10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENJAJARAN FUNGSI DAN StRUKtUR JPKK DAN KOLEJ KOmUNItI

Walaupun mempunyai kelebihan dan kekuatannya tersendiri, JPKK dan kolej komuniti menyedari perlunya pengembangan

program pengajian sedia ada; terutamanya dari perspektif sektor industri. Program yang dipacu industri atau industry

driven

akan meningkatkan kualiti graduan yang dihasilkan serta tahap kebolehdapatan pekerjaan dan kebolehpasaran

graduan. Secara tidak langsung, graduan yang berkualiti tinggi akan ditawarkan gaji yang lumayan.

Semua kolej komuniti perlu mengenal pasti bidang tujahan (niche areas) masing-masing berdasarkan kekuatan yang

terdapat di institusi masing-masing. Kepakaran pensyarah-pensyarah perlu digilap sejajar dengan tuntutan pembangunan

bidang tujahan agar kolej komuniti dimartabatkan sebagai pusat rujukan dalam bidang-bidang tersebut. Umumnya tindakan

ini memberi peluang kepada organisasi untuk menambah baik sistem tadbir urus dan memperkukuh sistem penyampaian

yang sedia ada.

PELAKSANAAN PENARAFAN KOLEJ KOmUNItI

Langkah memperkenalkan sistem penarafan bukan bertujuan mencari kelemahan atau kesalahan, sebaliknya sebagai

motivasi serta peringatan kepada kolej komuniti untuk berusaha mempertingkat standard kualiti pelaksanaan

program pendidikan dan latihan...

Amanat Tahun Baru YB Menteri Pengajian Tinggi,

Januari 2012

Pada tahun 2009, semua institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia telah melalui proses penilaian dan penarafan kualiti

pembelajaran dan pengajaran yang dikenali sebagai SETARA. Proses penarafan ini juga diteruskan di kolej-kolej swasta

dengan menggunakan sistem MyQuest

manakala Penarafan Politeknik

(PolyRate)

dilaksanakan bagi pengajian di Politeknik

pada tahun 2011. Sehubungan itu, sewajarnya kualiti pembelajaran dan pengajaran di kolej komuniti turut dinilai dan

diberi penarafan. Usaha ini akan menjamin peningkatan kualiti perkhidmatan, pembelajaran dan pengajaran serta kualiti

graduan yang dihasilkan.

Secara tidak langsung, penarafan ini akan memperbaiki persepsi awam terhadap pengajian

di kolej komuniti. Daripada kaca mata dunia, inisiatif ini seiring dengan perubahan globalisasi pendidikan dan latihan

teknikal dan vokasional yang semakin mencabar.

52 Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!