17.12.2019 Views

kerja tangan D

litzin kerja tangan isu D buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu D
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.



kerja tangan

D

Rorschach Ink


Kerja Tangan adalah ruang katalis di mana penulis-penulis

dapat menerbitkan penulisan mereka hasil editorial rakus

dalam format ringkas tidak melebihi 600 patah perkataan

meski ada juga yang melebihi had tersebut tetapi dengan

syarat utama iaitu ia mesti bagus atau paling kurang:

luarbiasa. Rata-rata teks di dalam litzin ini samada ia

diterbitkan penuh dengan suntingan atau bagi sebilangan

teks yang belum cukup bagus, saya akan pilih bahagian

terbaik (boleh jadi dalam bentuk perenggan, stanza atau

baris ayat) dan cuba bikin teks tersebut agar ia boleh werk

bersendirian tanpa bantuan klise lain.

Kontributor dialu-alukan (esei, cerpen, puisi etsetera) dan

litzin ini selain diterbitkan secara berkala dan gratis via

laman sosial digital, ia juga diterbit dan dijual dalam bentuk

cetakan fizikal dalam usaha untuk menampung kerja-kerja

editorial dan kelangsungan litzin ini.

– Ridhwan Saidi

Maklum balas dan karya boleh diemel ke:

litzin.kerjatangan@gmail.com


kandungan

Interviu Jack Malik

oleh Ridhwan Saidi

Kucing Kurap

Syafiq Ghazali

Nadhirah Reacts To…

Pokemon Go Musuh Ulat Buku

Siti Nadhirah

5 Sajak

Jack Malik

#KOTAKATA 27.08.2016

Anuar Shah

Kematian Seorang Gila

Syafiq Ghazali

Melepaskan Batuk

Ahmad Fauzan Azam



I n t e r v i u

Jack Malik

Ridhwan Saidi

Jack Malik seorang penyajak muda yang saya kira

rama-rama sosial, cukup dikenali di arena baca

sajak di sekitar kafe-kafe di Kuala Lumpur. Jika

dulu di era 70an atau 80an dan malah juga 90an,

penyajak lebih hampir dengan tiang lampu

(Pyanhabib etsetera), hotel depan DBP (Sutung

Umar etsetera), Hotel Abad (Dinsman etsetera)

Padang Merbok (seperti dirakam Mat Som), hari

ini bacaan sajak berlaku di kafe-kafe terutama

yang bernuansa hipster. Lokasi dan pengisian

sajak (ia kontemporari pada waktunya) berubah

tetapi semangat bacaannya pada saya masih

serupa. Jika dulu rata-rata bersifat mendeklamasi,

kini ia lebih terus dengan spoken words. Saya

tidak pernah baca sajak sendiri, maka boleh jadi

semua ini cuma spekulasi.

Yang pasti Jack Malik makan laju. Ini

disedari dan diakui Jack sendiri yang waktu itu

kami sama-sama makan tengahari di Yaseem

(buat kali pertama untuk saya). Jack yang

mulanya tak makan berselera selepas tengok

kami makan (yang sudah separuh nasi) lalu pergi

7


beratur untuk dapatkan nasi kandarnya.

Setibanya di meja, nasi Jack habis dulu.

Menurut Jack ada makanan yang enak

dimakan laju, dan ada juga yang enak dimakan

perlahan, seperti aiskrim misalnya. Jack turut

menceritakan tentang bagaimana orang Jepun

yang hirup mee dengan kuat secara tak langsung,

bunyi hirupan itu adalah satu bentuk pujian

terhadap chef. Dalam masa sama, hirupan yang

kuat itu secara saintifik akan menyejukkan mee

tersebut. Jack terpesona dengan seni hirupan

mee tersebut yang menggabungkan sains dan

seni. Berikut merupakan interviu saya dengan

Jack Malik:

RIDHWAN

Okay, boleh tau macam mana boleh mula kenal puisi?

Hubungan awal. Pengalaman waktu kecil/sekolah misalnya.

JACK

Hubungan saya dengan puisi adalah dari ibu saya, Puan

Mek Asiah; beliau masa form 6 sekolah Tun Fatimah

mengambil jurusan English Literature, malah masa di

Universiti Malaya pernah menghadiri kuliah Salleh Ben

Joned (apa yang ibu saya ceritakan).

