23.12.2012 Views

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

9

P E N Y A T A P E N G E R U S I

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya

membentangkan Laporan Tahunan dan Akaun bagi tahun

kewangan yang berakhir 30 April 1998.

KEPUTUSAN KEWANGAN

Bagi tahun kewangan dalam tinjauan, Kumpulan telah mencatat

kenaikan perolehan sebanyak 19.4% daripada RM1.83 bilion

kepada RM2.19 bilion. Keuntungan sebelum cukai Kumpulan

meningkat 32.1% kepada RM453.9 juta berbanding RM343.7 juta

yang diperolehi pada tahun sebelumnya. Pencapaian yang lebih

baik ini sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan yang

kukuh terhadap produk-produknya dan usaha yang berterusan oleh

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd (“Sports Toto Malaysia”) dalam

memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

DIVIDEN

Pada 7 Mei 1998, Berjaya Sports Toto Berhad (“Berjaya Sports

Toto”) mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah mencadangkan

dividen akhir 50% sesaham ditolak cukai pendapatan 28% bagi

tahun yang berakhir 30 April 1998.

Selaras dengan Seksyen 67A, Akta Syarikat 1965, pada 11

September 1998, Berjaya Sports Toto telah mencadangkan pembelian

sahamnya di Bursa Saham Kuala Lumpur (“BSKL”) sehingga

maksimum 10% daripada modal saham dan berbayarnya

tertakluk kepada semua syarat-syarat dan kelulusan daripada

pihak berkuasa terlibat dan pemegang-pemegang saham Syarikat.

Pada masa yang sama juga, Lembaga Pengarah ingin meminda

dividen akhir yang dicadangkan daripada 50% kepada 8%

sesaham ditolak 28% cukai pendapatan untuk diluluskan oleh

para pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan

datang. Dividen akhir yang dipinda kepada 8% bersama-sama

dividen interim sebanyak 18% yang dibayar pada 10 Februari

1998 akan mendatangkan jumlah taburan dividen kasar

sebanyak 26% bagi tahun kewangan berakhir 30 April 1998

berbanding 51% pada tahun sebelumnya. Dividen yang dipinda

akan membolehkan Syarikat mengumpul simpanan untuk membeli

semula saham-sahamnya sebagaimana yang dicadangkan.

PERKEMBANGAN KORPORAT

Pada 5 Mei 1998, Berjaya Sports Toto mengumunkan bahawa

syarikat sekutu 50% miliknya, Berjaya Lottery Management

(HK) Limited (“BLM”) telah mencadang penjualan

kesemua pegangan 40% dalam Philippine Gaming

Management Corporation (“PGMC”) kepada

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!