13.07.2015 Views

negeri perak - Jabatan Audit Negara

negeri perak - Jabatan Audit Negara

negeri perak - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KATA PENDAHULUAN1. Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendakiKetua Audit Negara selain mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri di mana telahdilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 mengenai Penyata KewanganKerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri, Ketua Audit Negarajuga dikehendaki mengaudit aktiviti Kerajaan Negeri dan mengemukakan Laporanmengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong akan menitahkan supaya Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan di Parlimenmanakala Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memperkenankanuntuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Undangan Negeri Perak. Bagimemenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan PengauditanPrestasi yang bertujuan untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti Jabatan/Agensi danPengurusan Syarikat Kerajaan Negeri telah dilaksanakan dengan cekap, berhemat danselaras dengan objektif aktiviti berkenaan.2. Laporan saya mengenai pelaksanaan Aktiviti Jabatan/Agensi dan PengurusanSyarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2011 adalah hasil daripada pengauditan yangdijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di 5 buah Jabatan, 5 buahPihak Berkuasa Tempatan, 1 Agensi dan 3 buah Syarikat Kerajaan Negeri. Laporan tersebutmengandungi 3 bahagian seperti berikut:Bahagian I : Aktiviti Jabatan/Agensi NegeriBahagian II : Pengurusan Syarikat Kerajaan NegeriBahagian III : Perkara Am3. Pengauditan terhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk menilai sama adaprogram dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempohyang ditetapkan, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Pada umumnya,pengauditan yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan,pelaksanaan dan pemantauan oleh Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2011 yang sayalaporkan dalam Laporan ini. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangansistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaanpemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan. Semua PegawaiPengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yang dilaporkan untukpengesahan mereka. Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagimengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 32 syoruntuk diambil tindakan oleh Ketua Jabatan berkenaan.4. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap Laporan ini dapatdijadikan asas untuk memperbaiki segala kelemahan, memantapkan usahavii

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!