Jadi sastera dalam hidup saya tidaklah begitu asing,

dan kalau hubungan daripada self-explore, masa saya form

4 saya membaca komik Blues Untuk Aku dan puisi Aie telah

menghidupkan minat saya yang kemudiannya ‘dormant’.

RIDHWAN

Waktu tu tinggal di mana? Dan waktu tu ada jumpa tulisan

yang amat suka atau tak suka?

8


JACK

Waktu tu saya di Ipoh. Tulisan yang amat suka kalau waktu

sekolah menengah tidak ada. Saya mula timbul rasa cinta

mendalam pada puisi dan prosa waktu tahun 2012-2013.

Tulisan yg amat suka/tak suka mula pada tahun 2015

rasanya, sebelum tu saya hanya on the surface dan tak tahu

menahu pun pasal literature di Malaysia.

RIDHWAN

Cinta mendalam tu bermula bagaimana?

JACK

Ah, cerita klise hahaha; 2013 saya putus cinta dengan 1st

love, dan dalam mencari diri (mengubat hati) saya mula

cari cara untuk cope dengan mild depression. Saya mula

membaca Manikam Kalbu, Saga Lagenda Budak Setan yg

sampai harini saya suka! (walaupun agak cheezy).

Puisi datang sedikit lambat tapi awal 2015 ia mula

bercambah dan saya mula dahaga dan lapar untuk

consume poetry.

RIDHWAN

Dan dalam proses konsumsi ni, rasanya dah jumpa ke

bentuk puisi yang paling memikat hati? Puisi ada banyak

bentuk, dan setakat ni saya perasan Jack into haiku dan free

verse.

JACK

Oh bentuk yg memikat hati. Bagi saya, kalau line tu sedap

(cantik, bagus, bermakna, catchy, deep, atau mencetus

perasaan antara salah satu dari ini), ia tak boleh dinafikan

memang sedap! Walaupun kalau kita tak suka atau benci

pengkarya itu; if it's good it's good; dan perkara itu yang

saya cari untuk kenyangkan lapar dahaga saya.

Dan form saya suka benar macam bang Ridhwan

katakan; saya lebih dekat dengan free verse dan haiku.

Free verse mungkin sebab saya sukakan kebebasan

tapi pada masa sama coherent dengan apa yang saya nak

sampai/katakan dalam puisi saya.

9


Haiku pulak cantik sebab dalam 17 suku kata,

seseorang penyair kalau mahir dalam teknik ni, akan

memberi impak yang mendalam!

Bukan senang untuk menyusun ayat-ayat deep tetapi

pada masa sama ringan dan humorous; tak salah nak deep

atau nak bersahaja tapi kalau terlalu ringan/berat agak

‘potong’ sikit hahaha.

Tapi saya meraikan segala bentuk sajak puisi. Kalau

klasik gurindam dan syair mungkin kurang kena dengan

citarasa berbanding dengan pantun. Haiku dan pantun bagi

saya saing-saing.

Kalau penyair tempatan; tahun 70an dan zaman

sekarang adalah form & tema saya paling minat (bebaru ni

saya ada petik beberapa nama penyair muda baru yang

antaranya saya rasa bagus dan berpotensi).

Teknikaliti saya suka tetapi kalau boleh saya nak kurangkan

berkiblatkan perkara itu dan ingin tumpu pada sesebuah

sajak itu; bak kata Pak Agi, “sajak nak berenang, nak

terbang.”

Jadi kalau puisi saya nak berenang, saya beri dia

sirip; kalau ia nak terbang, saya kasi dia sayap.

“A poem makes the poet, not the poet makes the

poem” bak kata Jamal Raslan.

RIDHWAN

Sebagai penikmat kita layan semua, tapi sebagai pengkarya

kita perlu cuba satu-satu sampai jumpa bentuk yang ngam.

Boleh tau dua tiga penyair yang anda minat, lokal dan luar

negara, dan rasanya kenapa anda tertarik?

