10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAB 8 : tERAS 5

mEmPERKUKUH KERJASAmA StRAtEGIK DENGAN

RAKAN INDUStRI DAN AGENSI

JPKK merangka pelbagai pelan dan tindakan bagi memperkasa kolej komuniti, antaranya melalui beberapa

kerjasama strategik dengan rakan-rakan industri. Rakan-rakan industri dilihat sebagai penyumbang penting

kepada keberkesanan serta kemajuan kolej komuniti dan mereka juga merupakan enjin penggerak utama

kepada pembangunan ekonomi negara.

Bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan rakan industri dan agensi, tiga strategi telah dikenal pasti

iaitu :-

• Mewujudkan perkongsian pintar dengan pihak industri;

• Menyediakan lulusan kolej komuniti sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih (k-workers)

untuk 5 koridor Pembangunan Ekonomi; dan

• Melaksanakan kerjasama Public-Private Partnership

dengan syarikat terpilih.

mEWUJUDKAN PERKONGSIAN PINtAR DENGAN PIHAK INDUStRI

Pihak industri merupakan penyumbang penting dalam memberi pendedahan situasi sebenar alam pekerjaan

kepada pelajar kolej komuniti. Perkongsian pintar antara JPKK, kolej komuniti dan industri perlu terus

dipertingkat bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di kolej komuniti memenuhi keperluan

pasaran semasa. Melalui perkongsian pintar, kerjasama strategik dan kolaborasi dengan pihak industri,

kualiti penyampaian pengajaran, kompetensi pensyarah dan pelajar, dan kebolehdapatan kerja pelajar akan

dipertingkatkan.

Perkongsian pintar merupakan satu usaha untuk menyediakan latihan pendidikan rasmi yang memberi

tumpuan kepada program latihan profesional dan separa mahir bersesuaian dengan keperluan industri

semasa. Melalui kerjasama ini pelajar kolej komuniti berpeluang menerima tunjuk ajar daripada tenaga

Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015 69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!