23.12.2012 Views

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

BERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

13

P E N Y A T A P E N G E R U S I

Jualan ini dilaksanakan selaras dengan cadangan pertukaran

oleh enam lagi pemegang saham Prime Gaming dari Filipina,

yang secara bersama dengan BLM akan menjual sejumlah

52.25% kepentingan mereka dalam Prime Gaming sebagai

pertukaran untuk saham biasa baru ILTS.

Apabila cadangan pertukaran saham tersebut selesai, BLM dan

pemegang-pemegang saham Filipina yang lain akan menjadi

pemegang saham terbesar ILTS, menguasai cantuman kepentingan

ekuiti sebanyak 75.4% dalam saham modal ILTS yang

diperbesarkan. Kepentingan BLM dalam ILTS akan meningkat

daripada 36.61% kepada 38.68%.

Sekiranya para pemegang saham Filipina tidak mahu menyimpan

saham ILTS, BLM menerusi sebuah syarikat sekutu, telah mendapat

opsyen untuk membeli saham ILTS mereka pada harga AS$2.40

sesaham berjumlah AS$13.65 juta. Dengan ini, BLM dan syarikat

sekutunya akan meningkatkan jumlah kepentingan ekuiti mereka

dalam ILTS kepada 75.4%.

Pada 20 Julai 1998, BLM membeli sejumlah 14.132 juta saham

biasa yang mewakili 14.2% kepentingan ekuiti dalam Prime

Gaming untuk pertimbangan tunai sebanyak 247.3 juta peso

(kira-kira RM24.73 juta) atau pada harga 17.5 peso sesaham

daripada dua pemegang saham Prime Gaming. Ini akan

meningkatkan pegangan BLM dalam Prime Gaming daripada

54.3% kepada 68.5%. Mengambil kira cadangan penjualan

20.9% kepentingan ekuiti dalam Prime Gaming kepada ILTS,

kepentingan secara langsung BLM dalam Prime Gaming akan

dikurangkan kepada 47.6%.

PERSEDIAAN TAHUN 2000

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Kumpulan kepada BSKL

mengenai persiapan menghadapi masalah Tahun 2000 pada

bulan Jun 1998, Lembaga Pengarah tidak menjangka alaf pepijat

Tahun 2000 akan menimbulkan sebarang masalah kepada

perniagaan atau menjejaskan kedudukan kewangan atau

kegiatan operasi Kumpulan pada masa hadapan.

Sebagai memberi perhatian yang sewajarnya kepada alaf pepijat,

sebuah pasukan petugas telah ditubuhkan dan kakitangan

berkelayakan diambil untuk menguruskan aktiviti di dalam

operasi loteri dalam talian yang berkaitan dengan masalah

Tahun 2000. Langkah-langkah telah diambil untuk

memastikan semua sistem komputer dan operasi

Kumpulan disesuaikan dengan keperluan Tahun

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!