JACK

Setuju! Dan maaf soalan tadi saya rasa saya tak jawab,

hahaha maaf bercerita panjang lebar! Jawapan saya ada ya

dan tidak kerana 1) Ya—saya lebih dekat dengan free verse

dan ikut hari, saya suka incorporate teknik-teknik lain ke

dalam tu contohnya sadurkan dengan haiku atau pantun

atau couplet atau sonnet, depends on the mood of the

poem. 2) tidak—well, manusia selalu berubah-ubah;

10


mungkin hari ni saya suka free verse; esok saya bangun

saya rasa bosan dengan free verse hahhaha.

Ah, kalau lokal saya ada pentagon:

T. Alias – kerana imej dia yang menarik.

Latiff Mohidin – kerana ekonomisnya beliau, sajak

beliau begitu cantik kerana tak memerlukan kata-kata yang

panjang.

Pak Agi – kerana ‘duende’ beliau dan semangat dan

falsafah tri-v 1 dan prinsip yang dia bawa membuatkan saya

rasakan best menulis sajak!

Salleh Ben Joned – kerana gambaran dia sebagai

‘bad boy’ dalam arena sastera Malaysia; selain itu beliau

punya puisi membakar semangat saya untuk cuba menjadi

bilingual poet.

Pyanhabib – bang Pyan saya minat dengan membaca

Balada Pyanhabib.

Tapi kalau cakap pasal minat, terlalu ramai! But list ni

saya rasa sedikit sebanyak influence saya.

Kalau international:

Beat Generation – kerana puisi mereka best di atas

kertas dan di atas pentas!

Attar – berbanding Rumi, saya lebih suka Attar.

Rumi – beliau sedikit sebanyak membantu saya masa

saya melalui fasa depressi.

Neruda – cara beliau membawa lokaliti; mengajar dan

membuat saya ingin terapkan lokaliti dalam sajak saya.

Dan beberapa yang lain saya ingat-ingat lupa.

RIDHWAN

Nak berenang dan terbang masih perlu asas teknik. Dan

free verse sendiri ada macam-macam bentuk (E. E.

Cummings dengan Ginsberg contohnya superbeza).

1 Verbal–Vokal–Visual

11


JACK

Faham-faham. Yea kadangkala saya tahu consume tapi

hadam tak berapa; maksudnya perlukan masa untuk faham

lenggok masing-masing.

Contoh: Ginsberg dan Gregory Corso berbeza tapi

sekali pandang ada persamaan.

RIDHWAN

Mana lebih seronok, baca sajak atas pentas atau atas

kertas?

JACK

Dua-dua best! Haha. Tapi atas pentas lebih terbuka, kita

lebih vulnerable, untuk betul-betul deliver sajak tu; kalau tak

dapat deliver akan lead to kekecewaan dan kepenatan.

Atas kertas lebih intimate; di mana kita hayati sama

ada secara personal atau berkongsi. Saya suka berkongsi

puisi-puisi best dengan kawan-kawan, keluarga, kekasih

dan orang ramai.

RIDHWAN

Okay! Itu kira soalan terakhir. Ada apa-apa nak tambah?

JACK

Urmmm mungkin nak tambah yang saya ni penulis sajak

muda; yang masih jauh perjalanan dan saya nak betul-betul

enjoy perjalanan saya dalam penyajakan ni. Cause puisi ni

macam good things in life; it’s only half the fun kalau tak

share dengan orang lain.

12


Nadhirah Reacts

To… Pokemon Go

Musuh Ulat Buku

Siti Nadhirah

Esei ini ditulis sebagai respons kepada artikel ‘Pokemon Go

Musuh Kepada Ulat Buku’ yang ditulis oleh Dr Aminudin

Mansor dalam akhbar Utusan, bahagian Seni & Budaya,

Sastera pada 14 Ogos 2016. Ketika terbaca tajuk artikel ini,

saya mengharapkan bahawa ia seperti artikel-artikel lain

yang sekadar pancing pembaca dengan tajuk kontroversi,

dan isi artikelnya rasional sahaja. Apakan daya, artikelartikel

di bahagian sastera dalam akhbar baru-baru ini

seringkali mengecewakan saya.

