17.12.2019 Views

kerja tangan L

litzin kerja tangan isu L buatan Malaysia mokamochaink.com

litzin kerja tangan isu L
buatan Malaysia
mokamochaink.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.



kerja tangan

L

Rorschach Ink


Kerja Tangan adalah ruang katalis di mana penulis-penulis

dapat menerbitkan penulisan mereka hasil editorial rakus

dalam format ringkas tidak melebihi 600 patah perkataan

meski ada juga yang melebihi had tersebut tetapi dengan

syarat utama iaitu ia mesti bagus atau paling kurang:

luarbiasa. Rata-rata teks di dalam litzin ini samada ia

diterbitkan penuh dengan suntingan atau bagi sebilangan

teks yang belum cukup bagus, saya akan pilih bahagian

terbaik (boleh jadi dalam bentuk perenggan, stanza atau

baris ayat) dan cuba bikin teks tersebut agar ia boleh werk

bersendirian tanpa bantuan klise lain.

Kontributor dialu-alukan (esei, cerpen, puisi etsetera) dan

litzin ini selain diterbitkan secara berkala dan gratis via

laman sosial digital, ia juga diterbit dan dijual dalam bentuk

cetakan fizikal dalam usaha untuk menampung kerja-kerja

editorial dan kelangsungan litzin ini.

Maklum balas dan karya boleh diemel ke:

litzin.kerjatangan@gmail.com


kandungan

Interviu Nadia J. Mahfix

oleh Ridhwan Saidi

Selamat Tahun Baru, Hitler

oleh Najmuddin Yusoff

Anak Yatim Pergi Gig

oleh Qhaiyum Benjamin

Sakral / Loro

oleh Meor Hailree

Kiri Kanan

oleh mucky

Melihat Setan Bekerja

oleh Ridhwan Saidi



I n t e r v i u

Nadia J. Mahfix

Ridhwan Saidi

Nadia J. Mahfix salah seorang fotografer yang

saya ikuti kerja-kerjanya dan antara yang paling

saya suka zine ‘is this the [n]’ yang bernuansa

gelap tapi ada juga bibit-bibit harapan. Berikut

merupakan hasil interviu kami yang berlangsung

sekitar akhir tahun lepas.

RIDHWAN

Boleh cerita macam mana dapat kamera pertama? Ada

kisah waktu kecil atau sekolah yang masih ingat?

NADIA

Kalau ikutkan kamera pertama, rasanya dari zaman sekolah.

Dapat hadiah hari jadi dari ibu, compact film camera. Kalau

tak sebelum tu guna kamera keluarga yang sedia ada saja.

Jadi bila sudah ada kamera sendiri, segala benda yang

boleh tangkap, tangkap aja. Tapi sebab zaman tu kira filem

boleh tahan mahal juga, selalu juga la kena bebel membazir

shot.

7


RIDHWAN

Waktu tu yang tanggung cuci filem ibu? Membazir shot

yang bagaimana, apa yang anda tangkap waktu tu? Sudah

ada objek atau subjek tertentu yang menarik minat waktu

tu?

NADIA

Waktu sekolah biasalah, dapat duit poket hari-hari. Jadi

selalunya cuci filem guna duit poket yang dapat. Tangkap

gambar membazir seperti bangkai tikus, hahaha.

Malangnya tak tau mana negatif tu pergi. Banyak juga

negatif dah terbuang & hilang sewaktu pindah randah.

RIDHWAN

Oh, okay. Bangkai tikus dan kematian ni rasanya hingga

sekarang kerap saya perasan dalam foto-foto anda, apa

yang buat anda tertarik dengan hal-hal yang gelap

sebegini?

NADIA

Secara jujurnya, pada mulanya saya sendiri tidak sedar

akan tema hal-hal yang gelap sebegini wujud dalam hasilhasil

foto saya. Tetapi setelah ada beberapa insiden di

mana, kawan-kawan rapat hinggalah kenalan biasa saja

pun boleh, jika nampak tikus, burung (dan sebagainya) mati

terus hubungkaitkan dengan saya. Itu agak kelakarlah.

