak-agak

untuk membelok dan terus

melanggar penunggang motorsikal

berkenaan,” katanya ketika ditemui

di tempat kejadian.

Ekoran dari kemalangan

tersebut, kesesakan lalu lintas

berlaku di depan pintu Sungai Dua

sebelum ambulans tiba. Walau

bagaimanapun, keadaan lalu

lintas pulih seperti biasa apabila

ambulans tiba dan membawa

mangsa ke Hospital Pulau

Pinang.

Kemalangan yang berlaku

kira-kira jam lima petang, 9 Ogos

lalu telah menyebabkan lampu

motorsikal pelajar Ijazah Sarjana

Biologi itu tertanggal manakala

bahagian depan kereta remuk.

Saksi kejadian, Zakiah

Rashid, Ilmu Pendidikan 4,

berkata dia tergamam melihat

kejadian berlaku di hadapan

matanya.

“Saya berlari ke arah mangsa

dan terus menelefon Jabatan

Keselamatan untuk tindakan

lanjut. Saya turut menemani

mangsa ke hospital dan dia

telah menerima beberapa jahitan

berasingan di lutut kirinya,”

katanya.

persembahan yang mengagumkan.

Persembahan anda adalah yang

paling menyerlah antara semua

IPT yang mengambil bahagian,

sama ada awam mahupun swasta,”

ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam

ucapan pada majlis perasmian

Ekspo Konvokesyen USM 2008

(ConvEx ’08) baru-baru ini. Pada

majlis berkenaan, kumpulan pelajar

antarabangsa tersebut sekali lagi

mempersembahkan tarian mereka

kepada hadirin.

Tiina Junnola, pelajar

Perakaunan dari Finland berkata,

mempelajari tarian tradisional

masyarakat Melayu adalah satu

pengalaman baru yang tidak dapat

dilupakan.

“Memang seronok dapat

mempelajari perkara baru seperti

Laluan Pejalan Kaki

Selamat - YDP MPP

Laluan pejalan kaki

bersebelahan Desasiswa

adalah selamat untuk laluan

para pelajar.

Berikut adalah kenyataan Yang

Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar

(YDPMPP) Universtiti Sains

Malaysia (USM), Sdr. Muhammad

Syukri Ibrahim ketika beliau

diminta mengulas laporan Berita

Kampus keluaran 11 Ogos yang

lalu mengenai masalah tersebut.

“Mengikut undang-undang,

apabila terdapat bonggol yang

mempunyai garisan kuning,

kenderaan seharusnya berhenti

untuk memberi laluan kepada

pelajar-pelajar untuk melintas.

“Jadi pelajar boleh

menggunakan laluan pejalan

kaki bersebelahan Desasiswa

Aman Damai untuk berjalan dan

menggunakan bonggol tersebut

untuk melintas jalan,” jelas beliau.

Beliau turut menyelar pelajar

yang menggunakan laluan

bersebelahan Indah Kembara

kerana laluan tersebut memang

berbahaya.

“Saya ingin menyarankan

para pelajar supaya menggunakan

laluan yang disediakan supaya

keselamatan mereka terjamin.

“Pihak MPP telah membuat

pemohonan untuk membina keduadua

laluan tersebut dan hanya satu

tarian tradisional ini. Walaupun

pada permulaannya agak

sukar, namun lama-kelamaan

ia menjadi aktiviti yang sangat

menyeronokkan,” ujarnya.

Stephanie Kappei pelajar Perakaunan

dari Finland pula berkata,

perkara paling sukar pada peringkat

awal mempelajari tarian tradisional

ialah usaha mengharmonikan

pergerakan dengan irama.

“Kami perlu menghafal langkah

tarian dan bergerak mengikut lagu

yang dimainkan.

Kami juga perlu menyesuaikan

diri dengan pakaian tradisional

yang dipakai untuk persembahan,

namun itu semua tidak menjadi

masalah kerana ia pengalaman

yang menyeronokkan,” katanya.

laluan siap berikutan kekurangan

sumber kewangan,” katanya.

Tambahnya, laluan tersebut

mencukupi bagi menampung

kapasiti pelajar-pelajar kerana

bukan semua pelajar menggunakan

kerana sebahagian lagi menaiki

bas.

Sementara itu, Timbalan

Pengarah Bahagian Pembangunan

USM, En. Aziz Che Jusoh

berkata pihaknya telah berkalikali

meminta kebenaran untuk

memotong pokok-pokok

berkenaan.

“Kami telah meminta

kebenaran melalui ahli komuniti

Kampus Sejahtera serta memberi

beberapa alasan kukuh.

“Namun sehingga kini ahli

komuniti masih dalam proses

penilaian sama ada wajar ataupun

tidak alasan berkenaan,” katanya

ketika dihubungi Berita Kampus

baru-baru ini.

Namun katanya, USM ketika

ini cuba mengekalkan konsep

Kampus Hijau dengan menjaga

setiap pokok-pokok sekitar

kampus.

“USM sanggup untuk

berbelanja lebih untuk membina

lantai penutup longkang untuk

mengelak daripada menebang

pokok,” tambahnya lagi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!