11.07.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM9. PENGURUSAN PENYENGGARAAN JALAN9.1 LATAR BELAKANG9.1.1 Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkeluasan 290.3 kmpersegi dibahagikan kepada 56 seksyen merangkumi Daerah Petaling dan sebahagianDaerah Klang. MBSA bertanggungjawab membina dan menyenggara jalan yangmenghubungkan semua seksyen di kawasan pentadbirannya. MBSA dianggar perlumenyenggara jalan sepanjang 2,070 km. Objektif penyenggaraan adalah bagi memastikanpermukaan dan persekitaran jalan sentiasa memberi pemanduan yang selesa dan selamatserta mengurangkan kos operasi kenderaan.9.1.2 Penyenggaraan jalan bermaksud pemeliharaan, penjagaan dan pemulihan jalan,longkang, pembetungan dan perabot tepi jalan seperti papan tanda nama jalan/amaran,pondok peta, papan tanda maklumat dan alat keselamatan jalan yang menjadi sebahagiandaripada jalan tersebut. Kos untuk menyenggara jalan dibiayai bersama dari peruntukanMBSA dan Kerajaan Persekutuan melalui Pemberian Penyenggaraan Jalan Raya KepadaNegeri (MARRIS), program BP1 (Projek-projek Kecil Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan)dan BP6 (Pembangunan Penempatan Tradisional Dan Tersusun Dalam Kawasan PihakBerkuasa Tempatan) serta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).Perbelanjaan yang dilakukan terhadap penyenggaraan jalan bagi tahun 2007, 2008 dan2009 adalah masing-masing berjumlah RM20.72 juta, RM36.41 juta dan RM19.88 juta.9.2 OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada penyenggaraan jalan dikawasan MBSA telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mencapaimatlamatnya.9.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN9.3.1 Skop pengauditan meliputi kerja penyenggaraan jalan yang dilaksanakan oleh MBSAdan diswastakan bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009. Pengauditan dijalankan di PejabatMBSA dan Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).9.3.2 Pemeriksaan dilakukan terhadap rekod dan dokumen berkaitan yang diselenggara dipejabat MBSA dan UPEN. Temu bual dengan pegawai yang bertanggungjawab juga telahdiadakan bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan. Selain itu lawatan fizikal ke lokasi103

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!