12.07.2015 Views

KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI Seluruh Malaysia

KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI Seluruh Malaysia

KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI Seluruh Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ziarah Masjid Di <strong>Malaysia</strong>Masjid Diraja Ubudiah,Kuala KangsarMasjid Diraja Ubudiah terletak di sebelah kawasan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Masjid ini dibina atas titah Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke -28 (1887-1816)kerana menunaikan nazar ketika baginda gering.Kerajaan Negeri Perak kemudiannya telah mengarahkan Coloney Huxley dari PejabatKerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendakdidirikan itu. Tugas membuat pelan reka bentuknya telah diserahkan kepada Hubbeck,seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan pembinaan bangunan itu puladiserahkan kepada Caufeld, iaitu ketua jurutera di Negeri Perak ketika itu. Pada hariJumaat, 25 Syawal 1331 Hijri bersamaan 26 September 1913 Masihi, Sultan Idristelah meletakkan batu asas masjid tersebut.Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketulketulmarmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh duaekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan. Penghantaran batumarmar yang dipesan dari Itali pula tergendala akibat meletusnyaPerang Dunia Pertama. Setelah beberapa halangan berlaku, padatahun 1917 Masihi barulah masjid yang terindah di Negeri Perak inidengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil NasaruddinShah, iaitu pengganti Sultan Idris yang mangkat pada tahun1916 Masihi.Masjid Jamek Bagan SeraiMasjid Jamek Bagan Serai yang terletak di Daerah Kerian ini telah dirasmikanoleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan MuhibuddinShah, Raja Muda Perak, sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan DuliYang Maha Mulia Seri Sultan Perak ke-73 pada 14 Rabiulakhir 1422 Hijri bersamaan6 Julai 2001 Masihi. Masjid ini dibina bagi menampung keperluan jemaah yangsemakin bertambah dan juga bagi menggantikan kedua-dua masjid yangsedia ada, iaitu Masjid Lama Bagan Serai dan Masjid Tinggi Lama Bagan Serai.Masjid ini dibina berkonsepkan gabungan antara seni bina Moghul danAfrika Selatan. Mempunyai reka bentuk bumbung berbentuk rata dan bersegiserta menggunakan reka bentuk kubah berbentuk bawang.Sinar Rohani Bil. 2/201121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!