Dan buat saya terfikir sendiri, kenapa saya suka

tangkap foto berkaitan hal-hal sedemikian. Dan terusterang,

saya pun masih kurang pasti.

RIDHWAN

Tidak hanya benda-benda mati, imej burung terbang pun

ada juga dan ini mengingatkan saya kepada Nowhere,

antara buku foto Malaysia yang paling saya suka. Boleh

kongsi sedikit proses pembikinan buku tersebut. Dan selain

itu boleh juga kongsi beberapa projek photobook lain?

8


NADIA

Burung terbang mungkin simbolik untuk harapan &

kebebasan. Nowhere hasil daripada imej-imej yang

dihasilkan sewaktu terlibat dengan workshop Maggie

Steber. Ia cuba menceritakan tentang dua perkara tentang

kewujudan, iaitu kehidupan & kematian - dan selepas itu,

apa? Ia juga boleh dikatakan cuba menjawab kepada

photobook saya yang sebelum itu, ‘Is This The [n]’? *end.

Nowhere di-desain & cetak oleh Shafiq dari Rumah Amok.

Buat masa sekarang, masih belum ada photobook

dalam pembikinan. Idea ada, execution sahaja belum tiba

lagi. Dan juga, duit untuk membikinnya. Haha.

RIDHWAN

Ada banyak cara untuk kita share gambar, guna Instagram

dan laman sosial misalnya, lebih-lebih lagi sekarang zaman

internet. ‘Is This The [n]’? dan Nowhere itu misalnya kalau

di-transfer jadi slideshow laman web, ia akan jadi lain, atau

feel-nya akan jadi lain. Boleh tau kenapa pilih bentuk buku

fizikal atau ada apa-apa yang spesial bila buat dalam bentuk

berjilid?

NADIA

Zaman internet ni teknologi makin canggih. Kalau dulu kita

guna analog, sekarang kita beralih ke digital. Dengan

digital, kita boleh stor beribu hingga berjuta gambar ke

dalam memory card. Dan juga kita boleh upload sebanyak

foto ke segala bentuk laman sosial yang wujud. Tapi bagi

saya, feel dia tak sama dengan melihat hasil foto yang

dicetak dan boleh dipegang. Seperti membaca cerita, ada

beza membaca melalui e-book & buku fizikal. Baunya pun

lain. Dan rasa lebih, ‘real’. Sama juga seperti foto-foto.

RIDHWAN

Untuk sekarang, dari segi storan bagaimana? Kadangkadang

digital hard disk boleh korup dan gambar hilang

begitu aja. Pernah jadi macam ni?

9


NADIA

Malangnya pernah. Bukan sekali tapi dua tiga kali jugalah.

Jadi sekarang kerapkali buat back-up lebih. Kebelakangan

ini, lebih kepada analog fotografi, jadi ada juga simpan

negatif. Semoga kali ini tidak hilang lagi.

RIDHWAN

Pernah cuba rakam video? Kenapa still images? Apa yang

buat fotografi menarik atau spesial?

NADIA

Pernah, sekitar 2010 tak silap. Tolong kawan buat filem

eksperimental pendek. Menarik juga tapi proses mengedit

video tu yang tak sanggup nak lalui. Berjam-jam dengar

cerita kalau mahu edit video. Apa yang buat fotografi

menarik? Hmm, mungkin bunyinya cliché, tapi fotografi

bukan saja boleh bekukan sesuatu momen tapi juga boleh

menyembunyikan pelbagai lagi cerita tersirat. Macam kalau

kita lihat satu foto sekarang dan foto yang sama dalam 10

tahun lagi. Mungkin tanggapan kita tentangnya lain.

Perasaan & memori yang foto itu dapat evoke dari kita juga

lain.

RIDHWAN

Kembali kepada photobook, macam mana boleh tentukan

saiz foto atau saiz buku tersebut? Adakah saiz ini akan

evoke perasaan yang berbeza juga? Dan juga kualiti

printing, ‘Is This The [n]’? dan Nowhere pakai cetakan

risograf. Juga kualiti kertas. Semua ini semacam

memainkan peranan masing-masing.