Artikel-artikel yang disiarkan dalam

bahagian sastera akhbar kadangkala

mengecewakan saya sehingga saya

tertanya-tanya, apakah tiada isu sastera

yang lebih signifikan untuk dibahaskan?

Saya pasti semua pembaca esei saya ini

boleh memberik an satu atau dua

cadangan isu sastera dalam negara.

Pemilihan topik begini seolah-olah

menghina intelek pembaca artikel ini.

13


“Lantaran itu, apabila seseorang itu tidak membaca

buku, maka bagaimanakah dia dapat membuka otak dan

fikirannya daripada pemikiran yang sempit?” kata penulis

artikel yang terpelajar dan pasti banyak membaca, tetapi

cukup negatif dan, izinkan saya membuat andaian, tidak

begitu berfikiran terbuka terhadap Pokemon Go. Apakah

kegunaan bahan bacaan yang memenuhi rak buku di

rumah jika minda masih terkongkong kepada pendirian

sendiri sahaja?

Saya bersetuju yang Pokemon Go (dan kebanyakan

permainan) boleh membinasakan jika keterlaluan. Namun

begitu, apa sahaja yang tidak membinasakan jika kita

keterlaluan dan taksub? Membaca seharusnya diiringi oleh

pengalaman hands-on. Seseorang yang membaca sematamata

tanpa melibatkan diri dengan kegiatan lain

seharusnya adalah seseorang yang rugi. Memang kita layak

mempunyai pandangan dan pendirian terhadap apa-apa

sahaja, dan saya tidak menyalahkan penulis artikel jika

beliau memang tidak menyukai Pokemon Go. Walau

bagaimanapun, mengapakah kita perlu memaksa orang lain

untuk menerima pandangan kita mengenai sesuatu hanya

kerana kita tidak menyukainya?

Sesuatu yang harus saya ketengahkan juga,

kebanyakan ‘ulat buku’ akan kekal ‘ulat buku’ dan tetap

ingin membaca buku walaupun mereka bermain Pokemon

Go atau apa-apa sahaja permainan. Harus kita fahami

bahawa bahan bacaan dan permainan ini membawa

kepuasan yang cukup berbeza. Pokemon Go bukanlah gula

getah nikotin kepada buku sehingga dapat menggantikan

‘ketagihan’ terhadap buku. Malah, kebanyakan rakan ‘ulat

buku’ saya cukup suka mengisi masa lapang mereka

dengan pelbagai permainan video dan maya, serta

kegiatan-kegiatan lain.

Saya tidak menidakkan kebaikan buku, dan tidak juga

mengagungkan Pokemon Go. Apa yang ingin saya

ketengahkan di sini, usah kita terlalu takut dengan perkara

baru. Berdasarkan artikel-artikel bahagian sastera dalam

akhbar baru-baru ini, itulah trend terkini sastera aliran

14


perdana. Saya tidak menyalahkan pihak-pihak yang terlibat

secara keseluruhannya. Siapa sahaja tidak curiga terhadap

apa-apa perkara yang boleh mengancam sesuatu

kepentingan mereka? Namun begitu, seperti yang dikatakan

dalam The Godfather Part II (1974), “Keep your friends close,

keep your enemies closer.” Maka seharusnya kita kenali dan

fahami perkara yang mungkin mengancam kedudukan kita,

dan bukanlah terus membangkang kewujudannya.

Tambahan pula, saya rasa bahawa

teknik penulis-penulis artikel sebegini

yang bersifat ‘Scared Straight Program’ ini

tidak mampu memberikan impak yang

signifikan terhadap anak-anak muda masa

kini. Bagi kalian yang tidak tahu, ‘Scared

Straight Program’ merupakan program di

US, yang mana pelajar-pelajar bermasalah

dibawa ke penjara dan disajikan dengan

k epayahan hidup di penjara bagi

menakutkan mereka. Namun begitu,

program ini mendapat bantahan kerana

tidak begitu efektif dalam mencapai

objektifnya, serta memudaratkan keadaan.

Seperti juga program tersebut, teknik

penulis-penulis artikel ini tidak relevan,

d a n s e k a d a r m e m b a n g k i t k a n

ketidakpuasan hati.

