23.12.2012 Views

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

15

P E N Y A T A P E N G E R U S I

2000 menjelang 31 Disember 1998. Dalam langkah-langkah

yang membabitkan pihak luar, Kumpulan telah berusaha sedaya

upaya untuk memastikan semua perhubungan dan sistem mematuhi

keperluan Tahun 2000.

Perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memenuhi keperluan Tahun

2000 dijangka tidak akan memberi kesan kepada keputusan dan

mudah tunai Kumpulan bagi tahun semasa berakhir 30 April 1999.

TINJAUAN OPERASI

MALAYSIA

Sports Toto Malaysia, anak syarikat utama Berjaya Sports Toto,

mencatat perolehan berjumlah RM2.16 bilion dan keuntungan

sebelum cukai berjumlah RM448.1 juta semasa tahun dalam

tinjauan. Angka ini menunjukkan peningkatan masing-masing

sebanyak 19.4% dan 30.4% berbanding tahun sebelumnya

yang berakhir 30 April 1997.

Pencapaian yang memberangsangkan ini disebabkan

pertumbuhan jualan yang berterusan bagi pelbagai jenis

produknya dan perkhidmatan yang lebih baik oleh syarikat dan

ejen-ejennya kepada pelanggan.

Permainan-permainan bukan-4-Digit kini menjadi semakin

popular. Permainan Super 6/49 yang memperkenalkan semula

struktur hadiah Jackpot pada bulan Februari 1997, telah

mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Jumlah hadiah Jackpot permainan ini, yang mencecah angka

tertinggi RM8.5 juta sebelum ia dimenangi pada bulan April

1998, juga memberi sumbangan besar kepada pendapatan

syarikat pada tahun dalam tinjauan. Skim baru komisen

berkadar bagi ejen yang dilaksanakan pada bulan Februari

1997 turut membantu meningkatkan jualan permainanpermainan

bukan-4-Digit.

Kegawatan ekonomi memaksa syarikat meningkatkan langkahlangkah

untuk menjimatkan kos. Di mana boleh, perbelanjaan

dipotong ke tahap minimum tanpa menjejaskan operasi

perniagaan. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berterusan

untuk mencapai hasil yang diingini dalam usaha perjimatan.

LUAR NEGARA

Di Filipina, permainan 6-Digit merupakan permainan

keempat yang diperkenalkan di negara itu dan

telah dilancarkan di Luzon pada bulan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!