11.07.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Berdasarkan maklum balas SIC terhadap kelemahan pengurusan kewangan yangdibangkitkan di atas, pihak <strong>Audit</strong> dimaklumkan SIC sedang menyediakan garispanduan dan prosedur kerja meliputi pengurusan kewangan dan dijangka akandigunakan pada akhir tahun 2010. Selain itu, SIC juga telah memberhentikanpengurusan pembelian dan penjualan saham tersiar harga pada pertengahan tahun2009. PKNS akan melantik konsultan bagi memantau aktiviti penjualan saham sertamemberi khidmat nasihat bagi mengurangkan kerugian terhadap pelaburan saham.12.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDITSecara keseluruhannya, aktiviti utama yang dilaksanakan oleh SIC tidak selarasdengan objektif PKNS memiliki 100% ekuiti SIC. Ini menyebabkan matlamat PKNS untukmembangunkan kawasan luar bandar menjadi kawasan perindustrian berdaya majutermasuk membantu memajukan pemilik industri kecil di Negeri Selangor melalui SIC tidaktercapai. SIC juga masih belum berupaya memberi pulangan sekurang-kurangnya 10%setahun terhadap modal PKNS yang berjumlah RM35 juta. Ini disebabkan walaupun telah 25tahun beroperasi SIC masih belum berjaya memperkembangkan aktiviti perniagaan danmasih bergantung kepada perolehan projek daripada PKNS. Pihak <strong>Audit</strong> mengesyorkan SICdan PKNS mengambil tindakan terhadap perkara berikut bagi mempertingkatkan prestasisyarikat:a) SIC hendaklah memperkukuh prestasi kewangan dengan mempertingkat perolehanprojek, menceburi bidang perniagaan baru serta membuat benchmark dengan syarikatyang berdaya maju selaras dengan visi dan misi syarikat. SIC perlu mengkaji semulaobjektif syarikat dan menyediakan rancangan korporat jangka pendek dan jangkapanjang dengan petunjuk prestasi yang jelas, mampu dicapai dan selaras denganobjektif yang ditetapkan oleh PKNS.b) SIC hendaklah memperkemas dan mengamalkan tadbir urus korporat yang baik denganmenjadikan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia sebagai amalan terbaik dan mengemaskini prosedur kerja meliputi pengurusan kewangan serta selaras dengan peraturan yangditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993, Bil. 11 Tahun 1993dan Bil. 12 Tahun 1993.c) Lembaga Pengarah PKNS hendaklah mewujudkan sistem pemantauan yang mantapdan memastikan semua syarikat subsidiarinya mematuhi dasar dan peraturan KerajaanNegeri Selangor serta Amalan Tadbir Urus Korporat Malaysia.d) Lembaga Pengarah PKNS hendaklah memastikan pegawai PKNS atau pegawaikerajaan yang menganggotai Lembaga Pengarah syarikat subsidiari mematuhiperaturan yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1985 danPekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1993.151

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!