Oleh itu, saya rasa mungkin penulis-penulis artikel

sastera harus meninggalkan sentimen di pintu dan masuk

dengan berfikiran terbuka, serta memberikan diri mereka

dan juga pihak lain peluang untuk mengalami dan

15


mempelajari apa-apa fenomena yang melanda negara ini

dan bidang sastera.

Saya cukup terhibur dengan pemiilihan kata dalam

artikel itu, ‘Tak usah fikir jauh jika diteliti manusia memang

tak mampu melaksanakan dua kerja’, sedangkan ada seruan

untuk rakyat Malaysia melakukan ‘2 kerja’. Mungkinkah ini

cara penulis artikel menyampaikan pendapatnya mengenai

seruan ini secara halus?

Nota: Sejujurnya, saya juga tidak bermain permainan Pokemon Go ini,

disebabkan kemalasan saya untuk berjalan-jalan, serta kerana telefon

pintar saya sudah penuh dengan aplikasi-aplikasi lain. Tetapi saya seorang

peminat Pokemon dan sudah seringkali terjebak dengan permainan dalam

telefon pintar dan komputer. Namun, buku masih ada tempat yang

istimewa dalam hati dan hari saya.

Twitter: @sitinanadhirah

Wattpad: @NadhirahRahman

16


Kucing Kurap

Syafiq Ghazali

Waktu aku beredar dari tapak pasar

malam, di hujung jalan, dua ekor kucing

kurap sedang menatap sesama sendiri.

Seekor berbelang jingga, seekor lagi

bertompok hitam putih; k eduanya

mendengus garang, tubuh mereka

terangkat dan kepala merapat sepertinya

ada salah seekor yang akan mati hari ini.

Aku fikir mereka lapar. Aku kembali ke

pasar malam dan membeli dua ketul ayam

goreng; keduanya peha dan aku pastikan

saiznya sama (aku tak mahu mereka

berebut seperti adik-beradikku). Aku

dapatkan mereka dan mencampak ketul-

17


ketul ayam. Mereka memandangnya

s e k e t i k a s e b e l u m m a s i n g - m a s i n g

menerkam. Aku perhatikan mereka.

Mereka makan seperti tidak pernah makan

sebelum ini. Atau seperti tidak pernah

melihat ayam goreng selama mereka

hidup.

Sesudah itu, keduanya kembali

mendengus garang, tubuh mereka

terangkat dan kepala merapat. Sepertinya

ada salah seekor yang akan mati hari ini.

18


#KOTAKATA

27.08.2016

Anuar Shah

Aku pergi ke Kota Kata melintas sekumpulan orang yang

sedang berkumpul di depan Sogo. Perut aku kenyang

selepas makan nasi kandar berlaukkan daging hitam dan

sayur di Ibramsha. Seperti biasa ia dibanjiri oleh kuah

pelbagai jenis. Cili hijau besar dijadikan ulam. Kali ni

papadom yang dihidangkan sudah hancur. Masih sedap.

Sebaris dengan Kudu dan Yaseem, Ibramsha terletak di

Jalan Tuanku Abdul Rahman. Entah-entah pemilik

kesemuanya sama.

Kumpulan orang di depan Sogo itu penunjuk

perasaan yang sedang berarak ke Dataran Merdeka. Tadi

semasa turun daripada Stesyen LRT Masjid Jamek aku dah

pandang ke arah Dataran Merdeka. Menurut laporan

hashtag Twitter #TangkapMO1, Dataran Merdeka ditutup

untuk mengelakkan penunjuk perasaan menggunakannya.

Dataran Merdeka bukan untuk dijadikan tempat

perhimpunan haram. Hanya perhimpunan halal dibenarkan

seperti pertunjukan muzikal oleh DBKL.

Aku tahu ramai kawan peguam, aktivis dan orang

seni ada di dalam kumpulan penunjuk perasaan

#TangkapMO1. Aku nak ke Kota Kata kerana dah berjanji

19


dengan Simptomatik Press. Mereka menerbitkan novel

ketiga aku MALAYSIA DILANGGAR SINGAPURA dan aku

diminta datang menandatangani naskah yang dibeli pada

pukul 3 sehingga 4 petang.

