30.07.2015 Views

Annual Report 2011 - The Malaysian Institute Of Certified Public ...

Annual Report 2011 - The Malaysian Institute Of Certified Public ...

Annual Report 2011 - The Malaysian Institute Of Certified Public ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

President’s Statement Penyata Kewangan 1292.6 Buku Panduan BelajarKos pembangunan buku panduan belajar MICPA yang sebahagian besarnya terdiri daripada bayarankepada penulis dan penyemak semula dipermodalkan dan dilunaskan mengikut asas garis lurus keatas hayat ekonomi buku panduan belajar, yang dianggarkan dari 3 hingga 5 tahun.Bayaran untuk mengemaskini buku panduan belajar MICPA akan dibelanjakan dalam tahun di manabayaran dilakukan.Stok buku panduan belajar dicatat pada nilai terendah antara kos dan nilai boleh direalis bersih. Kosditetapkan mengikut asas masuk-dulu, keluar-dulu dan terdiri daripada kos percetakan. Nilai bolehdirealis bersih merupakan harga jualan yang dianggarkan dalam urusan perniagaan biasa tolakkesemua kos anggaran untuk menjual.2.7 Aset Tak Ketara Diperolehi Berasingan - Perisian KomputerAset tak ketara diperolehi berasingan adalah dinilai pada kos tolak sebarang pelunasan terkumpul dansebarang kerugian rosot nilai terkumpul. Pelunasan adalah diiktiraf berasaskan kepada garis lurus keatas hayat berguna yang dijangkakan, yang mana dijangkakan selama 3 tahun. Hayat berguna yangdijangka dan kaedah pelunasan disemak semula pada akhir setiap tempoh pelaporan dimana kesansebarang perubahan anggaran diambilkira secara prospektif.2.8 PeruntukanPeruntukan diiktiraf apabila Institut mempunyai satu obligasi semasa yang sah di sisi undang-undangdan konstruktif yang disebabkan oleh peristiwa lepas dan terdapat kemungkinan satu aliran keluarsumber melibatkan manfaat ekonomi diperlukan untuk menyelesaikan obligasi tersebut dan anggaranyang boleh dipercayai dapat dibuat bagi amaun obligasi tersebut. Di mana kesan nilai masa untuk wangadalah penting, jumlah peruntukan diukur pada nilai kini perbelanjaan yang dijangka akan diperlukanuntuk menjelaskan obligasi tersebut dengan menggunakan kadar pra-cukai yang menggambarkanpenilaian pasaran semasa nilai masa untuk wang dan risiko tertentu terhadap liabiliti tersebut. Di manadiskaun digunakan, peningkatan dalam jumlah sesuatu peruntukan disebabkan masa diiktirafkansebagai kos kewangan.2.9 Tunai dan Kesetaraan TunaiTunai dan kesetaraan tunai merangkumi tunai dalam tangan, baki di bank, deposit dengan bankberlesen dan pelaburan yang amat mudah cair yang boleh ditukar dengan mudah kepada amaun tunaidan tertakluk kepada risiko perubahan nilai yang tidak ketara. Penyata aliran tunai disediakan denganmenggunakan kaedah langsung.Tunai dan kesetaraan tunai dikategori dan dinilai sebagai pinjaman dan penghutang menurut polisiNota 2.15(c).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!