NADIA

Ya, saiz foto, buku, jenis kertas dan cara pencetakan

memang memainkan peranan dalam pembikinan

photobook. Lebih-lebih lagi sebab kita bermain dengan

visual & tidak berharap kepada teks & caption untuk

mendapatkan sesuatu perasaan daripada sesiapa yang

memegang, melihatnya.

10


Macam untuk ‘Is This The [n]?’ pada mulanya mahu

di-design untuk menyerupai sebuah kitab. Tetapi atas

sebab-sebab tertentu, dibatalkan. Nowhere pula dicetak

sebegitu kerana saya mahukan ‘a timeless feel’ untuknya.

Entah kenapa saya memang tertarik dengan kertas kraft.

RIDHWAN

Apa pendapat tentang Malaysia umumnya dan fotografi

khususnya?

NADIA

Malaysia, susah nak kata. Tambahan lagi dengan keadaan

sekarang, pendapat yang ada terlalu berunsur pesimistik.

Ada sedikit perasaan love & hate. Sama seperti dengan

fotografi di Malaysia, kita punya ramai fotografer yang

berkebolehan & berbakat tetapi malangnya terkurung

dalam kelompok masing-masing. Terperangkap dengan

perasaan syok sendiri & ego masing-masing. Penuh politik

juga tetapi itu dalam bidang apa sekalipun ada permainan

politiknya. Sayang sekali. Kalau lihat negara jiran, mereka

jauh lebih sudah berkembang dari kita. Mungkin masalah

utama scene fotografi di Malaysia ini ialah tiada kurator.

RIDHWAN

Saya perasan kurator seni lokal umumnya apresiasi mereka

tentang fotografi lebih ke arah seni halus, jadi ada ruang

dan potensi fotografi yang semacam terlepas pandang.

NADIA

Ya, selalunya begitulah. Mungkin pada mereka kalau bukan

seni halus, maka bukan seni lah. Mungkin.

RIDHWAN

Ada fotografer dalam dunia yang anda suka? Ia mungkin

boleh jadi tingkap untuk orang lebih kenal anda atau

mereka sendiri boleh jatuh suka dengan fotografi.

11


NADIA

Mestilah ada. Ramai juga, salah satu daripadanya Masahisa

Fukase.

RIDHWAN

Ia mengingatkan saya kepada gagak. Dan foto-fotonya ini

ada semacam energi. Anda percaya foto boleh capture

energi? Seperti merakam di gig yang intens, bolehkan

intensiti ini kita transfer kepada mereka yang menatap

gambar?

NADIA

Ya, rata-rata memang akan ingat tentang gagak kalau

disebut nama Masahisa Fukase. Saya percaya foto boleh

merakam energi, sebab itu kadang-kadang bila kita melihat

foto, contohnya foto gig - kita seakan berada di situ juga. Ia

bergantung juga kepada fotografer yang merakam gambar

tersebut


selamat tahun

baru,

Najmuddin Yusoff

selamat tahun baru, hitler

adakah di neraka kausambut dengan bunga api juga?

mustahil.

aku bayangkan ada percikan bunga2 air

pada malam tahun barumu.

lalu ada yang gembira di kalangan kamu

ada juga yang menjerit dan marah2—membazir!

membazir!

tapi itulah—bukan api atau air yang buat

dunia (atau neraka) kita kutak-katik

tentu sekali bukan bunga yang selalu muncul

dalam sajak2, tak seperti ciku.

dan tak juga semestinya genosid yang dahsyat.

kutak-katik kita mungkin seremeh gadis2 cantik

memanjat papan tanda.

atau gadis2 cantik memakai tanda nama menyambut

murid-murid baru.

atau mungkin semudah gadis (cantik) bernama coco.

lalu hitler, ketepi!

beri laluan kepada tahun baru ini

untuk menular cerita-cerita

dan kita, terus ditinggalkan angka-angka.

