23.12.2012 Views

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

19

P E N Y A T A P E N G E R U S I

Sebagai bukti komitmennya yang kuat kepada pembangunan dan

promosi sukan di negara ini, Sports Toto telah menyumbang

RM49.2 juta kepada Majlis Sukan Negara bagi tahun kewangan

yang berakhir 30 April 1998.

Dalam bidang perkhidmatan kemasyarakatan, Sports Toto

Malaysia telah memberi sumbangan besar kepada Tabung Derma

Negara - sebuah dana yang ditubuhkan untuk membantu

menangani kegawatan ekonomi di negara ini, Yayasan Kesihatan

Mental, Yayasan Hati Malaysia, Tabung Pembinaan Rumah

Orang-Orang Tua - SIMEE, Tabung Amanah Taman Laut &

Khazanah Laut dan pelbagai badan kebajikan yang lain.

Di bawah program kebajikan “Kami Prihatin”, syarikat telah

memberi sumbangan tahunan Ang Pow Tahun Baru Cina bagi

tahun kesepuluh. Ang Pow dan hadiah Tahun Baru dalam bentuk

hamper kecil diedarkan melalui 46 buah pusat yang ditubuhkan

di seluruh negara. Lebih 13,000 warga tua berbilang bangsa

telah mendapat manfaat daripada kempen kebajikan ini.

Pelbagai kegiatan khas untuk kebajikan masyarakat juga

diadakan sempena Hari Raya Puasa dan Deepavali, termasuk

menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim

dari Rumah Anak-Anak Yatim Peyakin di Klang dan pembahagian

wang tunai dan hadiah Deepavali kepada golongan miskin dan

kurang berkemampuan di kawasan Petaling Jaya dan Sungei Way.

PROSPEK

Jika tiada sebarang halangan di luar dugaan, Sports Toto

dijangka mengekalkan pencapaian yang kukuh bagi tahun

semasa yang berakhir 30 April 1999.

PENGHARGAAN

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin merakamkan setinggitinggi

penghargaan kepada pihak pengurusan dan kakitangan

kerana dedikasi dan sumbangan mereka. Saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham, ejen

dan pelanggan kami, serta pihak berkuasa kerajaan kerana

sokongan mereka yang berterusan pada tahun lalu.

TAN SRI DATO’ SERI VINCENT

TAN CHEE YIOUN

Pengerusi

15 September 1998

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!