Azam, kawan aku seorang wartawan datang dari arah

Maju Junction ketika aku sedang mengagumi perkataan

Mara Digital yang pertama kali aku nampak. Adakah ia

berjaya menaiktarafkan peniaga telefon bimbit Melayu?

“Aku nak berjalan ke arah bertentangan. Nak kena

buat appearance,” jerit aku kepada Azam.

“Tahu!” jawab Azam sambil tersenyum.

Aku tergelak kuat seperti kelakar sangat situasi itu.

Tiba di Kota Kata, aku nampak booth Dubook Press di

sebelah kanan di belakang booth Kad Parkson. Angin hawa

dingin daripada Parkson menyegarkan badan aku yang

penat menapak sejauh 100 meter dari Ibramsha. Agaknya

isteri aku dah naik LRT balik ke stesyen Ara Damansara. Dia

sedang gila bermain Pokemon Go dan menurutnya ada

Pikachu di Stesyen Taman Jaya, berhadapan dengan

AmCorp Mall.

Beberapa tapak ke depan aku bertemu dengan booth

Thukul Cetak, dengan naskah buku MALAYSIA DILANGGAR

SINGAPURA jelas di atas meja. Di hadapan booth Thukul

aku lihat Amir Hafizi dan Roy, pemilik Maple Comics. Aku

melambai ke Amir.

Semacam hambar sedikit Kota Kata kali ini. Penjaga

booth Thukul (yang sampai ke saat ini aku tak tahu

namanya) bertanya samada aku dah tandatangan perjanjian

untuk buku MALAYSIA DILANGGAR SINGAPURA. Belum,

jawab aku. Dia keluarkan perjanjian yang aku baca sekali

lalu (satu mukasurat je?) dan aku tandatangan tanpa banyak

tanya. 10% royalti. Entah bilalah dapat, kata hati aku.

Lokman Hakim, penulis buku SELESTIAL dengan

Simptomatik, tiba-tiba muncul di belakang booth Thukul.

Dia ni penulis gila yang tidak pernah berhenti menulis sejak

dia dijangkiti kuman menulis pada 2014. Ketika aku kenali

dia, dia baru keluar dengan buku pertamanya, RETINA. Aku

baru keluar dengan buku fiksyen pertama aku, PINJAM.

20


Kami berjumpa kerana diterbitkan di rumah penerbitan

sama, Fixi.

Hari ni menurut diari Facebook-nya, dia dah ada 20

manuskrip lebih dengan 6 atau 7 yang dah terbit. Aku? Baru

10. Itu pun jika 3 buku bukan fiksyen aku, ASK THE LAWYER

yang juga aku terjemahkan sendiri ke dalam Bahasa Melayu

(Malaysia?) dianggap sebagai 6 buku. Jika tidak, kena tolak

3 dan aku hanya ada 7 buku. Cerpen aku pernah masuk dua

antologi cerpen. Satu cerpen bahasa Inggeris dalam Lost in

Putrajaya dan dua cerpen di dalam antologi Cerpen Hari

Jumaat.

Aku sebenarnya macam Lokman, tidak pernah

menulis apa-apa sebelum buku pertama aku diterbitkan.

Mungkin aku akan menulis lagi atau terus berhenti.

Aku menulis ni semacam hobi. Semuanya kerana aku

gemar membaca. Apakah hobi lain yang kerana minat

menonton/menikmati-nya, ia boleh menjadikan seseorang

cuba melakukannya sendiri? Bikin filem? Melancong? Naik

motor?

Buku MALAYSIA DILANGGAR SINGAPURA hanya

laku 2 naskah saja sampai menjelang OAG terkinja-kinja di

atas pentas pada 9 malam. Kota Kata kali ni paling

mengecewakan. Mungkin kerana tunjuk perasaan tadi.

Pada pukul 9.36 malam aku menapak ke Stesyen LRT

Masjid Jamek untuk balik.

21


Haiku Pokemon

Jack Malik

hatiku luka

oleh kata-katamu

HM-zero-one 2

2 HM01 = Cut, suatu move untuk pokemon menyerang dan juga berguna

untuk player andai ada bush menghalang perjalanan.

