11.07.2015 Views

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

negeri selangor - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

d) Pembayaran BonusPekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993 menetapkan cadangan bayaran bonuskumpulan syarikat subsidiari Kerajaan hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarahsyarikat dan Lembaga Pengarah Agensi Kerajaan serta dikemukakan kepada PihakBerkuasa Negeri dalam tempoh sebulan selepas akaun tahunan ditutup. Cadanganbayaran bonus perlu dikemukakan serentak dengan cadangan bayaran dividen kepadapemegang saham.Semakan Audit mendapati SIC telah membayar bonus kepada eksekutif dankakitangannya pada tahun 2007 hingga 2009 seperti di Jadual 12.7.Jadual 12.7Bayaran Bonus Bagi Tahun 2007 Hingga 2008200720082009Butiran(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)Untung Sebelum Cukai 5.20 2.26 2.17Bonus Interim 0.33 0.28 0.27Bonus Akhir 0.26 0.14 Belum DicadangkanJumlah Bonus 0.59 0.42 0.27Kadar Bonus (Bulan) 4.5 3 2 (interim)Bilangan Pekerja 45-47 48-45 40Sumber: Rekod Kewangan SICAnalisis Audit terhadap jadual di atas mendapati, bayaran bonus berjumlah antaraRM270,000 hingga RM590,000 telah dibayar kepada eksekutif dan kakitangan SIC padatahun 2007 hingga 2009. Bayaran bonus antara 2 hingga 4½ bulan gaji telah dibayarberdasarkan keuntungan tahunan berbanding tahun sebelum dan tidak berdasarkanprestasi kewangan dan prestasi aktiviti SIC yang masih bergantung kepada PKNS.Cadangan pembayaran bonus tahun 2008 dan 2009 tidak dikemukakan kepada PihakBerkuasa Negeri Selangor seperti yang ditetapkan oleh peraturan. Kesannya,pembayaran bonus dibuat tidak selaras dengan peraturan yang ditetapkan terhadapsyarikat kerajaan.SIC memaklumkan pembayaran bonus syarikat telah diluluskan oleh LembagaPengarah SIC dan mulai tahun 2008 dikemukakan untuk kelulusan JawatankuasaKewangan PKNS.e) Jawatankuasa AuditPekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993 menggariskan keperluan penubuhanJawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan terhadap syarikatKerajaan; mengawasi dasar dan sistem perakaunan, kawalan dalaman, laporankewangan serta etika perniagaan syarikat; dan menentukan sumber kerajaan diurusseberapa cekap dan efektif untuk memenuhi objektif korporat dan sosial. Pengurus AuditDalam Agensi Kerajaan hendaklah menjadi setiausaha Jawatankuasa dan perlulahberpengalaman serta menjadi ahli badan profesional Institut Akauntan Malaysia.147

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!