13


Anak Yatim

Pergi Gig

Qhaiyum Benjamin

Lepas Alekzender terjun dari tembok itu, Frekensten dan

Eduwardo bertikam pandangan seraya mengangguk.

Sinaran bulan secara tak langsung bertindak sebagai lampu

picit bagi mereka bertiga. Alekzender menggengam erat

tangan Eduwardo bimbang kalau-kalau dia ketinggalan.

Cermin mata hitam dikeluarkan dari dalam poket seluar.

“Tak sabar gua nak tengok Anantasyia and The

Smokers perform,” ujar Alekzender penuh teruja.

Frekensten tunjuk ibu jari isyarat bagus.

“Tiket ada lu bawak tak?” Alekzender bersuara lagi.

Frekensten seluk saku dan tunjuk beberapa keping

tiket yang dikokotkan menjadi satu set. Kali ini giliran

Eduwardo pula tunjuk ibu jari tanda bagus.

Sampai sahaja di Dewan Persekutuan, ada tiga lelaki

berbadan sedap berdiri di pintu masuk. Frekensten seluk

saku dan tunjuk tiket-tiket itu kepada salah seorang lelaki

berbadan sedap tadi.

14


“Ni mana boleh masuk lu orang ni…” lelaki tadi

bersuara sambil hulur semula tiket kepada Frekensten.

“Kenapa bro? Gua pun beli tiket macam orang lain

juga.” Alekzender mula berang. Peluh yang mula merembes

langsung tak diambil peduli. Ada yang lebih mustahak saat

ini.

“Tengok la baju lu orang, ini bukan Sambutan Hari

Guru peringkat sekolah anak-anak yatim lu tahu?” balas

lelaki lagi satu yang secara figuratifnya lebih pendek

berbanding rakan-rakannya.

Eduwardo kepal buku lima. Baru saja dia mahu tunjuk

taring, ada seorang lelaki berambut punk dengan seluar

ketatnya keluar dari perut dewan.

“Apa kecoh-kecoh? Lu orang ada tiket? Ada masuk,

tak ada berambus,” marah lelaki itu.

“Tapi diorang ni anak yatim la Sebestiyen…” lelaki

pendek tadi bersuara lagi.

“Muzik kita untuk semua bro. Kalau bapak lu mahu

beli tiket tengok gua perform ini malam pun, gua boleh

jual.”

Ketiga-tiga lelaki berbadan sedap diam seribu bahasa.

Alekzender, Frekensten dan Eduwardo membontoti

Sebestiyen masuk ke dalam dewan. Gig sudah mula sejak

lima belas minit yang lalu. Kebetulan ketika itu Anantasyia

and The Smokers baru hendak perform. Sedang mereka

Alekzender dan Frekensten melompat-lompat bagai tiada

hari esok, Eduwardo kekal berdiri dan tersengih-sengih

melihat orang ramai. Akhirnya malam ini hajat mereka

untuk menjejakkan kaki ke gig sudah terlaksana. Ayat-ayat

suci Al-Quran yang selama ini menjadi halwa telinga

mereka akhirnya digantikan dengan ketukan dram dan

petikan gitar rancak.

Tiba-tiba suasana bertukar menjadi huru-hara.

Frekensten nampak Anantasyia lari ke belakang pentas

tanpa habiskan korus lagu berjudul Fakof itu. Alekzender

terpinga-pinga. Semua penonton lari ikut pintu yang tibatiba

wujud di sebelah penjuru kanan dewan. Beberapa

anggota polis acukan pistol ke arah mereka bertiga yang

15


hanya terdapat di dalam dewan. Bunyi hingar-bingar

bertukar sepi.

Frekensten lap manik-manik peluh di dahi tepat di

atas lencana Sekolah Anak Yatim As-Sodiqin. Eduwardo

pandang rakannya, Alekzender dan Frekensten berulang

kali. Mengharap salah seorang buka mulut.

“Tunduk! Jangan bergerak! Tangan atas kepala!” jerit

salah seorang anggota polis yang kemungkinan ketua

dalam gerakan serbuan kali ini.