22


Kematian

Seorang Gila

Syafiq Ghazali

Waktu umurku tujuh tahun, aku lihat

kematian buat pertama kali: seorang

lelaki gila, tua dan kurus keding, mati

terbaring di atas pohon jambu batu

(dia selalu tidur di situ), kelihatan

seperti daun kering yang digelupas

matahari. Kata sebilangan orang dia

mati kerana lapar. Tak siapa sudi

hulurkannya makan kerana dia selalu

mengacau orang.

23


Memori itu lekat di dalam

ingatanku kerana, tatkala tubuhnya

dialih pergi, aku lihat setompok tahi

basah—mungkin hanya aku yang

perasan—tertinggal di atas dahan di

mana dia terbaring.

24


Sajak Pokemon Go

Jack Malik

aku mencari pokestop

memusingkan runsing

setelah kehabisan pokeball

yang dibaziri menangkapmu

CP level tinggi

tak semena

bateriku 20%

tak semena

dataku habis

tak semena

aku penat

semata

tanpa menjadi

the very best

25


Let’s Talk

Jack Malik

jika diam adalah selimut

yang memisahkan kita

aku ingin banyak bercakap

dan membiarkan katil

tak terkemas

26


Melepaskan Batuk

Ahmad Fauzan Azam

UHUK! UHUK!! KOOOHHHH!!!!

Dia melepaskan batuk di tangga. Tak terlarat.

Lebih tinggi dari Batu Caves. Itu perasaannya.

Batuknya dia di tangga bukan kerana peribahasa

Melayu. Batuknya dia di tangga kerana dia kurang

bersenam. Bangunan setinggi 20 tingkat itu

mempunyai lif namun ia tidak berfungsi hari ini.

Maka ramailah yang terbatuk-batuk di

tangga bangunan berkenaan. Dia memerhatikan

mereka semua itu juga melepaskan batuk di

tangga. Dia kini berada di tingkat 7, mahu ke

pejabatnya yang terletak di tingkat 18. Masih

banyak anak tangga yang perlu dihadapi.

Perlahan-lahan dia melangkah. Lilitan tali leher

dibuka sedikit bagi melegakan rasa lemas.

Di semua tingkat kedengaran orang

terbatuk-batuk. Ada juga bunyi orang mengambil

27


nafas. Tercungap-cungap. Dia sudah berpeluhpeluh

seakan bersukan. Lagipun ini musim Sukan

Olimpik. Mungkin lif rosak hari ini kerana mahu

semua warga kerja di bangunan 20 tingkat ini

meraikan semangat Olimpik.

Tapi dia tidak berminat untuk bersukan.

Tidak pernah langsung dia tertarik dengan sukan

sama ada sukan individu atau berkumpulan. Dia

hanya mahu kumpulkan duit dengan bekerja.

Setiap hari dia bekerja. Seolah tiada hari esok.

UHUKKKK!! UHUKKK!!

Semuanya berpeluh-peluh sehingga

menimbulkan bau tengik badan di setiap tingkat.

Baunya naik semerbak memenuhi setiap sisi

bangunan.

UHUK!! UHUK!!!

Bangunan ini kepunyaan satu organisasi

yang membuat ujikaji tentang penyakit. Dia yang

bekerja di tingkat 18, pejabatnya tiada kenamengena

dengan hal kesihatan. Dan boleh

dikatakan juga kesemua jabatan yang berada di

bangunan ini tiada kena-mengena dengan

kesihatan mahupun kajian epidemik dan penyakit.

UHUK! UHUK!!

Lif rosak masih terbiar. Tiada siapa datang

membaiki. Dia fikir itu perkara biasa di sini.

28


Segalanya lambat. Para pekerja pun lebih banyak

bersenang-lenang. Begitu juga dia. Bersenanglenang

ketika bekerja walaupun dia cuba

bersungguh-sungguh untuk melakukan kerjanya

dengan penuh dedikasi.

Dan dia juga pelik, sepanjang bekerja di

bangunan ini, tidak pernah sekalipun dia

berjumpa dengan pihak atasan. Ditanya kepada

mereka yang bekerja di tingkat lain, ketika sesi

merokok atau makan pagi mahupun tengahari,

mereka juga mengatakan perkara yang sama.

