12.07.2015 Views

KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI Seluruh Malaysia

KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI Seluruh Malaysia

KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI Seluruh Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Sains dan IslamOleh: Mohd Amri AbdullahKesempurnaan Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolokbandingnya yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk dietmakanan Rasulullah SAW. Mengikut Pertubuhan Kesihatan sedunia(WHO), amalan gaya hidup mewah pada masa kini (makanmakanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkanpeningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanandarah tinggi, strok, diabetes dan kanser. Pertubuhan JantungAmerika Syarikat menyarankan: “ Semua kanak-kanakdan orang dewasa perlu mengumpulkan sekurangkurangnya30 minit aktiviti fizikal sederhana padakebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap haridalam seminggu”.“DIET”RASULULLAH SAWPenulis cuba ungkapkan bagaimana RasulullahSAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani dalammenyampaikan seruan Allah kepada umatnya. RasulullahSAW mengajar umatnya dengan sabdanya: “Kami adalahsatu kaum yang tidak akan makan melainkan apabilasudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernahsampai kenyang.” Daripada Aisyah RA: Rasulullah SAWtidak pernah makan roti dan juga daging sampai kenyanghingga dua kali dalam satu hari. ( Riwayat Muttafaqun‘alaih). Aisyah RA juga berkata: “Bala yang pertamatamasekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergianNabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabilasesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, laluakan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalelalahsyahwatnya”. (Riwayat Bukhari ).Aisyah RA berkata lagi: “Tidak pernah keluarga RasulullahSAW kenyang makan roti gandum tiga hari berturutturutsejak beliau datang ke Madinah sehingga beliaumeninggal dunia”. Suatu riwayat yang diberitakan olehAbu Nu’aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn Najjar daripadaAbu Hurairah RA dia berkata: “Aku pernah datang kepadaRasulullah SAW ketika baginda sedang sembahyangduduk, maka aku pun bertanya kepadanya: “YaRasulullah, mengapa aku melihatmu bersembahyangduduk, apakah engkau sakit? Jawab baginda: “Aku laparwahai Abu Hurairah”. Mendengar jawapan baginda itu,aku terus menangis sedih melihatkan keadaan bagindaitu. Baginda merasa kesian melihat aku menangis laluberkata: “Wahai Abu Hurairah, jangan menangis, keranaberatnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orangyang hidupnya lapar di dunia jika ia menjaga dirinyasemasa hidup di dunia.”Selain menjaga kebersihan dan berdoa, RasulullahSAW makan makanan seimbang (satu pertiga), makanperlahan-lahan, sederhana, berkongsi dan makanbersama-sama. Rasulullah SAW suka minum susu, danmakan buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur danbubur. Ini kerana semuanya mempunyai khasiat yangtinggi dan diet pemakanan. Sebagai contoh, susuadalah makanan yang lengkap, kaya dengan protein,kalsium, vitamin A dan B, zat protein yang berkualiti tinggiyang penting untuk membina dan membaiki tisu badanserta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan,penting untuk elak ‘osteoporosis’(3-4 cawan sehari). Susujuga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium,vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin D. Susu lembumempunyai peratusan 87% air dan 13% pepejal. FirmanAllah dalam surah an-Nahl: 66: “Dan sesungguhnya padabinatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaranSinar Rohani Bil. 2/201123

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!