10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

AKADEmI PELANCONGAN LANGKAWI (LANGKAWI TOURISM ACAdEMy)

Dalam tempoh pemerkasaan ini suatu projek contoh yang melibatkan kerjasama sektor awam dan swasta telah diperkenalkan.

Ia merupakan usaha sama antara sektor kerajaan (KPT, EPU dan PEMANDU) dengan institusi pendidikan swasta (Taylor’s

University). Pada dasarnya projek ini bertujuan memindahkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi baru kepada kolej

komuniti di Langkawi melalui institusi pengajian tinggi swasta yang mempunyai bidang tujahan dalam bidang hospitaliti,

kulinari dan pelancongan. Berasaskan premis usahasama di antara kedua-dua pihak ini, matlamat utama projek bertujuan

menyokong inisiatif kerajaan mewujudkan serta menjenamakan Kolej Komuniti Langkawi (KKL) sebagai Akademi Pelancongan

yang bertaraf antarabangsa.

Objektif kerjasama:

Melaksanakan program bersama bagi jangkamasa lima tahun untuk mencapai objektif berikut :-

Membangun sijil latihan teknikal bersama (joint certification) sejajar dengan peringkat SMK dan SKM;

Memperkasa serta menambahbaik kemudahan sedia ada di KKL;

Membangun bakat komuniti tempatan dengan kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf untuk memenuhi keperluan

koridor ekonomi utama khasnya untuk industri perhotelan di Langkawi;

Mewujudkan jaringan kerjasama dengan rakan kongsi dalam bidang hospitaliti, kulinari dan pelancongan; dan

Membina upaya tahap kemahiran tenaga pengajar di KKL melalui program latihan.

Antara sasaran yang perlu dicapai adalah seperti di bawah:

2 pengambilan setahun bermula 2013; dan

Jumlah pengambilan tahunan ialah 200 orang. Graduan daripada program ini akan diserapkan ke dalam industri

perhotelan berdekatan.

Pewujudan Akademi Pelancongan haruslah

berbentuk jangka panjang dengan

memperkasa bidang-bidang lain dan

menawarkan program lanjutan profesional

di tempat-tempat ternama dunia.

82 Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!