10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAB 10 : FAKtOR KEJAYAAN UtAmA

Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, sistem TVET merupakan salah satu aliran yang

diiktiraf sebagai satu sistem yang berperanan untuk membentuk individu yang mempunyai kemahiran

teknikal dan kompetensi yang tinggi seperti yang diperlukan oleh industri dan negara pada masa ini dan

pada masa hadapan.

Hakikatnya, perubahan masa dan perkembangan teknologi yang pesat pada era globalisasi ini menuntut

peningkatan kepada kualiti penyampaian dan perkhidmatan TVET oleh kolej komuniti kepada masyarakat

dan pemegang taruh yang lain terutamanya golongan belia. Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai usaha,

pengubahsuaian, strategi, tindakan dan sasaran telah dirancang dalam buku pemerkasaan ini demi

memartabatkan kolej komuniti sebagai pilihan utama untuk latihan kemahiran dan hab pembelajaran

sepanjang hayat.

Namun demikian, untuk memastikan kejayaan dan keberhasilan strategi yang digariskan, beberapa faktor

kejayaan utama yang merupakan syarat atau premis penting perlu ada bagi memastikan kolej komuniti

berjaya mencapai matlamat pemerkasaan. Kejayaan teras-teras yang telah dikenal pasti ini bergantung

kepada senarai faktor berikut:

• Sokongan pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi;

• Nilai sepunya atau nilai kongsi di kalangan warga JPKK dan kolej komuniti;

• Komitmen ketahanan dan iltizam warga JPKK dan kolej komuniti;

• Penjajaran fungsi dan struktur kolej komuniti; dan

• Pengurusan dan kepimpinan yang transformasional.

Keseluruhan faktor yang melibatkan organisasi, tenaga pengajar, staf sokongan, kepimpinan, para profesional,

tadbir urus dan peruntukan perlu digembleng secara optimum dengan bijaksana agar impak yang positif

dapat dihasilkan ke arah memartabatkan kolej komuniti.

Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015 81

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!