10.08.2016 Views

buku pemerkasaan kk 2013-2015

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sistem pengajian di kolej komuniti tidak harus dihadkan kepada program-program peringkat sijil sahaja. Ketika mana

institusi lain melakukan perluasan program, kolej komuniti juga tidak boleh berpuas hati dengan penawaran program-program

sedia ada. Selain daripada memantapkan program peringkat diploma yang diperkenalkan pada tahun 2013, kolej komuniti

juga akan menjadi feeder institute kepada program-program peringkat diploma dan ijazah di beberapa universiti tempatan.

Bentuk pengajian seperti Associate Degree

yang begitu popular di kolej komuniti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New

Zealand dan Thailand juga wajar diperkenalkan. Dengan ini kolej komuniti akan sentiasa mendepani perubahan dan kekal

relevan bersama keperluan dan permintaan komuniti setempat di samping meletakkan asas yang kukuh sebagai institusi

pendidikan bertaraf antarabangsa.

PENCAPAIAN KOLEJ KOmUNItI mENJELANG 2020

Ramai yang meramalkan bahawa masa hadapan menjanjikan pelbagai harapan dan potensi bagi semua untuk bersama-sama

menempa kejayaan sekiranya bersedia untuk merebut peluang yang mendatang. Senario ini meletakkan kolej komuniti di

kedudukan yang sangat baik untuk merebut peluang mengecapi kehebatan selepas 2015 sehingga mencapai kecemerlangan

pada 2017 dan keunggulan pada 2020.

Perkembangan sebagai institusi yang melaksanakan TVET akan diteruskan melepasi 2015 ke arah mempertingkatkan kualiti

tenaga kerja yang dihasilkan oleh agenda Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015. Selaras dengan keperluan ekonomi

negara, pelajar yang melalui sistem pengajian kolej komuniti pada tahun 2016 dan seterusnya, akan diterapkan dengan

keperluan pengetahuan dan latihan masa hadapan bagi tujuan penghasilan graduan yang berupaya untuk bekerja sendiri

dan berdikari sekiranya ekonomi negara berdepan dengan cabaran yang getir.

Kedua-dua faktor yang digambarkan oleh Rajah 11-4 melambangkan proses pembelajaran dan pengajaran yang akan

diamalkan di kolej komuniti untuk melengkapkan para graduan dengan kemahiran kehidupan (life skills) ke arah:

• Peningkatan kemahiran keusahawanan untuk ekonomi berpendapatan tinggi; dan

• Peningkatan kompetensi untuk kebolehpasaran dan memperoleh kelayakan yang lebih tinggi.

90 Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013 - 2015

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!