Alekzender dan Frekensten akur dan mencangkung

sambil kedua-dua belah tangan diletakkan di atas kepala.

Namun tidak bagi Eduwardo. Dia masih pegun.

“Sila beri kerjasama! Letak tangan di atas kepala!”

jerit anggota polis itu buat kali kedua.

“Dia pekak.” Jelas Alekzender apabila Eduwardo

masih lagi tiada reaksi. Salah seorang anggota polis sisip

pistol di seluarnya dan mendekati mereka bertiga.

Mereka bertiga digari dan mencangkung di luar

dewan bersama beberapa lagi penonton yang berjaya

diberkas ketika masing-masing mahu melepaskan diri.

“Nama siapa?” tanya seorang anggota polis bertandanama

Masdo.

“Maaf tuan, dia pekak. Nama dia Eduwardo,” sampuk

Alekzender.

“Engkau?” tanya polis bernama Masdo itu lagi.

“Nama saya Alekzender.”

“Bukan kau. Aku tanya lagi sorang ni,” balas Masdo.

“Dia bisu, nama dia Frekensten.”

“Kau kalau cakap dengan orang, pandang la muka.

Dekat sekolah anak yatim tak belajar adab ke?”

“Maaf tuan, saya tak nampak,” kata Alekzender lalu

buka cermin mata hitam.

16


Sakral

Meor Hailree

Akal cetek mencetak,

Akal cantek menerap.

Mulut indah mengalun,

Mulut jahat meludah.

Bersua,

Berkongsi,

Mengenal,

Interaksi,

Suci.

17


Loro

Meor Hailree


19


20


21


22


Kiri Kanan

mucky

Mereka kaget berpelukan

Pasangan stok lain berpeluk erat

Memegang Tish Slayer, memeluk Kmj

Tidak lepas, dipegang dipeluk.

Air mula memenuhi ruang

Kiri, jika kananmu ini hilang

Jaga dirimu dengan baik

Kiri memeluk kanan erat.

Air memenuhi ruang

Menenggelamkan semua

Kmj dan Tish bersimpati

Dengan nasib stok.

Sab mula mencurah

Kiri memeluk erat kanan

Mes mula berputar

Sab melincirkan segalanya.

Kiri terpisah dari kanan

Kiri, bertahanlah, jerit kanan

Kiri pejam mata

Dibawa arus pulas air.

23


Pasangan stok yang lain bertahan

Mes berhenti berputar, air dikeluarkan

Pasangan stok bergelimpangan

Tersorok di dalam Kmj.

Setelah dipusing, dikering pula

Basah kuyup, kering perlahan

Kiri pengsan, dihambat putaran air

Menjerit nama kanannya.

Kanan, di mana kau, jerit kiri.

30 minit, pengering berhenti.

Seorang lelaki mengadu, celaka!

Mana lagi sebelah stokin aku?

24


Melihat Setan

Bekerja

Ridhwan Saidi

“Who whispereth in the hearts of mankind,”

– An-Nas 114:5, Pickthall

Seekor SETAN keluar dan meletakkan tujuh ketul batu di

atas pentas utama, satu persatu. SETAN lalu akan duduk di

kalangan audien.

Seorang LELAKI memakai ihram keluar dan mengutip batubatu

tersebut lalu mengadap audien, cuba melemparkan

batu tersebut ke arah SETAN yang bersembunyi di

belakang audien.

LELAKI

Rejam dia! Rejam dia!

[SETAN mengelak dengan bersembunyi dari

satu audien ke audien yang lain.]

25


LELAKI

Rejam dia! Rejam dia!

SETAN

Rileks lah bang, apa salah saya sampai abang

nak rejam saya pakai batu?

LELAKI

Sebab kau tu setan, setan!

SETAN

(Masih di belakang audien. Kedudukan audien

terletak di tengah-tengah antara LELAKI dan

SETAN)

Tapi apa dosa saya?

[LELAKI mula berfikir.]

LELAKI

(Tertanya sendiri)

Apa dosa setan?

SETAN

Ya, apa dosa saya?