UHUKKK!!! UHUKKKK!!!

KOHHHHH!!! KOHHHHH!!!

KOHHHHH!!!!!

Seorang wanita yang baru melepasi dia,

tertunduk batuk sehingga mengeluarkan darah.

Beberapa orang lain yang menggunakan tangga

itu juga batuk berdarah. Dia berasa semakin

panik. Baru sebentar tadi dia merasakan batukbatuk

ini adalah kerana mereka semua tidak

pernah bersenam sejak bekerja. Tapi melihatkan

ramai sudah batuk berdarah, dia berasa cuak.

Cuak dengan apa yang terjadi.

Sepertinya berlaku serangan wabak

menyerang setiap pekerja yang bekerja di sini.

Dadanya sudah semakin sakit-sakit dan

langkahnya ternyata semakin perlahan.

PELEPUP! PELEPEP!

29


Beberapa tubuh manusia jatuh tergolek di

tangga. Semua tidak sedarkan diri. Semakin lama

semakin ramai yang longlai di tangga tersebut.

Dia terasa seperti berada di hari pengakhiran

memerhatikan apa yang terjadi. Nafasnya

semakin sempit. Dia tiada idea apa terjadi.

Dia memilih untuk duduk di anak tangga di

tingkat 13. Bunyi orang batuk yang tadi sangat

jelas dan kuat kini semakin berkurangan. Ramai

sudah rebah dan mendiamkan diri dengan mulut

berbuih mahupun berdarah.

UHUKKK!!! UHUKKKK!!!

Pandangannya semakin kabur dan kabur.

P a n d a n g a n n y a k e l a m . H a r i i n i , h a r i

menghapuskan mereka yang terpilih. Jabatan

yang berada di bangunan ini adalah jabatan yang

tidak diperlukan lagi.

30


Subuh

Marshmellow

Jack Malik

subuh marshmellow mengejutkan kita

dengan ungu udara merah jambu

warna kantuk terleleh perlahan

di oren pipi langit yang mula membiru

dan perkara pertama aku melihat

adalah mata teh o panasmu

menghangatkan lagi dakapan

di waktu pagi sabtu; waktu kita dua

berselubung dalam selimut kelabu

kegemaranmu membentuk sepasang

gunung-ganang dari tubuh kita

terlingkar semalam dalam gebar nyaman

menjadikan pemandangan di atas katil

tempat rindu berpuncak dan dingin pagi

tidak diizinkan masuk mengusik dengan

gigil menggigit seperti sunyi dulu sering

datang menghempap tidur dan mimpi;

membunuh harapan dan senyumku.

namun aku tahu bangun ku kini

pasti berbau wangi nasi lemak

atau roti canai cicah gula seperti sering

kau lakukan; betapa inginnya aku untuk

berada di antara putih pasir-pasir halus

terlekat di cubit-carik kecil tercecah

bibirmu kemudiannya lidahmu melebur

cicip rasa segala kasih dan sayangku

yang mengenyangkan senyummu.

31


atau bersahaja kita berbaringan

tak ke mana-mana hujung minggu ini

kerana denganmu

aku tak mahu lagi

berkejaran

lagi-lagi di waktu seawal ini.

32


Sarapan Pagi

Untuk Champions

Jack Malik

bakar hatiku rangup

kemudian calitkan

dengan sapuan

coklat & magis hatimu

makan bersama

telur goyang rembulan

hirisan daging sosej hashbrown

kemudian basuh dengan

kopi mentari cinta kita

atau gerhana jus oren bintang utara

sarapan pagi untuk

champions

nanti petang kita berdua

mendaki anak tangga dunia

sambil dendangkan lagu

bill conti & semangat rocky

“sayang

we gonna fly now”

33



Sebarang maklumbalas boleh hubungi:

litzin.kerjatangan@gmail.com

Teks setiap karya © kontributor/penulis

Sub-editor: Nurul Aizam

Desain, susunan & ilustrasi oleh

Ridhwan Saidi © 2018

Dicetak dan dijilid di Malaysia

oleh Rorschach Ink.



Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!