30.07.2015 Views

Annual Report 2011 - The Malaysian Institute Of Certified Public ...

Annual Report 2011 - The Malaysian Institute Of Certified Public ...

Annual Report 2011 - The Malaysian Institute Of Certified Public ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

President’s Statement Penyata Kewangan 133(a)Aset kewangan pada nilai saksama melalui untung atau rugiAset kewangan diklasifikasikan pada nilai saksama melalui untung atau rugi apabila asetkewangan tersebut sama ada dipegang untuk dagangan atau ditetapkan sebegini selepaspengiktirafan permulaan.Suatu aset kewangan diklasifikasikan sebagai dipegang untuk dagangan sekiranya:• ianya diperolehi terutamanya untuk tujuan menjual dalam jangka masa yang terdekat; atau• semasa pengiktirafan permulaan, ia merupakan sebahagian daripada portfolio instrumenkewangan dikenalpasti di mana Institut mengurus bersama dan mempunyai suatu coraksebenar terkini bagi mengaut untung jangka pendek; atau• ia adalah suatu derivatif yang bukan suatu instrumen lindung nilai yang ditetapkan dan efektif.Selepas pengiktirafan permulaan, aset kewangan pada nilai saksama melalui untung atau rugidinilai pada nilai saksama dengan sebarang perolehan atau kerugian yang wujud daripadaperubahan dalam nilai saksama diiktiraf dalam untung atau rugi. Perolehan atau kerugian bersihtersebut tidak termasuk sebarang perbezaan pertukaran, dividen atau faedah diperolehi daripadaaset kewangan. Perbezaan pertukaran, dividend dan faedah diperolehi daripda aset kewanganpada nilai saksama melalui untung atau rugi diiktiraf secara berasingan dalam untung atau rugisebagai sebahagian daripada pendapatan lain atau belanja lain.Derivatif yang berkaitan dengan dan patut dijelaskan dengan menggunakan instrumen ekuiti tidakdisebut harga di mana nilai saksamanya tidak dapat dinilai dengan kepastian adalah dinilai pada kos.(b)Pelaburan dipegang sehingga matangPelaburan dipegang sehingga matang adalah aset kewangan bukan derivatif dengan pembayaranditetapkan atau boleh ditentukan dan kematangan tetap di mana Institut mempunyai hasrat positifdan keupayaan untuk memegang sehingga matang.Berikutan pengiktirafan permulaan, pelaburan dipegang sehingga matang dinilai pada kosdilunaskan dengan menggunakan kaedah kadar faedah efektif. Suatu perolehan atau kerugiandiiktiraf dalam untung atau rugi apabila pelaburan dipegang sehingga matang dilucut pengiktirafanatau rosot nilai, dan melalui proses pelunasan.(c)Pinjaman dan penghutangPinjaman dan penghutang adalah aset kewangan bukan derivatif dengan pembayaran ditetapkanatau boleh ditentukan yang mana tidak disebut harga dalam suatu pasaran yang aktif. Penghutangperniagaan, pinjaman dan penghutang lain diklasifikasikan sebagai pinjaman dan penghutang.Berikutan pengiktirafan permulaan, pinjaman dan penghutang dinilai pada kos dilunaskandengan menggunakan kaedah faedah efektif. Perolehan dan kerugian diiktiraf dalam untung ataurugi apabila pinjaman dan penghutang dilucut pengiktirafan atau rosot nilai, dan melalui prosespelunasan.(d)Aset kewangan sedia untuk dijualAset kewangan sedia untuk dijual adalah aset kewangan bukan derivatif yang ditetapkan sebagaisedia untuk dijual atau tidak diklasifikasikan sebagai pinjaman dan penghutang, pelaburandipegang sehingga matang atau pada nilai saksama melalui untung atau rugi. Aset kewangansedia untuk dijual termasuk ekuiti disebut harga dan ekuiti tidak disebut harga dan instrumenhutang yang tidak dipegang untuk dagangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!