LELAKI

Dosa? Kau lah punca segala dosa. Manusiamanusia

melakukan dosa atas bisikan dan

gangguan spesis-spesis macam kau.

SETAN

Mana buktinya?

LELAKI

Bukti? Dalam dunia ni kau tak perlu buktikan

yang setan itu jahat. Semua setan jahat.

26


SETAN

Itu generalisasi. Mungkin setan-setan lain ada

buat jahat tapi bukan saya. Saya tak kacau

abang pun.

LELAKI

Tapi tentu kau ada kacau orang lain, kan?

SETAN

Ya, saya ada kacau orang lain tapi itu urusan

antara saya dengan mereka. Abang tak ada hak

nak masuk campur hal urusan orang lain.

LELAKI

Apa yang kau dah buat?

SETAN

Macam-macam… memastikan mereka berat

tulang, jadi malas, tinggalkan sembahyang,

pastikan mereka ngantuk dengar khutbah

Jumaat, bila pandu kereta bertukar lorong

tanpa bagi signal, langgar lampu merah,

potong line bila semua orang lain beratur…

macam-macam.

LELAKI

Kau dah menggangu umat manusia seperti aku

jadi sebab itu kau mesti direjam!

SETAN

Dengan sifat agresif melulu sebegini, tindakan

abang pun tak ubah macam setan.

LELAKI

Auzubillah Himinassyaitanirrajim. Apa maksud

kau?

27


SETAN

Abang tak cukup tenang dan rasional, macam

manusia yang telah dikurniakan akal dan

intelek. Sedangkan saya setan lebih tenang.

Kita bincang dan jangan tindak melulu ikut

hawa nafsu, boleh?

LELAKI

Ah! Ini tentu tipu helah kau.

SETAN

Benda baik ni elok kita bawa berbincang.

LELAKI

Apa yang baiknya?

SETAN

Hubungan kita ini. Kenapa perlu kita

bermusuhan jika kita boleh berkawan dan

hidup bersama secara aman?

LELAKI

Tapi kau setan. Kau jahat.

SETAN

Dan abang pula?

LELAKI

Aku sebagai manusia boleh memilih untuk jadi

jahat atau baik dan aku memilih jalan kebaikan,

maka dengan itu kau harus aku musnahkan

dengan rejaman batu-batu jamrah ini.

SETAN

Tak bolehkah kita akhiri perseteruan ini?

Mungkin saya berguna untuk abang. Untuk

kehidupan abang.

28


LELAKI

Apa yang boleh seekor setan lakukan untuk aku

selain dari membawa manusia seperti aku ke

jalan neraka?

SETAN

Kita boleh diskas. Apa yang abang nak?

LELAKI

Apa yang aku mahukan?

SETAN

Ya, saya boleh tunaikan permintaan abang.

LELAKI

Segala permintaan pun?

SETAN

Ya, segalanya, tapi sudah tentu dengan

syaratnya.

LELAKI

Apa syaratnya?

SETAN

Apa permintaannya?

[LELAKI membelakangkan audien berfikir

sejenak.]

LELAKI

Aku mahu kau dan spesis-spesis kau pupus dan

tak lagi mengganggu umat manusia di atas

muka bumi ini.

SETAN

Boleh, dengan syarat abang jual jiwa abang

kepada saya.

29


LELAKI

Tidak!

SETAN

Kenapa tidak?

LELAKI

Aku tak akan jual jiwa aku kepada sesiapa,

apatah lagi kepada setan. Dan bagaimana boleh

aku percaya permintaan ini akan termakbul

lepas serahkan jiwa aku kepada kau?

SETAN

Sebab abang percayakan saya.

LELAKI

Aku tak percayakan kau.

SETAN

Tak, tak… abang percayakan saya kerana itu

saya sekarang berada di depan abang. Abang

nampak saya sebab saya adalah sebahagian

daripada kepercayaan abang. Kalau abang tak

percayakan saya, abang tak akan nampak saya

dan bercakap dengan saya.

[LELAKI mula berfikir.]

[SETAN berjalan ke arah LELAKI, mendekati

dan mengelilinginya.]

