10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KISAH KEJAYAAN SEORANG PELAJAR KELAINAN UPAYA

Usahawan berjaya dalam kalangan peserta golongan kurang upaya ialah En. Yusri bin Mohd

Shapiee. Beliau mengalami

masalah pendengaran sejak lahir lagi. Setelah mendapat pendidikan

awal di Sekolah Rendah Sungai Kob, beliau meneruskan pendidikan menengah di Sekolah

Menengah Syed Ahmad

Al-Bokhari, Alor Setar sehingga Tingkatan 3 (Pendidikan Khas).

Kemudian beliau

menyambung pendidikan ke Tingkatan 4 dan 5 (Pendidikan Khas) di

Sekolah Menengah Shah Alam Seksyen 17. Selepas tamat persekolahan, beliau

telah mendapat pekerjaan sebagai operator pengeluaran di Kilang

Panasonic Kuala Lumpur dan bekerja di sana selama 7 tahun.

Selepas 7 tahun melakukan kerja yang serupa saban hari, beliau

terpanggil untuk mencari ilmu baharu yang dapat membantu meningkatkan

pendapatan keluarga. Justeru, En. Yusri telah mengambil keputusan

untuk memohon sebagai peserta Program Pembasmian Kemiskinan

Tegar Bandar di Kolej Komuniti Kulim pada tahun 2008. Beliau telah dipilih untuk mengikuti kursus jahitan langsir dan

keusahawanan di Kolej Komuniti Kulim selama 6 bulan. Kini, En. Yusri telah berjaya membuka perniagaan sendiri, Yus Kekasih

Enterprise yang menumpu kepada bidang jahitan kreatif. Menurut En. Yusri, beliau merasa amat bertuah dan berpuas hati

kerana berpeluang mengikuti program ini di kolej komuniti. Ia bukan sahaja telah membantu beliau berdikari dan mampu

menguruskan perniagaan sendiri tetapi yang lebih penting menyumbang kepada peningkatan pendapatan beliau sekeluarga.

KISAH SINAR-ASNAF

Bertempat di Kolej Komuniti Gerik, Program Keusahawanan SINAR ASNAF telah diadakan selama 6 bulan iaitu dari Julai

hingga Disember 2010. Peserta yang terdiri dari anak-anak penerima zakat telah mengikuti dua kursus kemahiran iaitu kursus

fesyen (jahitan baju kurung) dan kursus pembuatan perabot. Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam

dan Adat Melayu Perak. Ia bertujuan bagi mengeluarkan golongan asnaf penerima zakat kepada golongan yang membayar

zakat. Berbekalkan kemahiran yang telah dipelajari, peserta kursus dapat menggunakan kemahiran teknikal tersebut seterusnya

menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah.

34 Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!