11.07.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Semakan <strong>Audit</strong> mendapati prestasi pengurusan aktiviti SIC adalah tidak memuaskan sepertiaktiviti utama tidak selaras dengan objektif syarikat, prestasi keuntungan aktiviti menurun,pengurusan aktiviti tidak mematuhi peraturan dan prestasi kewangan syarikat subsidiari tidakmemuaskan. Penjelasan lanjut mengenai prestasi pengurusan aktiviti seperti berikut:a) Aktiviti Utama Tidak Selaras Dengan Objektif SyarikatPekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menetapkan syarikat kerajaan perlumenyediakan atau mengemas kini strategi dan rancangan korporat masing-masingbagi mencapai matlamat jangka pendek (tahunan) dan jangka panjang. Rancangankorporat yang disediakan perlu di bentang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah danhendaklah selaras dengan objektif penubuhan sesebuah syarikat. PKNS menetapkanobjektif SIC adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar menjadi kawasanperindustrian berdaya maju merangkumi membantu memajukan pemilik industri keciltermasuk menyediakan kemudahan premis perniagaan sama ada secara jualan ataudisewa.Semakan <strong>Audit</strong> mendapati aktiviti utama yang dijalankan pada tahun 2007 hingga 2009tidak selaras dengan objektif yang ditetapkan. Projek pembangunan hartanah yangdilaksanakan terdiri daripada membangun dan membina rumah kediaman mewah dankos sederhana serta bangunan komersial. Tiada aktiviti membangunkan kawasan luarbandar menjadi kawasan perindustrian dan tiada premis perniagaan dibina sama adauntuk dijual atau disewakan kepada syarikat industri kecil. Ini disebabkan SIC tidakmenyedia dan mengemaskini rancangan korporat bagi mencapai objektif syarikat yangditetapkan oleh PKNS. Pemantauan yang dijalankan oleh Lembaga Pengarah SIC danPKNS tidak merangkumi pencapaian objektif PKNS memiliki 100% ekuiti dalam SIC.Kesannya objektif PKNS untuk membangunkan kawasan luar bandar menjadi kawasanperindustrian berdaya maju dan memajukan syarikat industri kecil di Negeri Selangortidak lagi dilaksanakan oleh SIC secara berterusan.Pengurus Besar SIC memaklumkan objektif asal syarikat ada dilaksanakan padaperingkat awal penubuhan dan sebelum tahun 2007. Bagaimanapun, bersesuaiandengan perkembangan ekonomi semasa, SIC perlu mempelbagai aktiviti bagimeneruskan operasi. Semua aktiviti yang dijalankan telah diluluskan dalam bajettahunan oleh Lembaga Pengarah SIC. Selain itu, SIC memaklumkan rancangankorporat bagi tahun 2011 hingga 2014 sedang disediakan dan akan dibentang untukkelulusan Lembaga Pengarah pada bulan November 2010. SIC bersetuju dengan syorpihak <strong>Audit</strong> untuk mengkaji semula objektif asal dan aktiviti yang sesuai supaya SICterus berkembang.b) Prestasi Keuntungan Aktiviti MenurunAktiviti utama SIC adalah menjadi pembekal bahan binaan bangunan; menjalankanpembinaan dan pengurusan projek; serta melaksanakan pembangunan hartanah.141

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!