SETAN

Oleh sebab abang percayakan saya, saya akan

wujud dan sentiasa hidup di dalam diri abang

walau macam mana sekali pun saya direjam.

Saya tak akan hilang selagi kepercayaan abang

belum padam.

30


[SETAN menghulurkan tangan untuk bersalam

dengan tangan kanan, tangan kirinya

memegang bahu LELAKI.]

SETAN

Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

LELAKI

Jadi bagaimana boleh aku memadamkan kau

terus dari hidup aku?

SETAN

Hanya ada satu jalan.

LELAKI

Apa?

[SETAN hulurkan tangan dan angguk pinta

persetujuan.]

[LELAKI menghulurkan tangannya lalu

bersalaman dengan SETAN.]

(Salah seorang dari audien ke hadapan dan

tangkap foto mereka dengan flash. Mereka

pandang kamera.)

SETAN

(Berkhutbah ke arah audien)

Satu-satunya cara tersebut adalah dengan

abang memilih untuk tidak lagi mempercayai

agama. Hanya dengan tidak mempercayai

agama, dengan menjadi ateis barulah saya

akan hilang sepenuhnya dari kehidupan abang.

Kerana selagi abang beragama, selagi itu

konsep baik jahat, setan malaikat akan

mendominasi kehidupan abang dan malah

sehingga akhirat, saya akan masih berada di

sisi abang andai kata abang masuk ke neraka

31


nanti. Silap-silap, saya kena seksa sebelah

abang nanti kat neraka.

LELAKI

Aku… aku tak nak masuk neraka. Siapa kata aku

masuk neraka?

[LELAKI gugup dan terduduk sebentar.]

LELAKI

Ya, kau betul sebab dengan tidak beragama

konsep setan tidak lagi wujud dan kau secara

tak langsung akan hilang dari hidup aku. Tapi

secara tak langsung juga kalau aku pilih untuk

tak beragama, aku sebenarnya dah memilih

untuk berpihak dengan jalan setan… dalam

konteks beragama.

[LELAKI itu membelakangkan tubuhnya untuk

berfikir.]

[SETAN tertawa lalu keluar pentas ikut pintu

utama (bagi audien).]

[LELAKI itu pusing dan mencari SETAN di

kalangan audien tetapi tidak lagi bertemunya.]

LELAKI

Ada nampak setan pergi mana tadi?

(Audien mungkin boleh menjawab atau tidak)

Secara teknikalnya aku tak buat perjanjian

dengan setan kan? Ya, aku ada salam tangan

setan tadi tapi tak bermakna apa yang

terkandung dalam hati aku ni setuju… biar apa

pun persetujuan itu. Aku tak boleh tiba-tiba

keluar agama dengan hanya bersalam dengan

setan. Korang rasa macam mana? Aku kena

tipu dengan setan ke macam mana? Tak kan?

Bagus. Betul lah tu. Tapi ke mana setan tu

32


pergi? Ada nampak? Ada kat belakang sesiapa

ke? Ada setan bertopengkan manusia kat sini?

(LELAKI mengaksikan tindak mahu rejam

seperti di awal kisah)

[LELAKI itu terus mencari SETAN di kalangan

audien. Berjalan berpusing hingga ke belakang

kembali ke depan.]

[LELAKI meletakkan kembali batu-batu yang

dikutip di awal kisah, satu persatu.]

LELAKI

(Bercakap ke arah audien)

Mungkin ini lah perasaannya bila benda ada

depan mata tak kita hargai, tapi bila sesuatu tu

dah hilang baru kita rasa nak hargai benda yang

dah hilang tu. Walau pun benda tu… setan.

TAMAT

33


Sebarang maklumbalas boleh hubungi:

litzin.kerjatangan@gmail.com

Teks & foto setiap karya © kontributor/penulis

Guest editor dan susunan: Nurul Aizam

Desain, sub-editor & ilustrasi oleh

Ridhwan Saidi © 2018

Dicetak dan dijilid di Malaysia

oleh Rorschach Ink.



Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!